Ini Silver. Gambarnya pernah disiarkan di Facebook SCRATCH setelah di selamatkan oleh Aiko Rin. Silver disahkan menghidap Sporotrichosis dan FIV positif.
Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.
Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.
Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.
Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.
Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.
Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.
Tanda-tanda Sporo pada kucing:
Gambar dari internet
- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.
- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.
- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti
- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.
Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.
Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :
- melihat sampel kudis di bawah microskop
- ujian darah menyeluruh di makmal
Rawatan Sporo :
- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia
- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu
- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole
- pengambilan anti-fungal yang lain
- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut
- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.
- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.
Cara menghalang jangkitan Sporo :
- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar
- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran
*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.
Sumber :
- http://en.wikipedia.org/wiki/Sporotrichosis
- http://www.petmd.com/cat/conditions/skin/c_ct_fungal_disease_skin
- http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358
- http://honeypetshop.blogspot.com/2010/09/luka-kucing-lambat-baik-deadly-fungus.html
Is that really dangerous?...wow!! It really freaks me out!
ReplyDeleteOMG,I rasa kucing I kene penyakit ni,,,
ReplyDeletebaru2 ni, kucing sy dah mati disebabkan penyakit sporo ni. so sad u know.. :'(
ReplyDeleteSporo boleh dirawat sekiranya dikesan dari awal. Lukanya cepat merebak bahagian lain pada badan kucing. So sekiranya kucing anda dijangkiti kudis pada badan, cepat2 bawak ke vet untuk check up dan dapatkan rawatan awal dengan segera.
ReplyDeleteKucing saya mula benjolan, mcm kena patuk ular, ms pegi vet, katanya mybe ular kecik.. tu sbb kucing sy selamat... vet tu cukur bulu then bubuh apa kat badan kucing, tahan 2 bulan... pastu jadi balik, then sekarang makin merebak... adakah itu sporo? Kucing sy makan mcm biasa, takde lah tak lalu... sekian. Tq
ReplyDeletetry la semburkan aloe first. insyaAllah ok. boleh dapatkan daripada saya. CUBALAH.
DeleteBrp rm? Sy rasa nk cuba.
DeleteBrp rm? Sy rasa nk cuba.
DeleteMy cat kena penyakit ni TT.TT sedih sangat
ReplyDeleteKucing sy pon sporo.boleh tgk kt page fb diari si popok
ReplyDeletekalau kucing kena sporo, boleh x kita mandulkan?
ReplyDeletekucing saya pon kena penyakit sporo ny... doktor kta dah tak boleh nak sembuhkan...sedih sangat....
ReplyDeletekalau kita x kedekut sgt nk vaccinate inshaallah sporo boleh elak..kucing peliharaan pn ada hak utk dpt basic vaccination dr tuan mereka..jgn pikir sedap comel je nk bela tp bab kesihatan abaikan
ReplyDeleteXde vaksin utk sporo.kucing saya siap vaksin tahunan pon kna
ReplyDelete