Tuesday, December 20, 2011

Aunty Tan Chin Cats Care Mission (Part I)

Rina, SCRATCH Team Coordinator dan Encik Fad telah melawat ke rumah Aunty Tan Chin di Selayang semalam.

Aunty Tan Chin kelihatan sangat gembira menerima sumbangan makanan kucing yang didermakan oleh seorang individu kepada SCRATCH melalui Honey Vet Clinic.



Dengan sumbangan yang berjaya dikumpul untuk kucing-kucing Aunty Tan Chin, kami akan mengjalankan misi pemandulan kepada kucing-kucing ini pada 24 Dec 2011 di Klinik Kembiri SPCA-DBKL Setapak, bermula jam 9 pagi.

Kucing-kucing ini akan di bawa pulang ke rumah Aunty Tan Chin sejurus selepas pemandulan dan kami akan terus mengadakan gotong-royong kecil untuk menyediakan ruang yang lebih selesa untuk kucing-kucing ini di hadapan rumah Aunty Tan Chin.


Pandangan hadapan rumah Aunty Tan Chin yang menempatkan kucing-kucingnya.



Lebihan derma orang ramai yang kami terima untuk kucing-kucing mangsa Petknode Boarding Centre yang lalu seperti ubat kutu dan makanan kucing akan disumbangkan kepada Aunty Tan Chin.

Sekiranya ada yang benar-benar serius ingin menjaga (adopt) kucing-kucing ini, Aunty Tan Chin tidak akan keberatan untuk melepaskan kucing-kucing ini kepada penjaga yang lebih baik.

Jantan dewasa


Ibu kucing bersama seekor anaknya


6 ekor anak kucing yang gebu dan sihat


Anak-kucing kucing betina


Anak kucing jantan


Anak kucing betina bermata biru


Anak kucing jantan bermata biru


Di rumah Aunty Tan Chin juga terdapat beberapa ekor anjing. Ada yang memerlukan rawatan untuk kulit.



Terdapat 6 ekor anak anjing yang baru lahir di rumah beliau.

Semua haiwan-haiwan ini comel-comel belaka. Harap akan ada yang sudi mengambil kucing-kucing ini untuk dijaga.

2 comments:

  1. nampak sihat2 je kucing2 yg auntie jaga. even dlm keadaan macam tuh..kucing2nya nmpak dia jaga dengan penuh kasih syg kan?

    ReplyDelete
  2. geramnya si mata biru tu... kalau lah boleh di adopt... but kecian lak kat aunty, kecian plak takut aunty attached to the cat

    ReplyDelete