Wednesday, June 26, 2013

Jawatankuasa baru KTAJ/SCRATCH

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli persatuan di atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan atas perlantikan saya sebagai presiden baru Persatuan Membantu Kucing Terbiar & Anjing Jalanan Malaysia (PKTAJM) aka SCRATCH bagi menerajui persatuan bagi sesi 2012/2013.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada AJK baru sesi 2012/2013 yang terdiri daripada Incik Bulldog, Katts, Cik Dolphin, Cik Buaya, Cik Phyton, MemerangGemot, Pandadebab, Cik Tupai, Chokodebab, Smeagirl, Cik Bitbit, Cik Jilapah, Neko-chan dan Miau-buchuk. Saya yakin dan berkepercayaan penuh bahawa jawatankuasa yang baru dibentuk ini mampu menggalas tugas dan tanggungjawab persatuan yang telah diamanahkan.

Pelbagai program telah dirancang untuk tahun ini dalam usaha untuk mencapai misi dan visi penubuhan KTAJ iaitu untuk membantu kucing dan anjing jalanan selain menyokong dan memberi pendedahan serta maklumat kepada org ramai berkenaan kebaikan pemandulan haiwan. Saya mewakili AJK yang lain ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang persatuan ini ditubuhkan dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan program yang tergendala sebelum ini. Walau bagaimanapun, subsidi perubatan dan pemandulan masih lagi belum dibuka untuk permohonan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Insyaallah, makluman berkenaan dua subsidi ini kan diberitahu melalui satu pengumuman khas dalam jangkamasa yang terdekat.

Saya berharap rakan2 seperjuangan termasuk followers KTAJ agar
tidak jemu untuk memberi sokongan dan berdoa semoga perjuangan murni ini dipermudahkan dan dpt diteruskan, Insha Allah.

Sekian.

~tenokkilat~