Tuesday, August 23, 2011

Sneak Peek Petster Magazine & MEOW Magazine

Sneak Peek = mengintai di balik celah. Hehe..

Ini jek yang dapat diintai...







Nampak tak? Nampak tak? KTAJ akan berada dalam keluaran akan datang bagi majalah PETSTER dan MEOW Magazine. Majalah² ini boleh didapati secara PERCUMA di kebanyakan kedai² haiwan peliharaan berdekatan korang. Lagi² untuk mereka yang tinggal di KL dan Selangor.


Korang juga bole dapatkan majalah ini di klinik panel kami, Honey Vet Clinic, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

Sesape yang tak bernasib baik dapat salinan majalah ini, boleh men-download di www. petstermagazine.com juga secara percuma. Malah, anda juga boleh melanggan majalah ini jika mau. Banyak info terkini dan produk² baru di pasaran disiarkan dalam majalah ini. Rugi kalo tak dapatkan barangan FREE! Hehe.

Selain majalah, jangan lupa join PETSTER di Facebook - http://www.facebook.com/petsternetwork.asia.



Sunday, August 7, 2011

SUMBANGAN BAGI PROGRAM LAWATAN RAMADHAN KE PUSAT JAGAAN KUCING TERBIAR MPJ JASIN, MELAKA.

Photobucket

Lawatan pertama pada 13 Mac 2011.

Sempena Ramadhan ini selain Program SNIP SPCA-DBKL yang mana KTAJ akan menaja 10 ekor kucing untuk di kembiri satu lagi program akan di adakan ialah menyampaikan sumbangan ke PJKT MPJ Jasin.

Ini adalah program kedua yang kami jalankan di sana. Program pertama telah di adakan pada 13 Mac 2011 yang lalu yang mana lebih kurang 20 orang telah turut serta dalam program gotong-royong tersebut.

Aktiviti ini di jalankan bagi memberi kesedaran kepada semua tentang rasa prihatin dan kasih sayang kepada haiwan jalanan dan terbiar.

Program Lawatan Ramadhan ini di rancang akan di adakan pada 13 Ogos 2011 ( tarikh mungkin akan berubah ). Masih dalam perbincangan sesama pentadbir.

Oleh itu, kami telah bersepakat untuk memohon sumbangan ikhlas dari ahli-ahli KTAJ untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 1 bagi setiap orang bagi membeli keperluan seperti makanan kucing, pasir kucing, ubat kutu dan ubat luka.

Ahli KTAJ serama lebih 2800++. Kami harapkan kempen RM 1 untuk seorang ini mendapat respon yang positif dari anda semua. Jika tidak dapat 100%, 50% pun cukuplah. Jika tidak 50%, 30% pun memadai. Jika tidak 30%, kami terima saja jumlah yang ada.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh meninggalkan komen di kotak komen di blog, di wall KTAJ, emel ke ktaj0311@gmail.com atau inbox mana-mana admin untuk mendapatkan nombor akaun.

Di ingatkan, sila bertanya jika anda tidak pasti samaada yang menginbox anda itu benar-benar admin KTAJ atau bukan.

Sumbangan dan keprihatinan anda amat di hargai dan di ucapkan terima kasih. Semoga dengan pemberian yang seadanya ini dapat menggembirakan hati makhluk Allah yang memerlukan di bulan mulia ini.

InsyaAllah.

Terima kasih.






Saturday, August 6, 2011

KTAJ Online Adoption House

Kami sering menerima kes di mana kucing² yang ber-profile cantik dan kacukan kucing berbulu panjang dan kacukan kucing berbaka exotic turut menjadi mangsa buangan dan menjadi kucing gelandangan. Ada yang ingin dibuang oleh tuan mereka kerana memiliki kucing yang terlalu banyak. Ada yang dibiarkan menjadi kucing jalanan kerana tidak berjaya dijual. Ada juga yang ditemui beranak-pinak di bangunan² awam seperti di sekolah, kawasan apartment, hospital, pasar dan sebagainya.

Gambar di bawah ini adalah contoh gambar kucing² yang kami maksudkan. Gambar² di bawah adalah gambar kucing² yang pernah ditemui/terima oleh penyelamat dan sukarelawan KTAJ.


Tuan lama menyatakan hasrat untuk membuang seekor ibu dan 5 anaknya
kerana memiliki terlalu banyak kucing. Kucing² ini dibiarkan mencari makanan sendiri di kawasan kuarters kakitangan awam.


Adik beradik kucing di atas.
Sebahagiannya tak sempat dicarikan tuan baru lepas kelihatan
dikejar oleh beberapa anjing liar dikawasan kucing ini ditemui.


Ditemui di kawasan apartment
dan ditanggap pihak pengurusan untuk di buang ke pasar



Ditinggalkan di kawasan letak kereta apartment
untuk mencari makan sendiri bersama adik-beradik yang lain.



Ditemui bersama ibu dan adik-beradik lain di kawasan parking apartment.
Dibiarkan mencari makan sendiri. Dipercayai dibuang oleh tuannya.
Ada adik-beradiknya yang mati dilanggar kereta di parking tersebut.



Namun tak semua kucing ini di BUANG. Ada yang terpaksa dicarikan tuan baru kerana tuan lama ada masalah kesihatan, masalah keluarga terpaksa berpindah/bekerja di luar negara.


Dicarikan tuan baru kerana tuan asal berkahwin, berkeluarga dan tak dapat bagi perhatian kepadanya



Tuan lama meninggal dunia

Ada jugak yang ditemui dalam keadaan cedera dan dirawat oleh sukarelawan kami.


Ditemui dalam keadaan mengesot di kawasan kedai makan di percayai dilanggar
dan kecederaan kekal pada tulang pelvik



Kucing² cantik sebegini lebih mudah mendapatkan tuan baru berbanding kucing-kucing kampung / domestik short hair cats.

Kucing-kucing ini biasanya diserahkan kepada tuan baru dengan harapan menjadi homepets dan dijaga dengan baik. Malangnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kucing² ini untuk tujuan pembiakan, dijual semula dan macam-macam lagi. Kucing yang tidak berdosa ini menjadi mangsa manusia yang suka mengambil kesempatan memperolehi wang secara mudah.

Bagi mengelakkan golongan yang suka mengambil kesempatan ini, kami meletakkan kucing² di bawah 'Online Adoption House' kami di mana kucing² ini akan di hantar ke panel vet kami untuk dinyahcacing, nyahkutu, vaksin dan sekiranya layak menjalani pembedahan, mereka akan terus dimandulkan.

Kucing² ini akan kami carikan tuan baru dan setiap kucing akan dikenakan adoption fee.

Kucing kampung : percuma - RM50
Kucing kacukan dan bulu panjang : RM150-200

Adoption fee adalah merangkumi fi perubatan dan pemandulan yang kami nyatakan di atas.

Sekiranya ada berminat untuk menjadi tuan baru kepada kucing² yang ada dalam Online Adoption House kami, anda boleh mendownload borang Permohonan Penjagaan Kucing/Cat Adoption Application dengan mengisi borang soal-selidik yang kami sediakan. Kami akan menghubungi anda semula sekiranya permohonan anda menepati tuan baru yang kami cari. Kami jugak berharap agar pemohon yang terpilih dapat mengambil sekali kucing² baka kampung yang diiklankan secara percuma oleh rakan² KTAJ yang lain dan takde istilah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang kepada kucing² ini...






Monday, August 1, 2011

Snip Program Tajaan Dana KTAJ

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, KTAJ dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Snip Program secara PERCUMA untuk kucing-kucing terpilih dalam bulan Ogos ini menggunakan sebahagian Dana KTAJ yang telah terkumpul sejak kewujudan kami pada Mac 2011 yang lalu.

Program ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan penyertaan golongan yang kurang berkemampuan agar turut sama menjayakan misi jangka panjang projek TNR (Trap-Neuter-Release/Rehome) atas tujuan mengurangkan populasi haiwan jalanan.

KTAJ (Kucing Terbiar & Anjing Jalanan) akan menaja 10 ekor kucing baka domestik yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa KTAJ sendiri.

Tarikh program tersebut akan kami nyatakan kemudian. Kebiasaannya Snip Program kami berlangsung pada hari Sabtu, 8.45 pagi. Lokasi ialah di Klinik Kembiri, Setapak.

Untuk memohon, sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Snip Program Tajaan Dana KTAJ dan emailkan semula kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Tarikh tutup penyertaan ialah Khamis, 4 Ogos 2011. Pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui email.


Update pada 3 Ogos, 4.32pm :
KTAJ telahpun menerima beberapa penyertaan untuk Snip Program Tajaan Dana KTAJ. Beberapa orang masih belum membalas emel kami. Sekiranya penyertaan tidak lengkap dan kucing yang didaftarkan bukan kucing jalanan/strays/outdoor cats, kami terpaksa membatalkan penyertaan anda bagi memberi peluang kepada mereka yang benar² memerlukan.