Showing posts with label RIP. Show all posts
Showing posts with label RIP. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Berlari Di Jambatan Pelangi

Hi kawan kawan, 

Minggu ini minggu yang agak sukar dan penuh emosi bagi warga SCRATCH/KTAJ. Satu demi satu berita kematian anak anak bulu kami terima dan memberatkan sarat di dada. Kami tidak berniat ingin menyuramkan hati para pembaca tetapi kami hanya ingin berkongsi kesedihan hati. Kami harap pembaca dan follower blog SCRACTH/KTAJ memahami apa yang kami tanggung dan lihat hampir setiap hari. 


Kes Pertama: Adik Tanpa Nama 

Tidak diketahui berapa usia adik ini, barangkali kurang dari sebulan melihat dari tapak kakinya. bahagian badan yang lain sudah mengembung dan berbau. Salah seorang volunteer kami melakukan rondaan di sekeliling flat kediamannya dan tersentak melihat sekujur tubuh kecil terbaring tidak bergerak.
Tiada alunan nafas dan tiada tindak balas ketika didekati. Adik tanpa nama disyaki mangsa langgar lari. tidak perlu deskripsi detail kerana keadaannya sangat2 menyedihkan. kesan darah kering masih ada di satu petak parkir seolah olah memberitahu adik ini telah lama tidak bernafas. lebih memilukan bilamana sekujur tubuh kecil ini disumbat ke dalam satu lubang sesalur ke longkang. mujur tidak terus jatuh ke dalamnya. apalah salahnya kalau adik ini dibalut dan ditanam tanda hormat kepada satu nyawa. sudah lah dilanggar, dicampak sahaja ke tepi longkang. bagaimana mungkin kita ini boleh mengangkat diri sebagai khalifah di muka bumi? atau menjadi 'the good shepherd'? kenapa kita terlalu sombong dan memandang hina serta sepi kepada haiwan jalanan seperti adik ini? 

Adik tanpa nama sudah pun selamat ditanam. Adik pergi terlalu awal tetapi kami yakin kini adik bergembira di jambatan pelangi menghindari dunia yang penuh dengan manusia zalim, sombong dan bongkak. kepada pembaca entry ini, kami mohon tuan tuan, puan puan, cik, encik, abang,kakak dan adik semua supaya bersifat empathy dan simpati kepada haiwan jalanan. kadang kadang mereka tak mahu pun makanan dari kita. cukup dengan gosokan di kepala dan perut. cukup untuk mereka tahu yang mereka juga disayangi. 


Kes Kedua: Hachiko 

Hachiko anjing lincah milik salah seorang independent rescuer bernama Ah Mun. Hachiko adalah anjing terbiar yang diselamatkan oleh Ah Mun kemudian menjalani sessi pemulihan menjadi anjing pengawal. Ah Mun merupakan kawan baik kepada kami warga SCRATCH. 

Pada 16 December kawasan rumah perlindungan anjing yang dibina Ah Mun dimasuki ular tedung. Hachiko menjadi wira membunuh ular tersebut dan menyelamatkan kawan kawan berkaki empat yang lain. tidak menunjukkan apa apa tanda keracunan, pagi tadi kami dikejutkan dengan kematian Hachiko. tiada tanda gigitan ular dan tiada pula buih di mulut hachiko sekiranya dia tergigit kantung racun ular tersebut. Kami diberitahu bahawa Hachiko sihat seadanya pada sebelah petang makan dan bermain dengan kawan kawan yang lain. Pada 17 haribulan kami amat bersedih dengan pemergian Hachiko yang menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan kawan kawan yang lain pada hari ini. Pengajaran di sini, kepada mereka yang selalu memandang hina anjing, kadang kala perangai manusia jauh lebih teruk dari anjing. kami bersimpati dengan Ah Mun yang ketika ini sedang bersedih dan berkabung.  


Kes Ketiga: Adik Rektum

Semalam kami menerima 1 email dari Hidayah memohon subsidi perubatan untuk anak kucing yang diselamatkannya di tepi longkang besar. Adik rektum baru berusia lebih kurang 2 bulan, mengalami rectal prolapse & badannya tersangat kurus. Bila dipegang hanya rasa tulang. Sebelum Hidayah email kepada kami, dia sudah terlebih dahulu bergegas ke klinik sejurus dia terjumpa Adik Rektum. Klinik 1 memberitahu si comel ini tiada harapan untuk hidup lama kerana keadaannya yang sgt2 teruk dan menyarankan untuk menjalankan surgery secepat mungkin atau PTS. Hidayah tidak berputus asa dan mengambil keputusan membawa ke kilnik lain untuk pandangan kedua.  

Klinik 2 memberitahu perkara yang sama iaitu adik rektum dalam keadaan yang sangat lemah kerana dehydrated, darah yang sangat2 kurang sehingga pucat & lelangit kebiruan, jangkitan di bahagian hujung usus yang teruk, badan yang terlalu kurus. doctor tidak bersetuju untuk menjalankan surgery memandangkan ianya berisiko tinggi; si comel mungkin tidak akan bangun selepas pembedahan. Doctor sarankan samada di PTS atau tunggu dalam masa 2 minggu dan sekiranya adik rektum dapat bertahan maka pembedahan akan dilakukan.

Hidayah masih tidak berputus asa. Dengan nasihat kawan2 yang lain, dia bawa pulang Adik rektum ke rumah untuk 1 malam sebelum dihantar ke Klinik 3 pada hari ini dengan harapan pandangan doctor yang ke 3 memberikan sedikit sinar untuk si kecil ini terus hidup. Walaupun ada ahli keluarga Hidayah yang tidak bersetuju untuk membawa si kecil ni pulang ke rumah, Hidayah tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing. 

Pada awalnya Adik Rektum memberi tindak balas positive setelah diberi multivitamin dan air tetapi ketentuan Tuhan melebihi perangcangan manusia. Walaupun kami telah mendapatkan fosterer serta juga adopter tapi adik rektum dipanggil kembali ke sisiNya. tinggal lah kami disini bersedih hati tetapi kami tahu, di sana adalah sebaik baik tempat untuk adik rektum. 

adik ini berkemungkin di sepak atau menerima hentakan kuat di bahagian perut sehingga menghimpit bahagian abdomen dan memaksa sebahagian usus adik ini keluar. oleh kerana tiada siapa peduli, adik terbiar tanpa mendapat rawatan sehinggalah bertemu dengan hadayah. 



Kami sebak, kami terharu, kami kagum dengan kesungguhan Hidayah yang tidak berputus asa & bergegas ke sana sini semalam demi untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing yang masih tidak mengerti apa2. kami masih sugul dengan pemergian adik rektum. kami juga berharap hidayah cekalkan hati walaupun ada sesetengah manusia sombong akan berkata 'itu hanyalah seekor kucing'. 


Kami warga SCRACTH memohon jasa baik tuan tuan dan puan puan, adik kakak abang yang membaca entry ini, luangkan la sedikit pendapatan kita untuk melakukan kebajikan kepada haiwan. nikmat dan rezeki yang tuhan kurniakan kepada kita ni amat banyak dan datang dalam keadaan yang tidak diduga. berlaku baik kepada sesama makhluk, percayalah tidak akan ada yang rugi. Sekiranya tuan tuan, puan puan tidak berkemampuan, jangan disakiti haiwan terbiar ini. kalaupun tidak menyukai mereka, cukup dengan menjauhi diri kita dari mereka. kehidupan mereka sudah sedia ada susah dan jangan ditambah lagi penderitaan yang tidak perlu. 


-Encik Memerangemok-






Friday, October 4, 2013

Charlie oh Charlie: Anak FIP Berlari Riang di Jambatan Pelangi

Assalam & Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas, kami menerima satu email daripada saudari Yunn. Beliau memerlukan bantuan SCRATCH secara kewangan dan juga nasihat. Di dalam emailnya, beliau telah menyatakan sahabat beliau telah menyelamatkan seekor anak kucing di kawasan semak di Segambut, tetapi tidak dapat membelanya kerana mengidap asma teruk. Saudari Yunn telah menawarkan diri untuk membatu sahabat beliau dengan menjaga anak kucing itu. Walaupun pada mulanya Saudari Yunn berasa berat hati kerana sudahpun menjaga 10 ekor kucing dirumah,  tetapi hati mana tak cair dek kecomelan anak kucing ini. Hasrat untuk mencari tuan baru bagi anak kucing tersebut dilupakan dan anak kucing comel itu diberi nama Charlie. 

Kucing comel yang dinamakan Charlie pada awalnya kelihatan sihat dan normal. Si comel Charlie aktif dan berselera makan, tetapi selang beberapa minggu, perut Charlie mulai membuncit. Setelah dibawa ke klinik haiwan yang berdekatan sebanyak dua kali, namun saudari Yunn masih tidak berpuas hati dengan penjelasan doctor yang menyatakan Charlie cuma mengalami buncit biasa. Beliau telah ke sebuah lagi klinik verterinar yang lain pada (3.8.2013) untuk mendapatkan nasihat kedua (second opinion). Disana beliau dinasihatkan untuk ke Hospital Haiwan kerana mengikut symptom-symptom, pembesaran ruang abdomen Charlie bukan pembesaran kerana kecacingan atau tidak lawas nyahtinja. Atas nasihat kawan-kawan beliau terus menuju ke hospital haiwan  pada (5.8.2013). Si Kecil Charlie telah dimasukkan ke wad dan setelah ujian dibuat sah si comel ini telah menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP). Hati mana yang tidak luruh apabila menerima berita seburuk itu. Di dalam e-mail Saudaru Yunn, dia menyatakan 
Alangkah sedih dan rasa gugur jantung bila  mendengar penjelasan dari doctor. Selama ini saya selamatkan kucing terbiar belum ada lagi kes yang melibatkan penyakit teruk lebih lebih lagi penyakit berbahaya spt FIP.
Inilah yga diluahkan saudari Yunn kepada SCRATCH dan kami sangat sangat memahami perasaan saudari Yunn kerana beberapa orang sukarelawan kami pernah mengahadapi kes FIP yang sama. 
Charlie dengan perut yang semakin membesar akibat FIP
Charlie menerima rawatan yang intensive untuk beberapa hari tetapi ada yg lebih menyayangi si comel Charlie. Segala kesakitan dan keperitan diangkat oleh Yang Maha Mencipta dan tiada lagi tertanggung oleh si kecil. Si kecil telah pergi menghadap Penciptanya. Cukup berat dugaan yang saudari Yunn alami, bukan sahaja kehilangan Charlie, sekarang kucing-kucing peliharaan saudari Yunn kemungkinan besar dijangkiti FIP juga kerana FIP sangat-sangat mudah dijangkiti. Menambahkan lagi dugaan yang ditanggung, ada pula orang yang tidak bertanggungjawab telah memecah masuk dan merompak rumah beliau. Komputer riba dan wang tunai hilang dibawa lari. Beliau memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos perubatan Charlie dan kucing-kucing lain yang dipelihara beliau (yang berkemungkinan besar menghidapi FIP). Kami disini ingin memohan kepada semua untuk sama-samalah berdoa supaya Saudari Yunn tabah dan kental mengharungi  masa-masa sedih sebegini.

Disini kami ingin juga mengambil kesempatan untuk memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya langkah berjaga-jaga ketika membawa kucing baru (adoption mahupun rescue) lebih-lebih lagi apabila rumah anda sudah ada kucing lain. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:1. Kucing yang baru diselamatkan/diadopt hendaklah DIASINGKAN dari tempat jagaannya dari kucing yang sudah sedia ada. Jikalau berkemampuan, elakkan dari kucing baru dari membuat sebarang contact terutama sekali melalui sentuhan dan air liur. Proses kuarantin ini boleh dilakukan dalam tempoh seminggu dan sebaik-baiknya 2 minggu. 2. Dalam tempoh kuarantin dan pemerhatian, kucing baru tidak boleh berkongsi bekas makanan dan minuman bagi mengelakkan penyakit2 yang menular melalui air liur menjangkiti kucing yang sedia ada. 3. Kucing baru harus dipantau dengan teliti terutamanya hari hari awal dibawa pulang. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:


  • selera makan- pastikan kucing baru makan dengan baik dan teratur. kadangkala kucing tidak begitu biasa dengan biskut kucing (kibbles) yang diberikan maka makanan alternatif adalah makanan basah. pastikan kucing tersebut makan supaya mendapat tenaga untuk memanaskan badan. 
  • nyahtinja - bahasa pasarnya berak. pastikan berak kucing tersebut bebas dari cacing dan mesti lah tidak terlalu keras, tidak terlalu cair. Tahi yang keras memberi indikasi bahawa kucing tersebut mengalami de-hidrasi dan tahi yang terlalu cair adalah sign kucing mengalami cirit birit. Pelbagai pemboleh ubah bagi penentuan cirit. Kadang kala kucing yang terlalu stress berada di tempat baru (selepas di adopt ataupun diselamatkan) mungkin akan mengalami cirit birit. Sekiranya tahi kucing cair dan berdarah, itu salah satu tanda Parvo, salah satu penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing. 
  • kencing - paling sukar untuk diperhatikan kerana kebanyakan kucing akan kencing di dalam litter box yang berpasir atau dialas dengan kertas surat khabar. kucing yang tidak kencing untuk jangka masa yang lama mungkin mempunya salt crystals di dalam bladder. jadi mereka sangat susah untuk kencing dan pundi kencing membesar. penghasilan crystal merupakan tanda awal kucing mungkin menghidapi batu karang.  
  • suhu badan - bagi mereka yang cekap, atau mempunyai thermometer, pemantauan suhu badan kucing adalah sangat bagus. ini bagi memastikan kucing tidak demam sebelum boleh dilepaskan bersama kucing kucing lain di rumah. Sekiranya kucing tersebut deman (suhu badan yang agak tinggi) JANGAN SESEKALI BERIKAN PANADOL ATAU PARACETAMOL kepada kucing anda! sistem kumuhan kucing tidak sama seperti manusia. mereka mengambil masa untuk menyingkirkan dadah yang ada di dalam panadol tersebut dan pemberian panadol secara berterusan boleh membunuh kucing anda. 
  • hidung, mata dan mulut - pastikan tidak ada cecair yang keluar melalui rongga hidung (hingus) dan mulut (air liur). hingus yang keluar dari hidung merupakan tanda kucing mungkin selsema atau flu. flu boleh berjangkit melalui udara dan ini sangat bahaya kepada kucing yang berada di rumah. bayangkan jika anda mempunyai 10 ekor kucing dan kerana seekor kucing baru yang selesema, habis semuanya berjangkit. ini pasti menyakitkan kucing dan poket anda! air liur yang meleleh memberi beberapa maklumat kepada tuan punya. satu mungkin ada ulser di dalam mulut menyebabkan penghasilan air liur yang berlebihan. dua, ada gigi atau gusi yang yang sakit. 
  • telinga- earmite merupakan makhluk yang selalu dijumpai dalam telinga kucing jalanan dan kadang kala kucing yang di dalam rumah. kucing tidak dapat menggaru atau mengorek telinga mereka. jadi mereka akan mula menggaru bahagian pangkal telinga sehingga boleh menyebabkan pembuluh darah di cuping telinga pecah. bermula dari situ, episode ngeri akan bermula di mana adanya jangkitan kuman dan pengumpulan nanah.       

4. Kucing yang baru diselamatkan dari jalanan perlu dinyahkutu sama ada melalui semburan ataupun ubat titis. kurap dan fungus pada kucing yang diselamatkan juga boleh merebak ke kucing lain melalui udara kerana angin boleh membawa keruping keruping kurap ketika kucing menggaru. pastikan ini tidak berlaku. kita pasti tidak mahu kucing yang berada dirumah, cantik dan gebu tiba2 gugur bulunya.

5. Tuan punya atau tuan baru bagi kucing ini hendaklah membuat bacaan tentang tanda tanda penyakit terminal seperti FIP, FIV, FeLV dan Parvo. Pemeriksaan melalui mata kasar boleh membantu mengenal pasti tanda2 penyakit dan rawatan awal mampu menyelamtkan kucing yang direscue serta yang sedia ada. Kami berharap kita sama sama dapat mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada Saudari Yunn. Pesanan kepada diri sendiri dan juga independent rescuers di luar sana supaya lebih berhati hati di masa hadapan. Saudari Yunn, jangan serik menyelamatkan kucing jalanan. Rezeki yang hilang, kami yakin, Allah akan hantikan dengan suatu yang lebih baik. 




(Kredit kepada Afiq Luqman untuk penulisan kali ini.  Sahabat, terima kasih atas sifat prihatin dan empati dalam kes ini)

-Encik Memerangemok-



Saturday, January 5, 2013

RIP, BLESS :((

Ini email yang Anis kirimkan kepada kami pada 29 Disember 2012 yang lalu untuk update tentang BLESS ;

Hi . Slamat malam . Sya dah ambik Bless dari klinik ptg tadi . Bless sihat Alhamdulillah . cuma pucat , darah bnyak hilang . Badan pon dah berisi . Luka surgery masih basah . insyaAllah 5 hb jan suture removal .

Saya nak bgtau yang untuk second surgery saya ada buat kutipan derma dikolej saya . Alhamdulillah saya dapat kutip rm700 tepat . dan total surgery kedua rm692.60 . tidak termasuk A/D dan vitamin tambah darah . takpe itu saya guna duit belanja saya . cuma disini , saya tidak akan meminta subsidi KTAJ sbb saya dah pun langsaikan kos pembedahan Bless . dan bialah KTAJ bagi subsidi pada kucing lain yg tak bernasib baik. saya nak berterima kasih bnyak bnyak sbb bantu saya dari segi kewangan dan support . terima kasih bnyak bnyak . ni sertakan gamba Bless yg terbaru . kalau tak keberatan . kalau admin ada tau mana mana pet shop yg jual kerusi roda kucing mintak tolong inform saya . kesian tgk Bles struggle nak main dan jalan mcm biasa. 
Terima kasih sekali lagi . insyaAllah sya akan update lagi perkembangan Bless.









Belum pun sempat kami membalas email yang Anis kirimkan, hari ini kami dikejutkan berita pemergian BLESS.


Jumaat, 4 Jan 2013, 3.36pm
Hi . Anis here . saya nak bagitau yang Bless dah mati . dua hari lepas . Maaf sangat saya lambat bagitau . sbb saya uruskan hal kolej saya sejurus lepas tanam Bless . hari ni baru saya ada masa nak email admin .

kisahnya dua malam semalam macam biasa sebelum saya tido saya akan bawak dia kencing berak dalam litter box . saya baringkan dia tepi atas bantal dia and kain dia . dia suka main tali and malam tu jugak saya main dgn dia sampai dia tertido . saya provide air sebelah dia and kibbles . masa tu dalam pukul 2 stenga pagi . saya tak boleh solat so saya bangun pukul tujuh nak bawak dia p litter box and bagi makan ubat sume saya jengah dia , dia tak bernafas . air yg provide malam tadi habes . kibbles pon luak . saya tak sangka dia nak mati sbb tanda tanda langsung . bekas surgery makin pulih and luka semua kering .

hari hari sebelumnya Bless mcm biasa sangat . makan bnyak . main . tido . tahi dia air kencing dia sume okay . :"/ saya tak tau kenapa dia mati . saya dah cuba buat yang terbaik utk dia . memandangkan saya tgh cuti sem saya jaga dia je dekat rumah sepenuh masa . maaf kalau berita ni pon buat admin sedih . sya cuma nak ucapkan terima kasih sbb bnyak tlg saya masa Bless hidup . cuma saya terkilan tak dapat jaga dia lama . terima kasih skali lagi . :'(







Melihat ketabahan BLESS mengharungi penderitaan dan menyembunyikan kesakitan membuatkan saya insaf. Sebagai manusia, saya seringkali bersedih apabila kesakitan dan musibah menimpa. Baru diberikan sedikit dugaan, manusia mudah menangis, meratap, berputus asa, mengurungkan diri, berlapar, menyalahkan takdir, malah ada yang sanggup bunuh diri.

Sedangkan, haiwan yang didera, yang hidup berjudikan nasib di jalanan menerima ketentuan takdir dan terus bersemangat untuk hidup sehingga ke hujung nyawa. Dalam kesakitan, BLESS menghabiskan makanannya supaya dirinya cepat sembuh, supaya ia dapat bermain dengan Anis dan berjalan semula dengan apa bentuk bantuan sokongan sekalipun.

Namun, takdir menentukan BLESS perlu pergi dan berakhir sudah penderitaan dan kesakitannya di dunia.

Kepada Anis, semoga tabah dengan pemergian BLESS. Kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan BLESS, terima kasih dan teruslah membantu haiwan-haiwan yang memerlukan di luar sana. 

Monday, December 24, 2012

I am a homeless stray, but I am NOT worthless..


Tribute to all stray animals out there who died in the tragic ways; 


Do not stand at my grave and weep,
I am not there; I do not sleep.
I am a thousand winds that blow,
I am the diamond glints on snow,
I am the sun on ripened grain,
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the morning’s hush
I am the swift uplifting rush
Of quiet birds in circling flight.
I am the soft starlight at night.
Do not stand at my grave and cry,
I am not there; I did not die.
- Mary Frye - 






*******

A few years from now, we really hope there will be no cat straying on the streets, no dog digging the trash looking for food, no hopeless kittens and puppies being dumped in the rain, and no soul being tortured by heartless human. 

Ameen... 

Saturday, August 11, 2012

Anak Kucing Terbiar Mati (Bahizal Abu Bakar)

Saudari Ezal mengirimkan gambar anak-anak kucing ini beserta pelan lokasi di mana anak-anak kucing malang ini ditemui. 



2 ekor anak kucing malang telah ditinggalkan di Jalan Taman Datok Senu, Sentul bersebelahan highway. Salah seekor daripada anak kucing ini telah mati ketika ditemui.





Ezal berjaya mendapatkan penjaga untuk anak kucing ini dan menanam bangkai anak kucing yang telah mati.

Sampai bila kita sanggup melihat pemandangan seperti ini berterusan? 

Tolong mandulkan kucing peliharaan anda bagi mengelakkan anda dari tidak mampu menjaga anak-anak kucing yang bilangannya semakin bertambah.

Hentikan pembuangan anak-anak kucing kerana anak-anak kucing ini makhluk yang tidak berdosa!

Kucing Dengan Luka Teruk (Raja Hanisah)

Email ini kami terima daripada Raja Hanisah : 

Rabu, 25 Julai 2012 - 8.37am.

Salam & selamat pagi ktaj,
Pagi tadi lebih kurang jam 06:40pagi ada seekor kucing jalanan dihadapan pagar rumah saya yang telah cedera parah dibahagian leher hingga ke telinga sebelah kanan mungkin digigit anjing.  Keadaannya agak teruk dan luka telah lama, berbau dan berulat dibahagian telinga. Saya sedih melihat keaadan dia mengiaw kesakitan.
Hari ini saya mengambil cuti 1 hari untuk membawa die ke klinik Mesra di Bandar Baru Bangi.  Jika dia dapat diselamatkan selepas rawatan saya tak mampu untuk menjaganya kerana saya mempunyai 8 ekor kucing besar  dan 1 ekor lagi anak kucing dibela kerana sy jumpa dia kelaparan di kawasan rumah dan untuk kos rawatan pula sy tidak pasti berapa kosnya dan khuatiri saya tidak mampu untuk menanggung keseluruhan rawatan. 
Saya inginkan pandangan dan nasihat dari pihak ktaj bagi membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini.
kerjasama yang diberikan didahului dgn ribuan terima kasih.
-Anis-





Kami telah bersetuju memberikan bantuan subsidi 50% untuk kos rawatan perubatan kucing ini dan meminta agar kucing ini segera diberikan rawatan.
 
Raja Hanisah telah membawa kucing ini ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan dan mencuci luka kucing ini. 

Namun kami menerima berita pada 27 Julai 2012, kucing ini terpaksa di tidurkan (put to sleep/euthanized) oleh doktor kerana lukanya yang teruk dan usianya yang sudah tua. 

RIP dear cat :(

Rectal Prolapse Kitten (Hafiz)

Kami menerima email daripada Mohd Hafiz Md Radzi bersama gambar anak kucing yang ditemui di lorong belakang rumah ibunya pada 5 Ogos 2012 yang lalu. Hafiz memohon bantuan subsidi untuk anak kucing ini.










Hafiz segera membawa anak kucing ini ke klinik haiwan Dr Loh, Taman Seruling, Sungai Petani. Kos rawatan cuma RM100 dan dibiayai oleh Hafiz sendiri.













Walau bagamanapun, berita terbaru yang kami terima dari Hafiz pada 8 Ogos yang lalu, anak kucing ini tidak panjang umur.

Sangat menyedihkan apabila melihat gambar-gambar anak kucing yang masih kecil perlu melalui penderitaan dan kesakitan.

Sekiranya anda mengambil berat dan prihatin dengan keadaan kucing terbiar di luar sana, mandulkan kucing anda. Jangan ada di kalangan kucing anda yang melahirkan anak-anak kucing yang perlu menderita sebegini di luar sana :(

RIP little kitty.

Kucing Dengan Luka Di Leher (Fatin Anis)

Email yang kami terima dari Nur Fatin Anis Rahaizak : 

Isnin, 30 Julai 2012 - 9.15am : 

hai. saya perlukan bantuan kepada sesiapa yang berada di kawasan PJ seksyen 13 bangunan PJIP. Area office saya ni ade seekor kucing. Leher dia macam kena sembelih. Saya tak tahu nak kata mcm mana sebab bila saya dekati kucing tu berbunyi. Maybe dia igt saya nak apa2 kn dia. Saya tiada kenderaan untuk menghantarnya ke vet. Saya mohon kepada sesiapa yang boleh membantu kucing tu. Klu ade apa2 boleh hubungi saya, Anis, di : 0122104xxx. 

Bersama email tersebut, Anis menyertakan gambar kucing yang dimaksudkan. 





Melihat kepada gambar yang dikirimkan, berkemungkinan kucing ini berpemilik dan luka di lehernya itu adalah luka akibat pemakaian collar yang terlalu lama dan ketat.

Namun apa sebenarnya yang terjadi kepada kucing ini, hanya Tuhan yang tahu.

Kami menawarkan bantuan subsidi 50% untuk membiayai perubatan kucing ini.

Dengan bantuan Putri Nina Suraya di FB, kucing ini cuba di bawa untuk mendapatkan rawatan, malangnya kucing ini mati semasa dalam perjalanan ke klinik haiwan. 

Putri Nina Suraya telah meguruskan kucing malang ini.

Meskipun kucing ini tidak berkesempatan di selamatkan, namun kami mengagumi usaha murni Anis dan Nina yang cuba untuk membantu kucing ini. Terima kasih, Anis & Nina. 

RIP kucing oren. Semoga kamu dapat di sana dan terhapus penderitaanmu di dunia.