Monday, December 12, 2011

Misi Memandulkan Kucing² Aunty Tan Chin.

Ini email yang diterima daripada Asiah Chee Abdullah pada 6 Disember lepas:

" Hi, nama saya Asiah Chee Abdullah, No H.P:012-2730xxx seorang "animal Feeder" di Taman Sri Melati,Selayang. Saya berkenalan dengan seorang aunty Cina yang tinggal di Taman Selayang Permai,Selayang bernama TAN CHIN ,63 tahun (tiada pekerjaan) juga seorang independent animal rescuer untuk anjing dan kucing. Beliau telah rescue dan foster 3 ekor ibu kucing betina dan bernama seramai 7 ekor anak kucing dalam lingkungan umur 4-5 bulan pada masa kini. Semua anak kucing telah ditempatkan dalam sebuah pondok di luar rumah.

Untuk menjimatkan kos, beliau telah meminta saya untuk berhubung dengan pengurusan ktaj supaya kucing seramai 10 ekor ini dapat menyertai SNIP PROGRAM. No telefon beliau adalah 03-61381xxx. Sekian terima kasih."

Bersama email ini disertakan gambar-gambar di bawah :












Melihat kepada gambar-gambar tersebut, kami akan mengadakan lawatan ke rumah Aunty Tan Chin dalam sehari dua ini untuk melihat keadaan kucing-kucing di sana, mengenalpasti sekiranya ada anjing-anjing yang turut perlu dimandulkan, dan menyenaraikan keperluan lain untuk kucing-kucing ini.

Kebetulan, kami ada menerima satu beg makanan kucing (cat kibbles) dari rescuer yang baik hati yang telah menyerahkan makanan ini kepada Honey Vet Clinic, Bangi untuk didermakan kepada fosterer-fosterer SCRATCH (fka KTAJ). Makanan ini akan kami dermakan kepada kucing-kucing dalam jagaan Aunty Tan Chin semasa melawat beliau nanti.

Aktiviti yang dirancang oleh SCRATCH untuk Aunty Tan Chin :

1) Memandulkan kucing-kucing dalam jagaan beliau yang terdiri daripada 2 kucing betina dewasa, seekor kucing jantan dan 7 ekor anak2 kucing berumur dalam lingkungan 4-5 bulan.

2) Mendermakan makanan kucing (kibbles and wetfood) untuk kucing-kucing beliau.

3) Mendermakan keperluan lain seperti sangkar yang cukup besar untuk kucing-kucing ini, food bowls, cat toys dsb.

4) Aktiviti gotong royong membersihkan pondok di belakang rumah Aunty Tan Chin yang menempatkan kucing-kucing ini agar lebih selesa untuk didiami oleh kucing-kucing ini.


Kami memerlukan sedikit sumbangan untuk aktiviti-aktiviti di atas. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan, makanan (untuk kucing, anjing dan beras untuk Aunty Tan Chin), sangkar terpakai (sangkar 3-tier), atau ingin menyertai aktiviti gotong-royong ini, emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com - [Subjek : Aunty Tan Chin's Cats Mission]

Kami akan update info mengenai misi untuk kucing-kucing Aunty Tan Chin ini dari masa ke semasa.


p/s : Nombor telefon terpaksa dirahsiakan untuk menjaga privasi individu-individu di atas. Sekiranya anda ingin menghubungi mereka, boleh emailkan kepada kami.

No comments:

Post a Comment