Thursday, December 15, 2011

SPCA World Animal Day 2011 / Hari Haiwan Sedunia 2011

Banyak aktiviti dan acara yang melibatkan SCRATCH (fka KTAJ) kebelakangan ini. Sampai terlupa langsung nak update dalam blog.

Semalam, Kosmo ada memaparkan berita tentang SPCA World Animal Day 2011 yang telah berlangsung pada 13 Nov 2011 yang lalu, jam 3-7pm di Desa Park City.

Petikan dari Kosmo Online - Hari Untuk Haiwan Kesayangan

Bertemakan 'Celebrate Your Love for Animals', aktiviti ini turut dihadiri oleh NGO-NGO yang lain. Walaupun hujan lebat, aktiviti tetap berlangsung dengan baik. Antara aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut ialah :

- Penyaksian penandatangan petisyen 'STOP ANIMAL ABUSE'
- Pertunjukan K9 Show
- Pertunjukan Demo/'Agility Show'
- Penyampaian Anugerah
- Contoh 'Obedience Class'
- Berjalan-jalan jalan Desa Park bersama haiwan-haiwan kesayangan

KTAJ telah menerima anugerah 'The Top Rescue Group' kerana usaha-usaha sukarela menyelamatkan kucing-kucing yang terlibat dalam kes Petknode Boarding Centre pada September lalu.


Cik Bella, mewakili KTAJ mengambil award dan sijil dari SPCA ;)


Hamper dan award. Thanks SPCA!!!


Award! Dalmatian ni ampak besar dalam gambar ini ;)



Booth jualan KTAJ


Tidak banyak gambar istimewa yang dapat kami kongsikan sebab semua geng SCRATCH-ers sibuk beraktiviti sampai lupa nak berposing dan ambil gambar ;P

No comments:

Post a Comment