SUBSIDI PEMANDULAN

Sila rujuk polisi, syarat dan terma bagi memohon SUBSIDI PEMANDULAN kami di SINI terlebih dahulu. 


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON? 

1. Semua pemberi makan kucing jalanan (feeders) yang ingin memandulkan kucing-kucing jalanan yang mereka beri makanan sebelum dilepaskan semula di kawasan asal sebagai kucing komuniti (community cats). 

a) Kucing komuniti/community cats ialah istilah yang diberikan untuk kucing-kucing yang diberi makan setiap hari di kawasan berhampiran perumahan, tempat kerja, lorong-lorong belakang kedai, pasar awam dan kedai-kedai makan secara berkala setiap hari.

b) Pemohon perlu bersetuju untuk memberikan penjagaan sementara (di rumah dan dikurungkan) kepada kucing-kucing yang dimandulkan sekurangnya 7 hari sehingga luka pembedahan benar-benar kering dan sembuh sebelum dilepaskan semula ke koloni asal.

c) Pemohon perlu memandulkan kesemua kucing-kucing dewasa di kawasan tersebut secara berkala bagi mengelakkan pertambahan populasi dan pembiakan di kawasan tersebut. 
d) Kucing-kucing yang lebih jinak dan ada potensi mendapat pemilik baru perlu diiklankan di KTAJ Online Adoption House setelah dimandulkan agar tidak berterusan menjadi haiwan jalanan.
Fokus kami tertumpu kepada warga tua, surirumah sepenuh masa dan pelajar kolej/universiti yang memberi makan kucing-kucing tidak bertuan di kawasan kampus dan asrama.


2. Semua penyelamat haiwan (rescuers) yang selalu membawa pulang kucing-kucing sakit dan cedera dari jalanan layak memohon subsidi ini untuk kucing-kucing yang diselamatkan dalam tempoh 2 bulan selepas di bawa pulang dan setelah menerima rawatan yang sewajarnya. Hanya kucing yang sihat sepenuhnya layak dimandulkan. 

3. Semua pemilik baru (adopter) yang adopt/mengambil kucing-kucing yang diiklankan oleh kami di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan atau di KTAJ Online Adoption House di Facebook layak memohon Subsidi Pemandulan untuk kucing berkenaan dalam tempoh 2 bulan selepas adopt.  


HANYA KUCING JALANAN LAYAK MENERIMA SUBSIDI KAMI. 

PEMILIK KUCING PERLU BERTANGGUNGJAWAB MEMANDULKAN KUCING PELIHARAAN MASING-MASING!


CARA MEMOHON

1. Emailkan gambar kucing-kucing di kawasan anda memberi makan. Nyatakan lokasi tempat anda memberi makan dan anggaran bilangan kucing-kucing di kawasan tersebut.

2. Borang pra-permohonan akan diberikan melalui email. Isikan borang tersebut dan emailkan semula kepada kami beserta gambar kucing yang ingin dimandulkan untuk di proses. Isikan borang berasingan untuk setiap ekor kucing yang ingin dimandulkan.

3. Setelah diluluskan, anda boleh memilih untuk menggunakan khidmat KLINIK KEMBIRI SETAPAK mengikut tarikh yang telah kami tetapkan, atau membuat temujanji sendiri di klinik haiwan yang berhampiran anda. Pastikan pemandulan dilakukan di klinik haiwan yang diiktiraf dan oleh doktor yang bertauliah serta berpengalaman sahaja.

4. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan Klinik Kembiri Setapak, bayaran akan dibuat oleh Snip Coordinator yang bertugas pada hari tersebut. 

5. Sekiranya menggunakan khidmat klinik lain, pastikan anda menerima resit bayaran rasmi klinik haiwan tersebut selepas membuat pembayaran. Hanya resit asal yang mempunyai cop dan tandatangan doktor sahaja akan diperakui sah. Emailkan gambar kucing yang telah dimandulkan sebagai bukti pemandulan. Kami akan sertakan borang yang perlu anda isikan dan poskan bersama resit asal kepada kami dalam tempoh 2 minggu selepas resit dikeluarkan. Subsidi akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam masa 3-5 hari bekerja. Selepas 2 minggu, permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan tiada subsidi akan diberikan di atas kelewatan anda. 

6. Sekiranya ada kucing lain yang ingin dimandulkan, cara memohon adalah sama seperti di atas. Anda boleh menghantar 2-3 sekor pada satu-satu masa mengikut keselesaan anda menjaga kucing-kucing ini sehingga sembuh dari luka pembedahan.

7. Semua borang permohonan dan resit perlu tiba di meja kami selewatnya 14 hari dari tarikh resit dikeluarkan. 

SYARAT² PEMANDULAN

1. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 1.5kg dan TIDAK melebihi 4.5kg.

2. Anda perlu membawa sendiri kucing² yang ingin dimandulkan ke klinik yang telah kami pilih atau yang telah anda aturkan temujanji. 

3. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.

4. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.

5. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama.

6. Kucing² yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan semula ke tempat asal / diserahkan kepada tuan baru.

7. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke vet yang menjalankan pemandulan.

8. Sila pantau kucing² yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.


PERHATIAN!

Bantuan kewangan dan subsidi SCRATCH bergantung kepada dana semasa yang dimiliki.

Polisi SCRATCH akan sentiasa berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada kes dan situasi tertentu.


NGO lain (sama ada berdaftar atau tidak), CLUB PAGE di Facebook, FAN PAGE di Facebook yang boleh mendapatkan bantuan sendiri dengan 'shout out' di page masing-masing adalah TIDAK LAYAK mendapat bantuan subsidi dari Dana SCRATCH.


* Individu yang telah 'shout out' bantuan derma untuk kes yang dimaksudkan di Facebook NGO/Club/Fan Page di atas juga TIDAK LAYAK mendapat bantuan subsidi dari Dana SCRATCH.

** Individu yang dipercayai ada kaitan (pengasas, admin, ahli biasa yang aktif) dengan kumpulan yang kami nyatakan di atas juga TIDAK LAYAK mendapat bantuan subsidi dari Dana SCRATCH.
Semua borang permohonan dan resit perlu tiba di meja kami selewatnya 14 hari dari tarikh resit dikeluarkan. 

SCRATCH berhak untuk membatalkan atau menarik balik bantuan serta-merta sekiranya terdapat penipuan atau info yang diberikan oleh pemohon didapati tidak benar.

17 comments:

  1. Hi, di rumah saya mempunyai 13ekor kucing kesemuanya( 3ekor dewasa, 3ekor kucing remaja,7anak kucing)..ini termasuk kucing sendiri dan ada juga kucing terbiar yg di bawa balik...kebanyakan nya betina..sya ingin bertanya sekiranya scratch boleh membantu dari segi pemandulan & adoption kucing saya..apakah proses atau prosedur perlu sy lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. please email us at ktaj0311@gmail.com. Thanks

      Delete
  2. sy mpnyai 4 ek0r anak kucing d bilik tmpt sy myewa d k0lej....
    keempat empat mrka adalah betina...
    sy mgutip mrka tidak jauh dr kawasan kedai mkn dr kwsn k0lej tmpat sy bljr skrg...
    s0, sy bminat tuk kembirikan mereka semua....
    harap anda dpt mbantu...

    ReplyDelete
  3. ibu sy ada membela kucing terbiar kini kira2 30 ekor.. atas masalah kesihatan beliau, dia bercadang untuk memandulkn kucing2 untuk mengawal quantity kucing.harap kominiti ini dpt menolong.
    alamat di bawah.
    Che Hazanah bt Harun
    142-A Lrg keramat 5,
    Kg. Datok keramat,
    54000 Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  4. Salam, di rumah sy ada mbela lebih 30ekor yg pd asalnya adalah street cat tp dh jd mcm ank sndiri..kasih sayang yg tk berbelah bagi sbb mkn minum dijaga, hnya bg cookies sj,najis pula buang dlm pasir dan pine wood, ada yg diletakkn dlm sangkar yg dibina khas diluar rumah, ada yg dlm sangkar digaraj, dan dlm rumah...dan kesemua kucing2 ini ada kad vaksin, wlupun expenses bulanan utk budak2 ni agak tinggi tp sy masih larat lg cuma yg dh tk tkawal ialah keturunan, namun utk memandulkn sy kurang mampu memandangkn kos yg tinggi, agak2 boleh ke sy mohon subsidi pemandulan ini ye?
    Sy di Taman Johor Jaya, JB

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    saya ada menjaga beberapa ekor stray cats.
    2 dewasa, 3 lingkungan 3 bulan dan 2 ekor sekitar 1 bulan
    ada yang sakit dan berkurap. saya hanya memberinya minyak gamat.
    Saya ingin memandulkan yang 2 dewasa..tetapi ingin terus menjaganya..
    adakah saya layak untuk mendapatkan subsidi? atau boleh mendapat separuh harga?

    ReplyDelete
  6. Bolehke saya memohon subsidi pemandulan ini.saya sgt memerlukan buat masa ni.sunarsih bandar baru ampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mynimalcare.org ad bg subsidi. Kerajaaan selangor juga ad bg subsidi..

      Delete
  7. Assalam. masih boleh mohon subsidi ke? saya ada 12 ekor kucing yg belum neuter. harap dapat bantu. terima kasi.

    ReplyDelete
  8. Hi. I just rescued a stray female. kittens died in stomach n need immediate surgery as she was already bleeding.

    Taken to vet and surgery done. I would like to ask if I could apply for Medical Assistance Subsidy ?

    Thks.

    ReplyDelete
  9. Hi,saya ada beberapa ekor ibu kucing bunting yang saya selamatkan dan kini sudah beranak dan saya masih menjaga mereka kerana tiada orng nak adopt.tolong bantu saya untuk saya mandulkan mereka kerana dengan jumlah kucing yang banyak ni saya tidak mampu.

    ReplyDelete
  10. Hi, saya dari Kelantan, boleh mohon subsidi utk 2 ekor kucing jalanan dalam jagaan saya. Tq

    ReplyDelete
  11. Masih adakah bantuan ni. Saya selalu jumpa kucing jalan dan beri mereka makan. Kalau masih ada, saya sanggup ambik kucing2 tu untuk dimandulkan.
    Boleh beri email

    ReplyDelete
  12. Hi..masih adakah tempat ini..saya nak mandulkan kucing-kucing saya..kucing saya asal kucing jalanan dan pungut bawa balik..saya ada 11 ekor sekarang..kalau di sini murah saya nak mandulkan mereka semua..saya tak nak mohon bantuan just nak mandulkan

    ReplyDelete
  13. Hi !
    Dec 2020, seekor kucing jalanan datang ke rumah kami setiap hari kerana kelaparan. Kami telah memberi dia makanan. Selepas beberapa hari, kami dapati kucing tersebut sedang bunting (tak pasti sudah berapa bulan). Kami sediakan tempat tinggal dalam rumah dan menjaganya.
    Feb 2021, ibu kucing selamat melahirkan 7 anak kucing. 3 telah di adopt. Tinggal 2 jantan dan 2 betina. Around lepas 1 setengah bulan, ibu kucing terlepas keluar rumah. Selepas sebulan, kami dapati ibu kucing tersebut bunting lagi. Jun 2021, ia melahirkan 8 anak dan seekor meninggal semasa lahir. 3 ekor di adopt masa berusia 2 bulan. Sekarang kami masih menjaga 4 ekor lahir pertama (berusia 6 bulan) dan 4 ekor (berusia 2 bulan). Dengan ibu kucing, terdapat 9 ekor kucing untuk diperlihara.
    Kami, ingin meminta advise dan bantuan dari pihak S.C.R.A.T.C.H dari segi pemandulan & adoption kerana dengan jumlah kucing yang banyak ini kami tidak mampu. May I know what is the process atau procedure yang perlu kami ikut atau patuhi.
    Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete