Friday, February 10, 2012

Anak-anak Kucing Menyusu Pada Ibu Yang Dah Mati



Sekali pandang, nampak si ibu seperti sedang tidur dengan tenang, sementara menunggu anak-anak yang masih kecil menyusu sehingga kenyang.

Hakikatnya, anak-anak yang masih belum membuka mata ini menyusu pada jasad ibu yang sudah terkujung kaku.

Si ibu dilanggar ketika cuba memindahkan anak-anaknya ke sebuah restoran Jepun berhampiran. Kemungkinan dilanggar ketika memindahkan anak yang terakhir. Anak kecil itu mengalami sedikit kecederaan dan akan dibawa oleh rescuer ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.

Terima kasih kepada Leonard Pang dan Jennifer Leong kerana menyebarkan gambar ini.

Terima kasih kepada rescuer, Hanie Razaif, yang ketika itu berada di kawasan berhampiran terus bergegas mendapatkan anak-anak kucing tersebut. Ketika rescuer tiba, jasad si ibu telah di buang ke tong sampah besar berhampiran, tetapi Hanie telah meminta agar jasadnya dikeluarkan dari tong sampah tersebut untuk ditanam.




Terima kasih kepada Marina yang sudi membawa pulang jasad si ibu kucing untuk ditanam dengan sempurna.

Terima kasih kepada Fariza Mustafa kerana menumpangkan ibu susu untuk 2 ekor daripada 4 ekor anak kucing ini.

Terima kasih semua.

Doakan semoga anak-anak kucing ini survive. Mereka akan di tempatkan for adoption bila cerai susu nanti.

Thursday, February 9, 2012

RIP Brown (Azura)

5 Feb 2012 lepas, kami menerima email daripada Azura berkenaan anjing-anjing jalanan, BROWN dan BOBBY yang beliau beri makan di Taman Riveria, Kota Samarahan, Sarawak.







BROWN mengalami kecederaan dan luka di bahagian leher. Punca kecederaan tidak dapat dikenalpasti. Kemungkinan di cederakan oleh manusia, digigit anjing lain atau kemalangan. BROWN sangat sukar didekati. Ini menyukarkan Azura membawanya ke klinik haiwan berdekatan.






Dr Andy Toda daripada Toda's Ark Vet Clinic turut cuba membantu dalam misi menangkap BROWN tetapi gagal.

Azura meminta bantuan sukarela untuk menangkap BROWN untuk di bawa ke klinik haiwan. Azura turut memohon bantuan subsidi perubatan daripada My Animal Care dan SCRATCH.

Tapi belum pun sempat BROWN diselamatkan, kami menerima berita mengejutkan sebentar tadi. BROWN telah pergi untuk selamanya pagi tadi tanpa sempat diberikan rawatan. Berita ini sangat menyedihkan Azura yang selama ini memberi makan BROWN dan BOBBY.




Run free to Rainbow Bridge, BROWN. BROWN had a name, being fed and love by the feeders. It's time for him to rest.

Deep condolence to Azura.