Tuesday, December 6, 2011

Terkini Kes Petknode

Wallpost dari Zarina Zack di dinding Facebook Scratch pada 5pm, 5 Dis 2011, semalam. Zarina merupakan salah seorang pemilik kepada kucing-kucing yang menjadi mangsa kekejaman Petknode.

" Baru tadi dapat call dari Jabatan Veterinar. Dengar khabar, ada 8 kes kekejaman Petknode akan di bawa ke mahkamah. Kes pertama akan didakwa di mahkamah pada 14 Disember 2011 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Yang lain-lain akan dibawa ke mahkamah secara berperingkat, "

Walaupun pemilik Petknode masih menghilangkan diri sehingga kini tanpa dapat dikesan (hebat!!), tapi kami amat berharap agar pemilik-pemilik kucing yang menjadi mangsa kekejaman kes yang berlaku pada 4 September lepas mendapat keadilan yang sewajarnya. InsyAllah..

3 comments:

  1. ermm... berita cmni aku nk dgr. harap setan dua ekor tu terima padahnya. hilang ye. sedap a enjoy mkn duit haram...

    ReplyDelete
  2. Cepat2 la selesai kes ni...tengok geng gebu, teringat kes petknode

    ReplyDelete