Sunday, June 5, 2011

KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK KUCING-KUCING MAKCIK ROBBIAH MASIH BERJALAN SEHINGGA ESOK.

KTAJ ada menjalankan satu kutipan sumbangan untuk membantu makcik Robbiah untuk memindahkan kucing-kucingnya dari kawasan tempat tinggal beliau atas arahan MPAJ

Kutipan yang di jalankan oleh KTAJ telah bermula pada 2 Jun yang lepas dan akan berakhir pada petang esok (Isnin )

Kucing-kucing itu sekarang telah di tempatkan di dua buah klinik iaitu di Setiawangsa Veterinary Clinic untuk kucing jantan dan Shah Alam Veternary Clinic untuk kucing betina. Jumlah keseluruhan kucing yang di pindahkan ialah sebanyak 37 ekor iaitu 20 ekor kucing dewasa, 3 ekor anak kucing dan 3 ibu kucing bersama 11 anak.

Bantuan kewangan amat di perlukan untuk mengembiri kucing-kucing dewasa. Sumbangan boleh di salurkan kepada Pihak Pentadbir KTAJ dengan meninggalkan alamat emel di ruangan komen atau boleh 'inbox' kami di Facebook.

Terima kasih.

1 comment: