Friday, March 22, 2013

Trap-Neuter-Return/Rehome-Manage (TNRM)

Masih ramai yang tidak tahu apa itu konsep TNRM.

Trap-Neuter-Return/Rehome-Manage (TNRM)
adalah konsep yang diperkenalkan oleh NGO untuk mengawal populasi haiwan jalanan menggunakan cara yang lebih berperikemanusiaan, iaitu PEMANDULAN.

Konsep TNRM ini bertujuan untuk menggantikan konsep PENGAWALAN POPULASI haiwan jalanan yang di amalkan di hampir kesemua negara termasuk Malaysia, iaitu PELUPUSAN.




TNRM dijalankan oleh golongan yang kami gelar sebagai FEEDER (pemberi makan). Feeder ialah golongan yang memberi makan setiap hari kepada haiwan jalanan di kawasannya. Feeder akan menangkap haiwan-haiwan jalanan ini dengan cara yang berperikemanusiaan, divaksin/dirawat sekiranya sakit, dimandulkan dan dicarikan pemilik baru. Sekiranya gagal mendapat pemilik baru, haiwan ini dilepaskan semula ke tempat asal sebagai HAIWAN KOMUNITI.

Haiwan ini hanya akan dilepaskan di tempat asal. Sekiranya dilepaskan di kawasan lain, haiwan ini akan stress, dan semasa cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, ia mungkin akan diserang oleh haiwan-haiwan yang lebih dominan dan membawa kepada kecederaan dan penyakit.

Semasa pemandulan, telinga haiwan ini DITANDAKAN untuk membezakan yang telah dimandulkan dengan yang belum. Dan biasanya tanda ini dilakukan dengan memotong sedikit hujung telinga semasa pemandulan dijalankan supaya kucing tidak merasa sakit.

Dengan TNRM, haiwan jalanan di kawasan terbabit dibiarkan lepas bebas, dipantau dan diberi makan, sihat, serta tiada lagi penambahan populasi di kawasan tersebut. Populasi di kawasan terbabit akan berkurangan secara semulajadi.

TNRM mungkin tidak menunjukkan hasil dalam tempoh masa singkat kerana pasti ada pihak lain yang akan membuang anak-anak kucing yang baru dan menambah populasi haiwan jalanan di kawasan tersebut. Tapi sekurang-kurangnya, TNRM yang diamalkan boleh menghentikan pihak tertentu daripada menangkap dan melupuskan haiwan-haiwan ini.

Atas kesedaran inilah, kami menggalakkan pemilik haiwan memandulkan haiwan peliharaan masing-masing, dan menggalakkan pemilik haiwan memberi bantuan kepada haiwan jalanan lain di kawasan mereka. Sekiranya semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, pasti kebajikan haiwan-haiwan jalanan akan lebih terpelihara.

Thursday, March 21, 2013

Catnip / Catwort / Catmint

Cuba korang tengok sekitar halaman rumah korang, atau di tepi-tepi padang tempat korang berjogging setiap hujung minggu. Ada tak ternampak tumbuhan ini? Atau ada tak antara korang yang pernah cuba tanam tumbuhan ini? 






Tumbuhan ini dikenali sebagai Catnip/Catwort/Catmint. Nama saintifiknya ialah Nepeta Cataria dan jauh beza dengan Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica).

Rupa Catnip/Catmint ni ada iras-iras daun pudina dan daunnya mempunyai bau herba yang kuat apabila dipetik. Apabila tua, ia akan menghasilkan bunga-bunga kecil berwarna ungu/putih.

Kesannya sama seperti Pokok Kucing Galak, iaitu memberi rasa seronok, gembira dan ketenangan kepada kucing-kucing yang aktif (*tak semua kucing menunjukkan kesan yang sama).

Selain kesan positif kepada kucing, Catnip/Catmint ini juga sesuai diminum dan dijadikan rawatan herba oleh mereka yang mempunyai masalah insomnia, stress, migrain, sakit kepala, dan masalah penghadaman.

So kalo korang terjumpa tumbuhan ni, cuba korang beri pada kucing korang untuk melihat sama ada ia memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Kali pertama, mungkin si comel korang buat bolayan. Lama-lama mungkin si comel korang bagi respond pada tumbuhan herba ini. Tapi make sure ianya tumbuhan yang betul tau... sebab banyak rumput/tumbuhan yang rupanya hampir sama, tapi sebenarnya berbeza ;)


Wednesday, March 20, 2013

Cat Speutering Day (JB) 2013

CAT SPEUTERING DAY & CHARITY DRIVE (JB) 2013


Hari pemandulan murah untuk kucing-kucing berpemilik dan jualan amal untuk mengisi Dana SCRATCH bagi membantu Nek Jah dan Nek Zaharah di Johor Bahru!

Tarikh : Ahad, 14 April 2013
Masa : Bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang (First come first serve basis)
Lokasi : KLINIK HAIWAN TIRAM - No 21, Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.





Misi utama penubuhan KTAJ-SCRATCH adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan dan menggalakkan lebih banyak pemilik-pemilik kucing mengambil kucing-kucing jalanan sebagai 'kucing-kucing angkat' dan memandulkan haiwan peliharaan masing-masing.

Pembuangan kucing-kucing ke jalanan oleh pemilik-pemilik kucing tidak akan dapat dihentikan sekiranya pemilik-pemilik kucing gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kebanyakan pemilik-pemilik tidak bertanggungjawab ini mengambil jalan mudah dengan membuang kucing-kucing milik mereka apabila telah beranak-pinak dan tidak mampu dipelihara lagi.

Kebanyakan penyelamat haiwan dan pencinta haiwan sudah tidak mampu menempatkan kucing-kucing yang semakin hari semakin banyak dibuang, terutama sekali kucing-kucing yang sakit dan cedera, anak-anak kucing yang dibuang ketika belum putus susu dan ibu-ibu kucing yang sedang sarat mengandung.

Akibatnya, semakin banyak kucing-kucing yang menghuni jalanan, pasar-pasar awam, kaki lima kedai-kedai makan. Kucing-kucing ini terdedah kepada ancaman bahaya oleh kucing-kucing lain, anjing liar, manusia yang tidak berperikemanusiaan, kenderaan, penyakit, kematian dan sebagainya.

Justeru itu, KTAJ-SCRATCH dengan kerjasama dan jasa baik KLINIK HAIWAN TIRAM dan page komuniti WIRA FANS CLUB ingin mengadakan Hari Pemandulan Kucing (Cat Speutering Day) dengan mempromosikan program pemandulan murah bagi pemilik-pemilik kucing memandulkan haiwan peliharaan mereka.


YURAN PEMANDULAN


RM60 untuk seekor kucing jantan (Caj normal ialah RM80)
RM80 untuk seekor kucing betina (Caj normal ialah RM140)


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Hanya kucing-kucing berpemilik yang didaftarkan dengan kami layak mendapatkan yuran pemandulan murah seperti yang kami iklankan.

Untuk mendaftar, emailkan [Subjek : CSD JB] ke ktaj0311@gmail.com
- nama pemilik dan no. kad pengenalan
- nama si comel/jantina/umur
- no. telefon bimbit pemilik
- gambar si comel

2) Pemilik perlu membuat pembayaran yuran pemandulan terus ke akaun rasmi Kucing Terbiar & Anjing Jalanan semasa pendaftaran. Yuran tidak akan dipulangkan.

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran yuran pemandulan ialah 11 April 2013, jam 8 malam.

3) Kad vaksin WAJIB di bawa semasa pemandulan.

Sekiranya kad vaksin tidak di bawa bersama, pihak KTAJ SCRATCH dan KLINIK HAIWAN TIRAM menganggap kucing ini tidak divaksinkan dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komplikasi dan jangkitan berlaku ke atas kucing milik anda selepas pembedahan.

Sekiranya kucing anda belum divaksinkan, anda boleh membawa kucing anda untuk vaksinasi pada tarikh berkenaan dan KLINIK HAIWAN TIRAM akan menetapkan tarikh lain untuk pemandulan kucing milik anda.


SYARAT-SYARAT KUCING YANG INGIN DIMANDULKAN

1. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2kg.

2. Anda perlu membawa sendiri kucing² yang ingin dimandulkan ke KLINIK HAIWAN KAMPAR.

3. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.

4. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.

5. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Sekiranya tidak, caj wad/boarding akan dikenakan.

6. Kucing² yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan bermain/keluar.

7. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke KLINIK HAIWAN KAMPAR dengan segera.

8. Sila pantau kucing² yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.


PENGAMBILAN KUCING-KUCING ANGKAT

Kucing-kucing ini merupakan kucing yang dibuang di kawasan premis KLINIK HAIWAN TIRAM. Sebahagiannya lagi terdiri daripada kucing-kucing yang ditinggalkan oleh rescuer dan pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab setelah kucing-kucing ini diberikan rawatan sewajarnya oleh pihak klinik.
Pihak klinik mengalami kekurangan dan kekangan sangkar untuk merawat kucing-kucing pelanggan lain memandangkan Boarding Room yang ada telah digunakan untuk menempatkan kucing-kucing malang ini.

Adoption fee adalah mengikut budi bicara doktor di KLINIK HAIWAN TIRAM.


SUMBANGAN BAGI MEMBANTU NEK JAH & NEK ZAHARAH.

Kisah nenek-nenek ini pernah dipaparkan di sini. Bagi membantu kedua-dua warga emas ini, SCRATCH dan WIRA FANS CLUB akan menyediakan tabung derma dan juga jualan amal bagi membantu mengisi tabung ini. Hasil sumbangan akan diserahkan kepada kedua-dua warga emas ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai kami kerana program ini hanya akan berlangsung mungkin hanya setahun sekali :)

Tuesday, March 19, 2013

CUNEN (Eliyana Othman)

Khamis, 7 Mac 2013 - 1.48pm :

salam sis,
ni gamba cunen
stray cat..
sy rescue die 1 Feb 2013 hari tu
sbb kaki kiri belakang die ad bisul
smpai sekarang die dalam penjagaan sy..
lebih kurang sebulan dalam penjagaan sy,
die bertambah sihat, berat drpd 2.5 dh jd 4.4kg skrg ni.
tp luke die masih tak elok
smlm sy refer semula dekat vet,
tulang dekat jari kaki die terkeluar,
vet ckp, mungkin sbb tulang tu dh expose ad jangkitan
besok die akan buat pembedahan untuk buang satu jari tu
sbb tu the best way, kalo tak kaki die akan keep bleeding.
sy kalau bleh nk mintak dana untuk support cost pembedahan sahaja.
rawatan yg lain sy dh complete termasok vaksin, deflea, ubt ccg sy guna kos sendri.
dlm masa yg sama2, mintak tlg cats lover yg lain doakan untuk cunen pagi besok.
 
terima kasih.








Selasa, 12 Mac 2013 - 10.12 am :

salam,
sori lambat
semalam cunen baru operate.
lepas doc check,
due jari kaki die dh rosak
so, doc terpkse buang due jari die.
cunen dh bley bwk balik rumah
sy akan jaga die smpai die sembuh,
sbb lepas 10 hari kena buang jaitan kaki die.
lepas die 100% sihat,
sy akan cari tuan baru untuk die

terima kasih








CUNEN kini dalam jagaan Eliyana dan Eliyana ingin mencarikan pemilik baru untuk CUNEN apabila ia benar-benar sembuh nanti. Ada sesiapa berminat menjaga CUNEN sampai bila-bila?

CUNEN sudah mula boleh berjalan seperti biasa dan luka semakin kering dan pulih. Alhamdulillah. Lukanya akan dibuka pada 21 Mac 2013.

Bil keseluruhan rawatan CUNEN ialah RM969, dengan itu Eliyana ingin memohon bantuan Subsidi Perubatan untuk membiayai sebahagian bil CUNEN.

Sumbangan anda diperlukan untuk membantu CUNEN. Memandangkan akaun rasmi persatuan kami sedang mengalami masalah, semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun sementara yang kami sediakan sehingga 22 Mac 2013. Untuk menderma, emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com


Terima kasih.


Monday, March 18, 2013

Bless Dipotong Ekor (Jezlin R)

Isnin, 11 Mac 2013 - 12.41 am :

Salam 1 msia. 10mlm smlm saya terjumpa seekor kucing yg sdg sakit krn ada manusia x bhati perut telah memotong ekornya. Kebetulan pula saya ada di kedai kawasan perumahan di chemor, perak. Saya anta emel ni sb geram sgt dgn perangai manusia mcm ni. Skrg kucing tu saya dah bawak balik ke rumah dan saya cuba lah mana yg termampu utk merawatnya. Insyaallah saya akan bwk ke vaterinar kerajaan sb saya x mampu nk bawa ke vet swasta. Saya hrp smoga kucing ni akn pulih dan sama samalah kita doakan kesakitan yg dialaminya akn hilang dan sihat kembali. Insyaallah saya akan mjaga kucing ni sampai akhir hayatnya. Di sini saya attached beberapa kpg gambar, dan hrp manusia yg x bhati perut tu di balas dgn setimpal.

Jez.








Melihat gambar yang menyedihkan ini, kami menawarkan Subsidi Perubatan dan meminta saudari Jez mempertimbangkan agar kucing ini dibawa ke klinik swasta berhampiran beliau.


Isnin, 11 Mac 2013 - 7.44pm :

Wsalam.
td saya dah bawa ke veterinar kerajaan. Kucing ni saya namakan Bless telah dibius dan dicuci lukanya. malangnya doktor yg merawatnya kata luka Bless xkan sembuh selain luka, dia ada kurap yg bleh bjangkit. Doktor tu suggest utk inject emm silent death. Tp saya x setuju sb tu slps dia dicuci saya bwk ke rumah smula dan sy yakin insyaallah Bless boleh sembuh. If xde apa2 saya akan mohon cuti jumaat pg ni utk bawa Bless ke vet swasta. Jarak chemor ke kampar jauh sgt lebih kurang pjalanan 1 jam memandangkan Bless x selesa dlm kereta. Saya x pasti berapa agaknya kos perubatan di swasta tp xpelah sya cuba mana yg tdaya. Tp saya sbenarnya pening dan x tahu apa nk buat selain dr cuci luka dan bg dia ubat sb kesian tgk Bless mengiyau kesakitan. boleh x pihak ktaj hubungi saya? No telefon 013425xxxx. Hrp ktaj dpt contact sya utk khdmat nasihat. Terima kasih byk2 kerana mbantu. Ni saya attached pic Bless selepas dia dirawat pg td.







Atas nasihat kami, Jez kemudiannya membawa BLESS ke doktor lain untuk mendapatkan pandangan kedua pula. Ini gambar-gambar BLESS ketika dihantar ke doktor kedua.












Pada asalnya, doktor yang merawat cuba untuk mencantumkan kulit pada luka tersebut. Malangnya, ekor BLESS dipotong terlalu rapat menyebabkan doktor gagal mencantumkan kulit di bahagian berkenaan untuk mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Ini menyebabkan lukanya perlu dicuci setiap hari dan lukanya dipantau untuk memastikan tiada jangkitan.

Anggaran proses penyembuhan BLESS ialah 3 bulan.

BLESS turut mempunyai masalah kurap yg agak serius. Doktor telah membersihkan bahagian kurap, memberikan suntikan anti-kurap, dinyahcacing dan divaksinkan. BLESS turut menghadapi masalah cirit birit semenjak di bawa pulang. Di harap BLESS akan segera sembuh dalam jagaan Jez. Kami menyanjungi semua penyelamat haiwan yang berusaha membantu haiwan-haiwan terbiar yang sakit dan cedera di luar sana.

Diharap kisah-kisah menyelamat di sini menjadi peransang dan semangat kepada penyelamat-penyelamat haiwan lain di luar sana.

Kos rawatan pertama BLESS hanyalah RM212 dan 50% akan disubsidi oleh Dana SCRATCH. BLESS perlu dibawa semula untuk rawatan susulan 2 minggu lagi.

Memandangkan pengeluaran wang dari akaun rasmi SCRATCH dibekukan, kami membuka akaun sementara untuk mereka yang ingin menyalurkan bantuan derma bagi membiayai perubatan haiwan-haiwan yang disiarkan di sini dan akaun sementara ini hanya berkuatkuasa sehingga 22 March 2013. Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menghubungi kami di ktaj0311@gmail.com. Lebihan sumbangan akan digunakan untuk kes-kes lain.

Terima kasih.

Saturday, March 16, 2013

Cat Speutering Day (Kampar) 2013

CAT SPEUTERING DAY & ADOPTION DRIVE, KAMPAR 2013

Hari pemandulan murah untuk kucing-kucing berpemilik dan program pengambilan 'kucing-kucing angkat' di Kampar, Perak!

Tarikh : Ahad, 31 Mac 2013
Masa : Bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang (First come first serve basis)
Lokasi : KLINIK HAIWAN KAMPAR, No. 6, Persiaran Siswa, Taman Kampar Siswa, Kampar, Perak.





Misi utama penubuhan KTAJ-SCRATCH adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan dan menggalakkan lebih banyak pemilik-pemilik kucing mengambil kucing-kucing jalanan sebagai 'kucing-kucing angkat'.

Pembuangan kucing-kucing ke jalanan oleh pemilik-pemilik kucing tidak akan dapat dihentikan sekiranya pemilik-pemilik kucing gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kebanyakan pemilik-pemilik tidak bertanggungjawab ini mengambil jalan mudah dengan membuang kucing-kucing milik mereka apabila telah beranak-pinak dan tidak mampu dipelihara lagi.




Kebanyakan penyelamat haiwan dan pencinta haiwan sudah tidak mampu menempatkan kucing-kucing yang semakin hari semakin banyak dibuang, terutama sekali kucing-kucing yang sakit dan cedera, anak-anak kucing yang dibuang ketika belum putus susu dan ibu-ibu kucing yang sedang sarat mengandung. Akibatnya, semakin banyak kucing-kucing yang menghuni jalanan, pasar-pasar awam, kaki lima kedai-kedai makan. Kucing-kucing ini terdedah kepada ancaman bahaya oleh kucing-kucing lain, anjing liar, manusia yang tidak berperikemanusiaan, kenderaan, penyakit, kematian dan sebagainya.

Justeru itu, KTAJ-SCRATCH dengan kerjasama dan jasa baik KLINIK HAIWAN KAMPAR ingin mengadakan Hari Pemandulan Kucing (Cat Speutering Day) dengan mempromosikan program pemandulan murah bagi pemilik-pemilik kucing memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kami juga ingin mencarikan pemilik-pemilik baru untuk kucing-kucing yang diselamatkan dan yang ditinggalkan di premis klinik ini agar diberikan penempatan dan keluarga baru supaya kehidupan haiwan-haiwan ini lebih terjamin melalui Program Pengambilan Kucing-kucing Angkat (Cat Adoption Drive) yang akan berlangsung pada hari yang sama.

YURAN PEMANDULAN

RM60 untuk seekor kucing jantan (Caj normal ialah RM80)
RM80 untuk seekor kucing betina (Caj normal ialah RM140)

*10 pendaftaran terawal layak menerima yuran pemandulan hanya RM50 sahaja untuk kucing betina yang dimandulkan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Hanya kucing-kucing berpemilik yang didaftarkan dengan kami layak mendapatkan yuran pemandulan murah seperti yang kami iklankan.

Untuk mendaftar, emailkan [Subjek : CSD Kampar] ke ktaj0311@gmail.com
- nama pemilik dan no. kad pengenalan
- nama si comel/jantina/umur 

- no. telefon bimbit pemilik
- gambar si comel

2) Pemilik perlu membuat pembayaran yuran pemandulan terus ke akaun rasmi Kucing Terbiar & Anjing Jalanan semasa pendaftaran. Yuran tidak akan dipulangkan.

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran yuran pemandulan ialah 28 Mac 2013, jam 8 malam.

3) Kad vaksin WAJIB di bawa semasa pemandulan.

Sekiranya kad vaksin tidak di bawa bersama, pihak KTAJ SCRATCH dan KLINIK HAIWAN KAMPAR menganggap kucing ini tidak divaksinkan dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komplikasi dan jangkitan berlaku ke atas kucing milik anda selepas pembedahan.

Sekiranya kucing anda belum divaksinkan, anda boleh membawa kucing anda untuk vaksinasi pada tarikh berkenaan dan KLINIK HAIWAN KAMPAR akan menetapkan tarikh lain untuk pemandulan kucing milik anda. Yuran vaksin hanya RM35 saja. 


SYARAT-SYARAT KUCING YANG INGIN DIMANDULKAN

1. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2kg.

2. Anda perlu membawa sendiri kucing² yang ingin dimandulkan ke KLINIK HAIWAN KAMPAR.

3. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.

4. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.

5. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Sekiranya tidak, caj wad/boarding akan dikenakan.

6. Kucing² yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan bermain/keluar.

7. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke KLINIK HAIWAN KAMPAR dengan segera.

8. Sila pantau kucing² yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.

PENGAMBILAN KUCING-KUCING ANGKAT

Kucing-kucing ini merupakan kucing yang dibuang di kawasan premis KLINIK HAIWAN KAMPAR. Sebahagiannya lagi terdiri daripada kucing-kucing yang ditinggalkan oleh rescuer dan pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab setelah kucing-kucing ini diberikan rawatan sewajarnya oleh pihak klinik. 

Pihak klinik mengalami kekurangan dan kekangan sangkar untuk merawat kucing-kucing pelanggan lain memandangkan Boarding Room yang ada telah digunakan untuk menempatkan kucing-kucing malang ini.

Adoption fee yang ditetapkan ialah RM80 dan kucing-kucing ini akan diberikan 3 vaksin percuma. kebanyakan kucing yang ingin dicarikan pemilik baru ini terdiri daripada anak-anak kucing berumur 3 bulan dan ke atas. 

Makanan kucing-kucing ini di klinik buat masa ini dibiayai ihsan syarikat Royal Canin. 




10 adopter pertama akan menerima hadiah istimewa daripada HENRY CATS AND FRIENDS dan kucing-kucing ini layak mendapat yuran pemandulan murah/Subsidi Pemandulan apabila telah cukup umur untuk dimandulkan nanti. 

PROMOSI LAIN

Bermula hari ini, KLINIK HAIWAN KAMPAR akan memberikan harga istimewa untuk VAKSIN 4 dalam 1 iaitu RM35 berbanding harga biasa RM45.

Terdapat pelbagai diskaun untuk barangan terpilih di KLINIK HAIWAN KAMPAR.

Selain itu, dapatkan juga barangan jualan amal SCRATCH dan menyumbang di tabung derma SCRATCH untuk membantu kami meneruskan aktiviti-aktiviti kami membantu penyelamat-penyelamat haiwan di luar sana menyelamatkan haiwan jalanan. 

Jangan lepaskan peluang ini kerana program ini hanya akan berlangsung mungkin hanya setahun sekali :) 

Tuesday, March 5, 2013

Pemilihan Kibbles Kucing


Apakah faktor pemilihan makanan kucing yang pemilik haiwan perlu titikberatkan dalam membeli makanan untuk si comel anda? Adakah faktor harga semata-mata? Atau faktor nutrisi yang menjadi pilihan anda? 




Makanan kucing jenis kibbles terdiri daripada 3 kategori / kelas :
  • Komersial
  • Premium
  • Holistik / Super-premium.

Makanan kucing jenis komersial adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap dikomersialkan di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan anda.

Makanan jenis Premium dan Holistik jarang dikenali. Jenama-jenama ini biasanya terdapat di kedai-kedai haiwan, dan klinik-klinik haiwan sahaja. 





APA YANG MENENTUKAN KELAS MAKANAN DI ATAS?

Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. Cuba lihat bungkusan makanan si comel yang anda beli.

Kualiti jenama makanan kucing ditentukan oleh 5 ramuan / ingredient pertama yang tersenarai dalam kandungannya. 


Makanan yang berkualiti akan menyenaraikan ramuan-ramuan berkhasiat sebagai 5 atau sebahagian daripada 5 ramuan pertama. Contohnya ialah Turkey, Deboned Chicken, Chicken, Chicken Meal, Salmon, Fish Meal dan sebagainya. 

5 ramuan ini kemudiannya diikuti oleh ramuan-ramuan berkhasiat lain seperti yang tersenarai di bawah :
  • Poultry, beef, lamb or fish
  • Poultry meal
  • Fish meal
  • Chicken fat
  • Potato, sweet potato or brown rice
  • Eggs
  • Fruit and vegetables



Selain ramuan-ramuan di atas, makanan yang berkhasiat dilengkapi dengan zat tambahan dan khasiat sampingan seperti : 


  • Probiotics : Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.
  • Fish oil/ salmon oil- penyumbang Omega 3 & 6 yang bagus untuk hati dan jantung.
  • DL-Methionine - asid amino yang menyebabkan urine lebih berasid dan menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing.
  • L-lysine - asid amino yang membantu menghalang herpes, jangkitan mata dan sistem respiratori/selsema pada kucing.
  • Taurine & Vitamin A - asid amino untuk jantung dan membantu ketajaman mata kucing.
  • Vitamins and minerals




Jenama Komersial tidak mempunyai ramuan berkhasiat atau salah satu daripada 5-ramuan-pertama (first-5-ingredients) dalam pembuatannya. Sebaliknya, jenama-jenama ini menggunakan 'BY PRODUCT' di dalam ramuannya. 

Apa itu 'by product'? 

'By product' ialah bahagian haiwan yang tak sesuai dijadikan sebagai makanan manusia. Dalam penyediaan makanan manusia, bahagian-bahagian ini biasanya dibuang.

'Chicken-by-product/poultry-by-product' yang terdapat di dalam makanan jenama Komersial bermakna makanan tersebut dihasilkan menggunakan ramuan seperti paruh, kepala, kepak, tulang, cengkerang telur, isi perut ayam daripada haiwan ternakan seperti ayam, itik atau/dan burung. 





Beef/lamb-by-product pula menggunakan ekor, kaki, tulang, isi perut dan kulit haiwan daging/tenusu daripada lembu dan kambing.

By product terdiri daripada protein berkualiti rendah dan tidak mengandungi asid amino secukupnya untuk keperluan dan kesihatan si comel anda. 



BACA LABEL PADA BUNGKUSAN MAKANAN SI COMEL ANDA

Selain daripada protein dan asid amino yang disenaraikan di atas, anda juga perlu melihat ramuan yang menyumbang kepada karbohidrat dalam makanan kucing anda.


Karbohidrat dalam kandungan makanan kucing hanya berfungsi sebagai 'filler' untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada kucing anda namun tidak membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kucing. Dalam memilih makanan kucing, elakkan daripada ramuan yang terdiri daripada :
  • Corn or wheat gluten
  • Cornmeal
  • Ground wheat
  • Cellulose
  • Brewer's rice 



Dalam jenama makanan Premium, masih terdapat kanji dan karbohidrat dalam ramuannya. Ianya adalah bertujuan untuk membentuk kibbles ketika proses pembuatan.  
 
Makanan Holistik ialah kibbles yang tidak mengandungi sumber karbohidrat atau grain dalam ramuannya. Sebaliknya, makanan Holistik mengandungi probiotic (bakteria bagus), pelbagai asid amino penting, sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan menyeluruh si comel anda.

 

PERATUSAN NUTRISI YANG DIPERLUKAN OLEH SI COMEL

Makanan yang bagus perlu mengandungi 33% protein, dan kurang 5.5% ash. Makanan Holistik / Super-premium biasanya mengandungi 50-52% protein dan 3.0% ash yang membekalkan protein yang optimum untuk kucing-kucing aktif.






Namun demikian, anda juga perlu berhati-hati memilih peratusan protein untuk kucing anda. Sekiranya protein terlalu tinggi dan melebihi keperluan kucing anda, ia boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang. 

Meskipun kibbles yang bagus memberikan zat secukupnya untuk kucing anda, pemberian makanan basah dalam tin, foiled pack atau yang dimasak sendiri juga penting sebagai sebahagian diet penting kucing anda. Pengambilan air secukupnya juga perlu diberi perhatian. 




Selain daripada yang kami senaraikan di atas, pastikan tarikh luput makanan yang anda beli dan bagi pengguna Muslim, pastikan tiada kandungan 'pork', 'bacon' dan yang seumpamanya ya :)

Berikut adalah link untuk bacaan /website yang boleh anda rujuk :
Vet Info
Best Dry Cat Food Reviews
Brands of Cat Food 


Monday, March 4, 2013

SPHYNX (Belle Anuar)

Ini SPHYNX.

SPHYNX bukan la kucing berbaka Sphinx yang mahal tu. SPHYNX cuma seekor kucing jalanan biasa/kucing kampung yang diselamatkan oleh saudari Belle Anuar.

Menurut Belle, kucing betina yang diberi nama SPHYNX ini berkeadaan menyedihkan ketika ditemui. Telinga dan kepala berkurap teruk, berkutu seluruh badan, berbau busuk, kecacatan pada kaki belakang sebelah kiri (tidak dapat duduk spt kucing lain), kecacatan pada kaki depan sebeah kanan dan keadaan dubur yg sedikit tersembul. Kemungkinan tercedera akibat kemalangan, kurang nutrisi, dehydrated dan sebagainya.

Belle membiayai sendiri perubatan SPHYNX dan berharap agar SPHYNX cepat sembuh sediakala.

Sama-sama kita berdoa semoga SPHYNX segera sembuh sepenuhnya dan dapat bermain dengan girang seperti kucing-kucing lain. InsyaAllah.







Friday, March 1, 2013

Pemenang Fotogedik 2013 : Joy, Happiness & Laughter

Sempena Pertandingan Fotogedik 2013 : Joy, Happiness & Laughter yang telah berlangsung dari 12 Feb - 28 Feb 2013, beberapa pemenang telah dipilih berdasarkan undian yang kami jalankan di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook.

Berikut adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh admin-admin bersama : 



HADIAH DAN PEMENANG

Hadiah Utama : 
Cat Tree Model CT380 Tajaan KTAJ


Si comel : Canoby
Pemilik : Mohd Shahirwan Bin Abu Bakar
1213 undian

Hadiah Tempat Pertama
Smartsift tajaan KTAJ + Supplement Set & Cat Litter tajaan Klinik Haiwan Kampar 


Si comel : Sofie 
 Pemilik : Nabilah binti Mohd Shahrudin
689 undian


Hadiah Tempat Kedua : 
Catit Super Roller Circuit tajaan KTAJ + 
Pet Carrier & Pet Scratcher tajaan Klinik Haiwan Kampar 

Si comel : Melly 
 Pemilik : Nazdatul Husna Binti Musa
574 undian

Hadiah Tempat Ketiga : 
Catit Play Circuit tajaan KTAJ + Pet Carrier & Cute Bowl tajaan Klinik Haiwan Kampar


Si Comel : Naca & Ninot
Pemilik : Lyana Fadzila Binti Salam
514 undian 


10 Hadiah Saguhati tajaan KTAJ 

Si comel : Tabby Michael
Pemilik : Omar Muhammad Bin Omar
486 undian
Si comel : Hiro 
Pemilik : Ainul Azie Azuren
406 undian
Si comel : Baby Nyma
Pemilik : Zyirene Bte Zakaria
399 undian
Si comel : Maria
Pemilik : Mohammad Khairul bin Jamain
367 undian

Si comel : Odah 
Pemilik : Nur Fatihah Bt Mahmood
367 undian

Si comel : Boboi dan Jerry
Pemilik : Nurizzati Binti Rosli
327 undian

Si Comel : Simba 
Pemilik : Mr & Mrs Himly Al Deen
318 undian 

Si Comel : Domok / Momo
Pemilik : Nur Elidaliza bt Sazali
303 undian



Si Comel : Kakak
Pemilik : Pn. Hanis Bazila Abu Hasan
258 undian

Si Comel : Kiki
Pemilik : Nur Nazliza Mohd Nazari
253 undian


Di harap semua pihak berpuashati dengan keputusan yang diperolehi. 

Kami berjanji akan membuat penambahbaikan untuk pertandingan foto akan datang memandangkan banyak penyertaan/pemenang tidak menepati tema yang kami tetapkan. Kami akan lebih berhati-hati dan lebih tegas meluluskan peserta di masa akan datang. 

Semua pemenang akan dihubungi semula melalui email untuk proses penghantaran hadiah. 

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk memberikan Subsidi Pemandulan kepada semua kucing yang bertanding dalam Fotogedik ini. Kalau kucing yang dah dimandulkan tu, peserta layak memohon 1 Subsidi Pemandulan untuk kucing lain miliknya.


Terima kasih kepada semua peserta dan kami harap akan lebih ramai yang menyertai pertandingan kami di masa akan datang. 






Kebaikan Cuka Epal Kepada Kucing



Cuka epal (Apple Cider Vinegar / ACV) merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi pelbagai jenis mineral seperti potassium, calcium, magnesium, phosphorous, chlorine, sodium, sulfur, copper, iron, silicon dan fluorine yang menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.

ACV terhasil dengan memerah epal segar yang di tanam secara organic dan diperam dan dibiarkan mengalami proses fermentasi di dalam tong kayu (wood barrel) sehingga menjadi cuka. Warna ACV ialah keperangan. Jadi jangan tersilap dengan cuka putih / cuka buatan yang terdapat di pasaran tu ya.

ACV juga di kenali sebagai 'classic tonic' kerana manfaatnya kepada kesihatan manusia secara menyeluruh. 

Selain manusia, ACV juga mempunyai pelbagai khasiat kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing dan arnab.


Kegunaan ACV pada haiwan peliharaan :




  • Gunakan ACV dalam mandian haiwan peliharaan boleh merawat kutu dan iritasi kulit. Mandikan haiwan peliharaan anda dengan syampu lembut, bilas dan mandikan semula dengan sedikit campuran ACV dalam air mandian. Kemudian, bilas secukupnya dengan air yang bersih.
  • Campurkan sedikit ACV bersama air bersih di dalam botol spray dan boleh digunakan untuk menyembur ke bulu haiwan peliharaan anda untuk merawat kutu, kemerahan, dan gatal-gatal.
  • Campuran sesudu kecil ACV ke dalam 1.5L air minuman haiwan kesayangan anda terutama sekali kucing boleh memelihara kesihatan salur kencing, sistem penghadaman, merawat alergi dan mengurangkan bau hancing kencing.
  • ACV juga memberi manfaat mengurangkan kesakitan sendi pada haiwan yang mengalami masalah arthritis dan berfungsi sebagai penyahtoksin badan haiwan peliharaan kita.


Apa yang ingin kami kongsikan dalam artikel ini ialah kebaikan ACV dalam melegakan Feline UTI (Urinary Tract Infection / Jangkitan Salur Kencing) pada kucing.

Tanda-tanda Feline UTI :
- kencing yang sedikit
- kucing enggan menggunakan litterbox, dan akan kencing di luar litterbox
- nampak sakit ketika hendak kencing
- warna kencing kucing nampak lebih gelap, atau sedikit kemerahan.
 


Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda di atas bersama kemurungan, enggan makan/minum, menyorokkan diri dan tidak aktif, kemungkinan kucing anda mengidapi Feline UTI. Feline UTI terjadi akibat jangkitan bakteria pada saluran kencing. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.


Rawatan Feline UTI Menggunakan Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Kajian yang dijalankan oleh beberapa pengamal rawatan holistik mendapati kucing-kucing pengidap Feline UTI yang dirawat dengan menggunakan ACV menunjukkan penyembuhan positif meskipun ada sebilangan kecil yang tidak 100% sembuh sepenuhnya dengan rawatan holistik ini.

Cara rawatan yang disarankan ialah memberikan 1/4 sudu kecil ACV kepada kucing yang mengidap Feline UTI, 2 kali sehari. Anda boleh mencampurkan ACV dalam wetfood kucing anda, campurkan di dalam air minuman atau cairkan dengan air masak, kemudian di pam terus ke dalam mulut kucing anda menggunakan picagari kecil tanpa jarum.

Amalkan pemberian ACV bagi menghalang jangkitan semula. 
Pastikan anda tidak melebihi sukatan ACV yang disarankan. 

Tak rugi mengamalkan pengambilan ACV sebagai tonik harian untuk memperbaiki tahap kesihan anda dan haiwan-haiwan kesayangan anda :)