Friday, March 16, 2012

CARA MENGHILANGKAN KURAP HAIWAN PELIHARAAN

Petua ini sesuai dan selamat digunakan ke atas anjing, kucing dan arnab peliharaan. Keberkesanan ke atas lembu, kobau, ayam dan itik ternakan tak dapat dipastikan. Hehe.

Bahan-bahan yang diperlukan:



Kunyit hidup atau serbuk kunyit



Minyak ikan (fish oil) atau minyak masak biasa.


Petua dari orang² tua kita:
- Goreng kunyit yang telah ditumbuk lumat, sapu minyaknya yang telah sejuk tu pada bahagian kurap.
- Guna minyak lebihan goreng ikan yang telah sejuk, sapu pada kurap.

Petua dari website mat saleh :
- Campurkan plain fish oil yang dibeli dari farmasi dengan serbuk kunyit, sapu pada kurap.
- Campurkan minyak masak dengan serbuk kunyit, sapu pada kurap.


Minyak berfungsi untuk lembutkan kerak kurap dan melemaskan hama (mites) yang menyebabkan kurap tersebut. Sementara kunyit berfungsi sebagai anti-inflamasi (anti-inflamation) dan melegakan rengsangan pada kulit akibat alergi, gigitan serangga dan jangkitan kulit lain. Serbuk kunyit tak disarankan sebab ada campuran pewarna.

Pemberian Fish oil yang kaya dengan Omega 3 & 6 sebagai supplement sekali-sekala dalam makanan haiwan anda juga dapat menghalang jangkitan kulit dan mencantikkan bulu. Pastikan anda membeli Fish Oil (Salmon Fish Oil dsb), bukan Cod Liver Oil ye.

Cod Liver Oil rendah kandungan Omega-3 (ALA, EPA, and DHA). Fish oil lebih kaya dengan khasiat Omega 3 yang berfungsi mengurangkan toksik dan lemak-lemak merbahaya dari badan.

Secara am, Cod Liver Oil dan fish oil adalah sama, tetapi Cod Liver Oil mengandungi Vitamin A and D yang tinggi dan tak diperlukan oleh haiwan. Kandungan vitamin yang tak diperlukan dalam badan boleh terkumpul dan menyebabkan toksik serta membebankan fungsi hati. Pemberian berlebihan boleh mengancam kesihatan haiwan peliharaan anda. Penggunaan plain Fish Oil
dengan Omega 3 & 6 tanpa tambahan vitamin lain adalah lebih sesuai untuk haiwan peliharaan. Harga plain Fish Oil lebih mahal berbanding Cod Liver Oil. Pemberian fish oil yang terbaik ialah dari ikan salmon.

Jika tidak berkesan, kemungkinan haiwan peliharaan anda ada masalah lain selain kurap biasa. Sila dapatkan rawatan doktor haiwan dengan segera untuk mengenalpasti masalah sebenar.

Pada mereka yang pernah mencuba petua di atas, kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen. Terima kasih! :D

*Gambar hiasan sumber dari internet.

12 comments:

  1. Dah test kat anak kucing terbiar.....dah tk tergaru2 tu.....tq tq tq

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips nak cuba nanti =)

    ReplyDelete
  3. kepada sesiapa yang nak dapatkan khidmat Vet sila layari FB Jhan Pets. Pelbagai khidmat yang disediakan oleh Jhan Pets untuk kucing kesayangan anda. Fee yang dikenakan juga berbaloi dan affordable. Ubatan/Vitamin juga boleh didapati mengikut keperluan kucing anda. kucing saya sudah, kucing anda bila lagi?

    ReplyDelete
  4. Y cuba tu korang pakai serbuk kunyit or kunyit idop ek?

    ReplyDelete
  5. setakat ni saya hanya cuba minyak selepas goreng ikan. nampaknya memang berhasil. selepas ini akan tambah kunyit pulak. mungkin akan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  6. kelmarin terbaca petua ni. kebetulan 2 3 ary ni ada sekor kucing hitam yang berkurap teruk pd bahagian telinga dan bulu mula berkurangan hingga ke leher selalu dtg ke rumah saya. saya cuba malam semalam dan alhamdulillah hari ni telinga dah tak setebal sebelumnya. insyallah saya akan teruskan hingga sembuh.

    ReplyDelete
  7. Salam.. saya pun mempunyai masalah yg sama dgn kucing2 saya.. buat pengetahuan 2 hari lepas saya ada pergi vet hanya utk beli ubt injek kurang sebab tak larat nak bawa 16 ekor kena jankitan.. yg hairan nya kenapa selepas injek ja.. hampir semua kucig2 saya mengalami lumpuh mcm hilang arah dan setengah tidur memanjang hingga bawa maut.. saya naik buntu.. harap ada yg pernah mengalami peristiwa ni ka boleh kongsi kenpa boleh begini. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau ikut cakap vet ubat kurap memang kuat.. cat akan rasa sakit sampai tak bergerak bila lepas kena injek kurap.. cat yg awak injek tu anak ke besar dah.? injek kurap 3 bulan keatas sahaja dan dos pun amat sikit... tp amat berkesan..

      Delete
  8. kucing saya ada kurap kat belakang tengkuk. bila sapu ubat leher dia sampai pulak nak pusing 360 jilat ubat tu. aihhh. nak pakaikan e collar ke?

    ReplyDelete
  9. Rabbit boleh ke? Ubt ITIN fungus Tu xok..lm xok.

    ReplyDelete