Seringkali kami dihujani dengan pelbagai kes berkenaan dengan haiwan jalanan.
Kes yang paling banyak diterima selalu berkaitan dengan anak-anak kucing.
Anak-anak kucing di buang sejurus dilahirkan tanpa ibu mereka.
Anak-anak kucing yang gagal di susukan oleh ibu mereka.
'Menyelamat' anak-anak kucing yang masih belum dapat berdikari dan makan/minum dengan sendiri adalah antara tugas yang paling mencabar. Anak-anak kecil ini perlu disusukan setiap 3-4 jam. Perlu pastikan suhu badan mereka sentiasa panas dengan meletakkan heating pad berhampiran. Perlu pastikan mereka 'membuang' sejurus selepas disusukan. Sangat susah menggantikan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh ibu kucing itu sendiri. Lebih² lagi jika kita terikat dengan tugas-tugas lain, terutama bagi individu yang berkarier.
Penyelamat/rescuer terdiri daripada 2 kategori , Penyelamat Segera / Instant Rescuer dan Penyelamat Sebenar / True Rescuer.
Bila ada sesuatu kes yang kami siarkan langsung di FB, ramai 'Instant Rescuer' yang terus bergegas ke kawasan terlibat untuk 'menyelamat'. Contohnya, seperti misi menyelamat kucing-kucing yang menjadi mangsa Petknode Boarding Centre pada hari raya yang lalu. Beberapa orang individu yang terdiri daripada pencinta haiwan, bergegas ke kawasan terbabit bagi memberi bantuan seperti mengeluarkan haiwan dari premis tersebut, memberi makan dan minum, membawa ke klinik haiwan berhampiran.
Semua individu termasuk yang bukan pencinta haiwan, boleh melalukan tugas instant rescue. Tapi berapa ramai yang mampu menjadi 'Penyelamat Sebenar'?
Melihat kepada kes Petknode yang lalu, kami telah ditemukan dengan penyelamat-penyelamat segera yang terus bergegas ke kawasan terbabit untuk memberikan bantuan segera. Kami juga dipertemukan dengan fosterer-fosterer segera yang sanggup menjaga kucing-kucing ini sementara di tuntut oleh tuan masing-masing. Kami juga dipertemukan dengan insan-insan yang membantu dalam bentuk bantuan kewangan.
Melalui bantuan yang kami terima, kami mampu membiayai kos perubatan dan kos pemandulan kucing-kucing ini setelah tiada yang menuntut.
Oleh kerana tiada siapa yang menuntut, apa jadi dengan nasib kucing-kucing ini?
Ada fosterer yang menawarkan diri untuk terus membela kucing-kucing ini. Sebahagian lagi dicarikan tuan lain. Tapi ada yang tidak bernasib baik, dilepaskan semula ke jalanan tanpa sempat dimandulkan kerana kedegilan fosterer yang menentang kempen pemandulan kami.
Dan sebahagian lagi masih menunggu tuan baru agar sudi menerima dan menjaga mereka. Berkali-kali kami iklankan gambar mereka di FB, tapi memang sudah nasib kucing kampung dewasa, sangat susah bagi mereka mendapatkan tuan baru yang sudi menyayangi mereka seadaanya.
Semua orang boleh menyertai misi menyelamat, tapi berapa ramai yang akan terus menjaga, membela, dan 'menyelamat' haiwan-haiwan yang telah diselamatkan dalam misi-misi menyelamat ini sehingga akhir hayat kucing-kucing tersebut?
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menyelamat sekiranya haiwan yang diselamatkan memerlukan sejumlah wang untuk meneruskan rawatan?
Sekiranya tiada NGO yang menyediakan bantuan subsidi yuran rawatan dan pemandulan, berapa ramaikah yang akan terus menyelamat? Atau adakah haiwan-haiwan ini akan dibiarkan di tepi jalan?
setuju sgt...nmpk mcm mudah tp memerlukan komitmen yg tinggi nak menjaga lebih-lebih lg anak-anak kucing atau kucing-kucing yg sakit
ReplyDeletenamun jika kita benar-benar ikhlas ingin membantu ditambah dgn perasaan kasih dan simpati kita terhadap mereka pasti segala pengorbanan masa, tenaga dan wang yg dihulurkan terlihat mudah dan merasa sgt berpuas hati bila anak-anak kucing yg dijaga berjaya hidup dan membesar sihat tanpa ibunya dan kucing yg sakit kembali pulih dan sihat semula..
insyaAllah pasti ada ganjarannya...dan yg pastinya hidup kita akan terasa lebih bahagia kerana berjaya menyelamatkan satu nyawa, hati berbunga-bunga, rasa macam nak senyummmm jer :)