Monday, September 10, 2012

Kenapa Kucing Perlu Vaksinasi?

Setiap pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan masing-masing.

Penjagaan asas seperti pemakanan, dan amalan kebersihan perlu dipraktik dengan betul.

Selain itu, perkara asas penjagaan dan kesihatan seperti menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas) dan vaksinasi perlu diambil berat untuk memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda berada pada tahap maksima.

Kenapa vaksinasi itu penting?

Seperti bayi manusia, vaksinasi haiwan juga berfungsi sebagai kunci utama dalam memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda dan melindungi haiwan ini daripada dijangkiti virus-virus dan bakteria.

Feline Leukimia Virus merupakan pembunuh utama kucing, terutama anak-anak kucing yang lemah imunisasi. Di ikuti dengan Feline Enteritis / Panleukopenia yang merupakan pembunuh kedua kucing. Juga dikenali sebagai feline distemper di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit adakalanya berdarah, muntah dan sangat mudah menyerang anak-anak kucing yg masih kecil.

Pastikan kucing-kucing anda mendapat vaksinasi seawal umur 2 bulan dan ulangan vaksinasi pada umur 3 bulan dan setiap tahun.




Bagaimana vaksin berfungsi?

Vaksinasi ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Tujuannya untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria tersebut.

Vaksinasi perlu diulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan agar menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Haiwan peliharaan perlu mengambil masa sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi badan selepas di suntik dengan vaksin.

Pastikan haiwan peliharaan anda divaksin dalam keadaan sihat. Haiwan yang divaksin dalam keadaan stress, sakit, atau selepas pembedahan boleh merisikokan kesihatan haiwan-haiwan ini.

Untuk kucing-kucing yang baru diselamatkan, doktor akan menyarankan agar kucing-kucing di kuarantikan sekurangnya 14 hari untuk memantau kesihatan kucing-kucing ini. Sekiranya tiada tanda-tanda penyakit, tiada masalah selera makan dan aktif, maka kucing ini layak di vaksin selepas dikuarantinkan dan boleh dicampurkan dengan kucing-kucing sedia ada di rumah anda.

Jenis - jenis Vaksinasi

Vaksinasi yang biasanya disarankan untuk kucing peliharaan ialah Vaksinasi 4 in 1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus-virus berikut :

  • Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda-tanda awal ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti.
  • Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Feline Panleukopenia (Distemper) - Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress, malnutrisi dan kurang tahap kebersihan.
  • Feline Chlamydia (pneumonitis) - Sejenis bakteria yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu. 
Bagi rescuer dan fosterer yang aktif menyelamatkan dan membawa pulang kucing-kucing sakit yang perlukan rawatan, doktor akan menggalakkan agar kucing-kucing yang dipelihara di rumah mereka agar diberikan Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) di mana vaksinasi kelima ini melindungi kucing peliharaan daripada dijangkiti :
  • Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian kepada kucing . Tiada rawatan untuk jangkitan FeLV. Rawatan sokongan hanya membantu kucing dari segi meringankan simptom-simptom yang dialami. Seperti Leukimia yang menyerang manusia, virus ini boleh menyebabkan kanser. Virus ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin 5 in 1 atau standalone FeLV vaccine. Bagaimanapun, sebelum mengambil vaksin ini, kucing-kucing perlu menjalani snap test untuk memastikan kucing tersebut bebas daripada FeLV sebelum pengambilan vaksin ini. FeLV dikatakan pembunuh utama kucing-kucing jalalan dan kucing-kucing 'outdoor'.
Sekiranya telah diserang dengan virus FeLV, pengambilan vaksin FeLV sudah tidak memberi apa-apa kesan perlindingan atau penyembuhan kepada kucing yang telah dijangkiti. Dapatkan pelindungan dari FeLV sebelum terlambat.


Virus-virus Lain Yang Biasa Menyerang Kucing Jalanan di Malaysia

Selain daripada virus yang disenaraikan di atas, berikut adalah virus yang kerap menular kucing-kucing di Malaysia, terutama kucing yang dibiarkan bebas bergaul dengan kucing-kucing jalanan di luar sana.

  • Feline Infectious Peritonitis (FIP) - FIP merupakan pembunuh kedua kucing dewasa dan anak-anak kucing selepas Feline Leukemia Virus (FeLV). Virus boleh disebarkan melalui air liur, air kencing dan najis haiwan yang dijangkiti. Virus ini mampu bertahan dalam persekitaran selama beberapa minggu, malah beberapa bulan. FIP terbahagi kepada 'wet FIP' dan 'dry FIP'. Tanda-tanda FIP terdiri daripada perut yang membusungkan cecair, demam, susut berat badan, hilang kawalan pergerakan badan, lumpuh, jangkitan teruk pada mata. Tiada rawatan dan vaksin untuk pesakit FIP. Kucing yang disahkan FIP akan mati dalam masa berapa minggu/bulan. 
  • Feline Immunodeficiency Virus (FIV / Feline AIDS) - Seperti pesakit HIV/AIDS pada manusia, FIV boleh mengakibatkan kematian dan tiada rawatan. Virus ini mengganggu sistem imunisasi, menyebabkan kucing yang dijangkiti mudah terdedah kepada penyakit serius yang lain. Sekiranya kucing anda mempunyai luka pada mana-mana bahagian badan yang sukar sembuh, menanah dan berulat, pastikan kucing anda menjalani ujian FIV & FeLV. Kebanyakan kucing yang diselamatkan oleh rescuer dan mempunyai luka berulat biasanya positif FIV dan mudah dijangkiti selsema dan penyakit lain. Meskipun di Malaysia ada vaksin FIV dijual, namun ia tidak disarankan kerana selepas disuntik, virus FIV akan terus menjangkiti kucing anda. Namun sekiranya ada kucing di rumah anda yang telah disahkan positif FIV, anda boleh mendapatkan saranan dari doktor sekiranya kucing-kucing yang belum dijangkiti boleh disuntik dengan FIV vaksin.
Sekiranya kucing telah dijangkiti dengan mana-mana virus di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar dan menelan belanja yang besar dan tempoh rawatan yang panjang. Kerana itu anda digalakkan mengvaksinkan kucing peliharaan anda dan mengelakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing-kucing lain yang tidak divaksinkan. 

31 comments:

  1. ok..need to vaccine my cats. agak2 umur berape ye kucing blh vaccine??

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur 2 bulan sudah perlu mendapatkan vaksin pertama. umur 3 bulan vaksin kedua dan kena ulang vaksin setiap setahun.

      Delete
  2. BERAPA KOS UNTUK VAKSIN DAN UBAT NYAH KUTU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyah kutu biasanya doktor klinik haiwan swasta caj RM20.

      untuk vaksin 4 in 1 RM40-45, vaksin 5 in 1 RM60-120, bergantung di klinik mana anda dapatkan perkhidmatan. Sila survey klinik haiwan di kawasan anda.

      Delete
    2. ditempat saya vaksin kucg di vet swasta rm35 tanpa deworm dan deflea. Dan rm45 dengan deworm dan deflea.. Beza rm5 saja dgn klinik kerajaan iaitu rm30 vaksin sahaja!!!...

      Delete
  3. Salam. Berapa kali vaksinasi yang perlu diberi kepada kucing pada tahun pertama? Klinik haiwan yang selalu saya kunjungi mengatakan perlu beri 3x vaksinasi dan saya dapat tahu sesetengah vet mencadangkan memadai diberi 2x sahaja kerana tak ada beza jika kita beri 2x atau 3x vaksinasi pada kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jha,
      Untuk anak kucing berumur kurang setahun, 2x sudah memadai.

      Delete
  4. banyak pengetahuan dpat..follow blog saya pula..http://luahancinta-atul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Hye.nk ty.klu kucing yg b'umr 3bulan blh vaksin 4 in 1 trus ke.?

    ReplyDelete
  6. kucing sy cirit..
    ada yg muntah lepas vaksin..
    dh dkt smggu lbeh msih cirit..
    dh mkin kurus..apa yg patut sy buat..
    dh ke vet..nampakmcm sama jugak..
    rsau sy :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama pon ada masalah yg sama

      Delete
    2. sama pon ada masalah yg sama

      Delete
    3. kucing saya plk lepas vaksin kena parvo.. mcm mana tu..

      Delete
  7. bila kucing dah kene vaksin .. kucing tu bleh kene balik tak penyakit FCV?

    ReplyDelete
  8. Nak tanye agak2 kan.. kucing saya byk luka2 kat badan dia after neutered. and xsembuh2.. dia kane HIV ke? its in earlier stage or last?

    ReplyDelete
  9. admin kucing sy berak dekat tahi dia ade ulat ape penyakit dia boleh sy tau? plss reply admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni pun nk tanya admin ke..pergila vet utk deworm..adehla bodo melantun2..

      Delete
    2. ye..cacing tu. cepat deworm kalau x kcg boleh mati sbb kcg tu makan tp x ada zat. zat dan diserap cacing2 tu.....

      Delete
    3. lantak die lah nak tanye ape, yg ko memekak mcm die kaco mak ko tgh berak dh kenapa? sedap2 bodokn org..

      Delete
  10. Agak-agak ada tak bantuan untuk vaksin? Saya ada 5 kittens (stray cats) yang perlu dihantar vaksin. Tapi keadaan kewangan terhad betul :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi veterinar kerajaan, 😊

      Delete
    2. kerajaan pun mahal rm30.. apa beza swasta rm 35😔

      Delete
    3. Murah rm5 ok ape.. 10 ekor da berapa jimat.. Kita kira jangka masa pnjang cik kak

      Delete
  11. Salam, sy ada kucing yg sakit mulut sampai tak boleh nak makan makanan keras, tp selera nya masih ada. Sy bagi dia makanan lembut & ayam rebus. Dia makan 3/4 kali sehari. Badan pun montel. Haritu sy ada bawa gi vet. Dr tu kata dia mungkin kena aids sbb gusi dia kiri kanan bengkak. Dia dah lama sakit mulut sejak sy kutip dia dulu. Dia ni stray cats. Dia jugak aktif suka main lari2, berat dia pun 4.5 kg & umur dia 3 tahun setengah. Apa pendapat awak ttg kucing sy ni?? Sy kecewa dgn dr di vet tu sbb buat keputusan melulu & dia jugak kata tak boleh sembuh. Dia pun check kucing sy mcm nak tak nak jer sbb dia ni kucing kg & tetap dikenakan bayaran yg agak mahal walaupun dia cuma kasi ubat cacing. Sy pun dah mmg selalu kasi dia ubat cacing secara berkala

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam,saya ada kucing yang tengah sakit. dalam beberapa hari dah nak dekat seminggu dia tak aktif. selalu tidur dan menyendiri. berat badan pun susut. saya tak tau kenapa mulut kucing saya sentiasa terbuka mcm dia tercungap lpstu mulut dia berbau. bila saya pegang perut dia, dia kentut mcm masuk angin. makan semua taknak. dipegang pun taknak.saya risau. apa sebenarnya jadi dgn kucing saya?

    ReplyDelete
  14. Assalamuailaikum.. Saya nak tanya, kucing parsi saya dah di vaksin pagi semalam, so dah boleh bercampur dengan kucing biasa yang lain tak?? Ataupun jgn galakkan sangat mereka bercampur??

    ReplyDelete
  15. Lps kucing divaksin..boleh xbagi ubat demam?

    ReplyDelete
  16. salam nak tanya kalau kucing yg telah disahkan FIP perlu ke teruskan vaksin kedua

    ReplyDelete
  17. bukan senang nak tahu umur kucing rescue

    ReplyDelete