Sunday, June 26, 2011

Sayangkan Kucing Mandul-mandulkan

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak tangan-tangankan...

Sayangkan kucing? Mesti lah dimandul-mandulkan agar kucing itu jauh dari jangkitan virus yang kini banyak menular melalui aktiviti mengawan dan gigitan gigitan akibat pergaduhan sesama kucing jantan semasa musim mengawan.

Soalan :
Apa hukum memandulkan kucing? Tak berdosakah?

Jawapan :

(poster Jakim)
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."- JAKIM Julai 2002
Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

Tapi, cara pengembirian mestilah tak bagi mudaratkan haiwan tu.

Menurut al-Syeikh al-Uthaimin pula,



إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً


Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448).

Tepuk dada, tanyalah selera.

Apa guna kesian pada kucing "Oh.. nanti kucing tu sakit masa bedah", sedangkan kamu tidak rasa kesian pada kesakitan ia melahirkan anak² yang bakal menjadi mangsa buangan, di biar bergelandangan mencari makan sendiri, menjadi mangsa kenderaan yang lalu lalang, menjadi mangsa penderaan manusia kejam dan menjadi mangsa penularan virus² yang semakin berleluasa seperti FIP dan FIV?

Kami lebih kesiankan nasib kucing² yang ditangkap dan dikurung di Pusat Kurungan majlis bandaran, kemudian DILUPUSKAN jika tiada siapa yang menuntut selepas 6 hari. Salah siapa? Salah pihak bandaran? Salah kerajaan sbb tak menyediakan pusat perlindungan kucing² yang telah di buang oleh masyarakat? Salah org yang merepot? Atau salah manusia² ego yg gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka? Lu pikir la sendiri!

Soalan :
mandulkan kucing kena bayar zakat?

Jawapan :
Apa itu zakat? Zakat terbahagi kepada berapa? Zakat wajib kepada semua orang Islam, tapi tak penah dengar pulak zakat kucing. Agak², kalau pegi pusat pungutan zakat, "Encik, saya mau bayar zakat kucing yang telah saya mandulkan," agak² apa respon pegawai di situ ye? Hahahahahahahaha.. ops! :D

KTAJ sangat aktif dalam program² pemandulan. Setiap bulan, hampir 15-30 ekor kucing dimandulkan.

SNIP PROGRAM - Untuk kucing jalanan atau mereka yang kurang mampu memandulkan kucing dalam kuantiti yang banyak.

SPEUTERING DAY
- Untuk mereka yang ingin memandulkan kucing rumah, tetapi beberapa syarat perlu di patuhi.

Sekiranya berminat, hubungi kami dengan segera kerana tempat adalah sangat terhad!

6 comments:

  1. minta izin copy psl neuter ni ye??
    sy akan linkkn ke sini..

    ReplyDelete
  2. bagus r..sy mmg tengh cri bende2 ni..lgi 1...sy nk tnya hukum klw menjual kcing....sbb ada y ckp jual kucing xley..salah dr segi agama..betol ker..???

    ReplyDelete
  3. pasal zakat tu ada dengar gak. Ada org suruh saya byr zakat sebab dah berlaku kejam pada kucing2 yang saya mandulkan. Kemain la g tanya ustaz ngan naifnya, "saya kene byr zakat ke untuk kucing saya?" "zakat ni untuk org Islam. kucing tu bkn manusia"..huhu..malu jek..=P

    ReplyDelete
  4. GREAT stuff! Dah berbuih mulut cakap pasal ni kan? Good sharing. Thank you.

    ReplyDelete
  5. Nk tanya.. kucing yg dh pnh mlahirkan ank blh dmandulkan x?

    ReplyDelete
  6. Hi, sy nk mtk share ayat dan hadis2 yg ade disini bley? Sy igt nk buat flyers dan edarkan ke dlm postbox di kwsn perumahan sy.sbb mcm xlarat dgr kucing2 di sini ditgkp oleh dbkl. Dan igt kalu bley nk state kan skali link blog ni dlm flyers.bley x?thx in advance.

    ReplyDelete