Tuesday, March 5, 2013

Pemilihan Kibbles Kucing


Apakah faktor pemilihan makanan kucing yang pemilik haiwan perlu titikberatkan dalam membeli makanan untuk si comel anda? Adakah faktor harga semata-mata? Atau faktor nutrisi yang menjadi pilihan anda? 




Makanan kucing jenis kibbles terdiri daripada 3 kategori / kelas :
  • Komersial
  • Premium
  • Holistik / Super-premium.

Makanan kucing jenis komersial adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap dikomersialkan di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan anda.

Makanan jenis Premium dan Holistik jarang dikenali. Jenama-jenama ini biasanya terdapat di kedai-kedai haiwan, dan klinik-klinik haiwan sahaja. 





APA YANG MENENTUKAN KELAS MAKANAN DI ATAS?

Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. Cuba lihat bungkusan makanan si comel yang anda beli.

Kualiti jenama makanan kucing ditentukan oleh 5 ramuan / ingredient pertama yang tersenarai dalam kandungannya. 


Makanan yang berkualiti akan menyenaraikan ramuan-ramuan berkhasiat sebagai 5 atau sebahagian daripada 5 ramuan pertama. Contohnya ialah Turkey, Deboned Chicken, Chicken, Chicken Meal, Salmon, Fish Meal dan sebagainya. 

5 ramuan ini kemudiannya diikuti oleh ramuan-ramuan berkhasiat lain seperti yang tersenarai di bawah :
  • Poultry, beef, lamb or fish
  • Poultry meal
  • Fish meal
  • Chicken fat
  • Potato, sweet potato or brown rice
  • Eggs
  • Fruit and vegetables



Selain ramuan-ramuan di atas, makanan yang berkhasiat dilengkapi dengan zat tambahan dan khasiat sampingan seperti : 


  • Probiotics : Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.
  • Fish oil/ salmon oil- penyumbang Omega 3 & 6 yang bagus untuk hati dan jantung.
  • DL-Methionine - asid amino yang menyebabkan urine lebih berasid dan menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing.
  • L-lysine - asid amino yang membantu menghalang herpes, jangkitan mata dan sistem respiratori/selsema pada kucing.
  • Taurine & Vitamin A - asid amino untuk jantung dan membantu ketajaman mata kucing.
  • Vitamins and minerals




Jenama Komersial tidak mempunyai ramuan berkhasiat atau salah satu daripada 5-ramuan-pertama (first-5-ingredients) dalam pembuatannya. Sebaliknya, jenama-jenama ini menggunakan 'BY PRODUCT' di dalam ramuannya. 

Apa itu 'by product'? 

'By product' ialah bahagian haiwan yang tak sesuai dijadikan sebagai makanan manusia. Dalam penyediaan makanan manusia, bahagian-bahagian ini biasanya dibuang.

'Chicken-by-product/poultry-by-product' yang terdapat di dalam makanan jenama Komersial bermakna makanan tersebut dihasilkan menggunakan ramuan seperti paruh, kepala, kepak, tulang, cengkerang telur, isi perut ayam daripada haiwan ternakan seperti ayam, itik atau/dan burung. 





Beef/lamb-by-product pula menggunakan ekor, kaki, tulang, isi perut dan kulit haiwan daging/tenusu daripada lembu dan kambing.

By product terdiri daripada protein berkualiti rendah dan tidak mengandungi asid amino secukupnya untuk keperluan dan kesihatan si comel anda. 



BACA LABEL PADA BUNGKUSAN MAKANAN SI COMEL ANDA

Selain daripada protein dan asid amino yang disenaraikan di atas, anda juga perlu melihat ramuan yang menyumbang kepada karbohidrat dalam makanan kucing anda.


Karbohidrat dalam kandungan makanan kucing hanya berfungsi sebagai 'filler' untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada kucing anda namun tidak membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kucing. Dalam memilih makanan kucing, elakkan daripada ramuan yang terdiri daripada :
  • Corn or wheat gluten
  • Cornmeal
  • Ground wheat
  • Cellulose
  • Brewer's rice 



Dalam jenama makanan Premium, masih terdapat kanji dan karbohidrat dalam ramuannya. Ianya adalah bertujuan untuk membentuk kibbles ketika proses pembuatan.  
 
Makanan Holistik ialah kibbles yang tidak mengandungi sumber karbohidrat atau grain dalam ramuannya. Sebaliknya, makanan Holistik mengandungi probiotic (bakteria bagus), pelbagai asid amino penting, sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan menyeluruh si comel anda.

 

PERATUSAN NUTRISI YANG DIPERLUKAN OLEH SI COMEL

Makanan yang bagus perlu mengandungi 33% protein, dan kurang 5.5% ash. Makanan Holistik / Super-premium biasanya mengandungi 50-52% protein dan 3.0% ash yang membekalkan protein yang optimum untuk kucing-kucing aktif.






Namun demikian, anda juga perlu berhati-hati memilih peratusan protein untuk kucing anda. Sekiranya protein terlalu tinggi dan melebihi keperluan kucing anda, ia boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang. 

Meskipun kibbles yang bagus memberikan zat secukupnya untuk kucing anda, pemberian makanan basah dalam tin, foiled pack atau yang dimasak sendiri juga penting sebagai sebahagian diet penting kucing anda. Pengambilan air secukupnya juga perlu diberi perhatian. 




Selain daripada yang kami senaraikan di atas, pastikan tarikh luput makanan yang anda beli dan bagi pengguna Muslim, pastikan tiada kandungan 'pork', 'bacon' dan yang seumpamanya ya :)

Berikut adalah link untuk bacaan /website yang boleh anda rujuk :
Vet Info
Best Dry Cat Food Reviews
Brands of Cat Food 


No comments:

Post a Comment