Tuesday, December 27, 2011

Run Four Your Heart Day 2011, UTM Skudai.


Program : Run Four Your Heart Day 2011
Tarikh : 11 Dis 2011, 7am - 2pm
Lokasi : N24, CICT, UTM Skudai.
SCRATCH telah dijemput mengadakan booth jualan amal dan pameran oleh penganjur Run For Your Heart Day 2011 anjuran mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia. SCRATCH sangat berbesar hati menerima pelawaan tersebut. 

Beberapa SCRATCH-ers dari Melaka, Port Dickson, Selangor dan Kuala Lumpur telah ke Johor Bahru bagi menjayakan aktiviti tersebut. 






 Antara orang kuat SCRATCH yang setting up booth :) 

Di hotel tempat SCRATCH-ers menginap, ada seekor kucing yang sentiasa kelihatan di kaki lima hotel tersebut sejak hari pertama SCRATCH-ers tiba. 




Oleh kerana tidak sampai hati meninggalkannya di situ dan pengurusan hotel memberi kebenaran SCRATCH-ers mengambilnya, kucing ini telah dibawa ke booth dan ditempatkan di sana untuk mencari pemilik baru.






Kucing comel yang diberi nama Jay Bee ini berjaya mendapat tuan baru pada hari yang sama.



Kucing berbaju ini adalah pelawat comel kami di sana :) 


Selain anggota SCRATCH-ers, pameran dan jualan amal turut dibantu oleh dua orang sukarela yang sporting. Mereka bersungguh-sungguh mempromosikan dan menerangkan misi SCRATCH. Malah pada hari tersebut, mereka berdua turut mengumpul tandatangan sokongan di atas banner 'STOP BACKYARD BREEDERS!' . Terdapat pelbagai ucapan dan pelbagai bentuk tandatangan ang menghiasai banner tersebut :)



 
Booth pameran dan jualan amal tersebut juga telah dilawati oleh VIP yang di jemput menjayakan acara Run For Your Heart Day . Mereka adalah Dr. Ismail bin Ahmed, Dr. Mohd Khata bin Jabor dan Encik Ruzimi bin Mohamed. Kami sangat bebesar hati kerana mereka telah meluangkan masa melawat dan menyumbang tandatangan tanda sokongan kepada misi SCRATCH.


 


Ada pelbagai barangan yang dijual di booth kami. 











Walaupun sales tidak mencapai target, tapi anggota SCRATCH-ers dan volunteers sangat gembira kerana dapat beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiswi UTM Skudai. Diharap selepas ini mahasiswi dan mahasiswa di universiti lain juga tidak segan mengundang kami.




Terima kasih daun keladi kepada Sofia yang menjemput kami serta organizer-organizer yang tidak jemu melayan karenah kami. Adik-adik semua memang sempoi!
 

Disediakan oleh: Zetty Abdillah.

No comments:

Post a Comment