Sesetengah kucing memang dilahirkan semulajadi botak. Contohnya Sphinx.
Kucing Sphinx - Foto sumber dari Google
Tapi sekiranya kucing anda yang sepatutnya berbulu menjadi botak, ini TIDAK NORMAL.
Kebotakan atau keguguran bulu berlebihan disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya:
a) Psychogenic Alopecia Syndrome, iaitu keguguran bulu akibat tekanan (stress) dan kebosanan (boredom)
b) Kutu. Hama, alergi kulit atau penyakit kulit lain yang menyebabkan kegatalan dan aktiviti menggaru dan menjilat bulu secara berlebihan berlebihan.
c) Kekurangan Zat Nutrisi Makanan
d) Tanda-tanda penyakit contohnya jangkitan pundi kencing (Bladder Infection).
Apa itu Psychogenic Alopecia Syndrome?
Psychogenic Alopecia adalah terma yang digunakan untuk keguguran bulu berlebihan akibat tekanan psikologi (psychological stresses). Tanpa kita sedari, haiwan mudah terdedah kepada tekanan dan kebosanan. Tekanan dan kebosanan menyebabkan haiwan kesayangan kita banyak menghabiskan masa berdandan dan membersihkan bulu secara berlebihan.
Antara penyebab-penyebab tekanan yang sering dikenalpasti ke atas kucing-kucing belaan:
- Berpindah ke rumah/bilik/sangkar baru
- Kematian atau kehilangan kucing sepermainan
- Kematian atau kehilagan ahli keluarga pemilik kucing
- Kehadiran kucing baru
- Kehadiran individu baru dalam keluarga pemilik kucing
- Tekanan yang di hadapi oleh pemilik kucing seperti kehilangan pekerjaan, baru berpindah tempat kerja baru, kehilangan orang yang tersayang boleh memberi kesan kepada 'mood' pemilik kucing dan memberi impak kepada kekerapan pemilik kucing berada di rumah untuk meluang masa bersama haiwan-haiwan kesayangan.
Kebosanan mudah menyerang kucing-kucing yang dibela bersendirian tanpa kucing lain sebagai teman bermain, tiada permainan (toys) untuk menggalakkan mereka bermain ataupun sering ditinggalkan bersendirian dan kurang mendapat perhatian daripada pemilik masing-masing.
Masalah ini tidak akan menjejaskan kesihatan kucing anda dari sudut negatif. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan pemeriksaan veterinar atau doktor haiwan bagi mengenalpasti punca-punca keguguran bulu pada kucing anda.
Sekiranya Psychogenic Alopecia adalah punca keguguran bulu pada kucing anda, anda boleh mengurangkan tekanan dan kebosanan kucing anda dengan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama, bergurau dan bermanja. Fikirkan jenis permainan yang kreatif yang boleh dimainkan bersama dan sentiasa mengubah jenis permainan supaya kucing anda tidak cepat bosan.
Kegatalan kulit kepada kucing
Kegatalan pada kulit juga membuatkan kucing menggaru dan menjilat bulu secara berlebihan sekaligus menyebabkan kebotakan dan keguguran bulu. Pastikan kucing-kucing anda mendapat rawatan nyahkutu secara berkala.
Kebiasannya, keguguran bulu boleh disebabkan oleh serangga seperti kutu dan hama, jangkitan fungus/kulat. Sekiranya terdapat tanda-tanda tidak normal pada bulu dan kulit kucing anda seperti kemerahan, bengkak, luka, lebam, bersisik, berkeruping dan sebagainya, segera ke doktor haiwan untuk pemeriksaan dan rawatan.
Sekali sekala, mandikan kucing anda dengan air suam dan syampu yang dikhaskan untuk kucing. Selain daripada menjaga kebersihan kucing anda, mandi boleh membuang hama-hama penyebab alergi yang terlekat pada bulu kucing.
Kekurangan nutrisi
Semakin lanjut usia kucing, semakin banyak bulu yang akan gugur daripada badan kucing tersebut. Kulit akan menjadi kering dan tumbuh semula berlainan warna. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan zat/nutrisi makanan (Nutritional Deficits). Apabila kucing menjadi semakin berusia, keperluan zat dan makanan turut berubah di mana kucing-kucing ini memerlukan nutrisi tambahan dalam makanan mereka.
Berikan makanan yang berkhasiat. Anda juga boleh memberikan makanan tambahan seperti vitamin kepada kucing-kucing yang berusia ini.
Kebotakan mungkin petanda kepada penyakit lain
Kucing yang mengidap jangkitan pundi kencing (Bladder Infection) akan menjilat dan membersihkan bahagian perut secara berlebihan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.
Adalah sangat penting mengenalpasti punca-punca kebotakan dan keguguran bulu pada haiwan kesayangan anda. Dapatkan nasihat dari doktor haiwan bertauliah dan dapatkan rawatan segera sekiranya perlu.
moral of da story..... kalau kucing tu botak.... dia mengalami stress la kot.... huhuhuh...
ReplyDeletekesian kat kucing tu....
kucing sy dh semkon botak di bahagian kepala dan belakang telinga.
ReplyDeleteknp ek?
Samaa la, sebab apa ye
DeleteBetul tu syieda...kucing saya pun mcm tu... :(
ReplyDeleteKalau dah prevent, boleh tumbuh balik x?
ReplyDeleteKalau dah prevent, boleh tumbuh balik x?
ReplyDeleteHuhuhuhu
ReplyDeleteSampai pening Letih pikirkan apa sebab nya
Apa Obatnya
Macam mana cegahnya
Nak tanye kenape bulu kucing saya botak di bahagian perut..
ReplyDeletesaya jumpa sekor anak kucing lama" die makin botak bulu tertanggal secara banyak bukan gugur sehelai" apa sebabnye ya
ReplyDeleteBulu ekor kucing botak boleh saya tahu apa penyebab nya?
ReplyDeletekucing saya botak di bahagian ekor
ReplyDeleteKalaw org botak kepala biasanya orang tu fikir banyak.. klaw kucing botak kepala rasanya mungkin kucing tu fikir terlalu banyak.. tpi xtaw plak kucing duk fikirkan menda apa... 😂
ReplyDelete