Tuesday, June 7, 2011

Nyahkutu Kucing Anda Sebelum Kutu Menyerang Anda Pula!

Takut tak dengan tajuk di atas? Serius, kutu haiwan pun boleh menyerang korang meskipun tak mungkin mampu membiak di rambut korang sebab korang semua sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan kan?

Nyahkutu adalah perkara kedua dalam ada penjagaan haiwan selepas me-nyahcacing. Nyahkutu sangat penting, terutama sekali kepada haiwan² jalanan yg baru korang bawa pulang ke rumah.

Perlu ditekankan, adalah sangat penting meng-kuarantin haiwan yg baru di bawa pulang selama 2 minggu, sebelum membiarkan ia bergaul bebas dengan si comel-si comel di rumah anda bagi mengelakkan sebarang jangkitan parasit dan virus.

Selain kutu, ada banyak lagi parasit yang ada pada kucing. Contohnya hama, sengkenit dan sebagainya. Jadi, nampak tak kepentingan nyahkutu ni?

Semasa proses kuarantin, mandikan kucing² dengan pest-free shampoo, nyahcacing, kemudian letakkan ubat nyahkutu.

Terdapat pelbagai jenis ubat nyahkutu digunakan. Dari spray, spot on, collar, suntikan dan sebagainya. Yang paling banyak digunakan ialah jenis spray dan spot on. Jenama yang paling banyak digunakan juga ialah Frontline dan Advantage.




Jenis yang paling banyak digunakan juga dialah Frontline Spot-On Combo untuk membunuh kutu dan larva sekali. Harga pasaran ialah RM52 sekotak (3 pipets) atau RM20 satu pipet. Penggunaannya sangat mudah. Selak bulu pada bahagian tengkuk belakang telinga, picitkan ubat dalam pipet tu pada atas kulit. Pastikan collar kucing ditanggalkan dahulu ya.



Dos yang diberikan adalah berdasarkan saiz haiwan.

Bg kucing outdoor, rawatan perlu diulangi setiap 30-45 hari untuk mengelakkan jangkitan semula.

AMARAN!
Frontline mengandungi FRIPONIL. Bahan ini adalah SANGAT BERACUN KEPADA ARNAB. Sekiranya korang ada bela arnab dirumah, jauhkan ia daripada kucing yg dirawat dengan Frontline ni selama 2-3 hari ye. Untuk merawat kutu pada arnab, gunakan Advantage atau dapatkan suntikan Ivermectin dari doktor haiwan yang bertauliah.

13 comments:

  1. baru lepas nyah-cacing dan nyah-kutu si Wira =]

    ReplyDelete
  2. Klw frontline tu, meow jilat takper, ker..?

    ReplyDelete
  3. Kak Kim, selalunya mereka takkan jilat sebab bau dari spray tu sendiri. Kalo guna spray ni, sebaiknya biarkan kering 45minit dulu baru kita leh pegang pets kita tu. Kalo ada e-collar, rasanya lebih baik pakaikan e-collar.

    Cara paling mudah ialah guna jenis yg Spot-On. Letak kat spot yg mereka takleh jilat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya atau tak ye kalau pet kita jilat risau jugak nii 😩

      Delete
    2. Bahaya atau tak ye kalau pet kita jilat risau jugak nii 😩

      Delete
  4. tq2..sgt mmbntu... sy jgk ade bela arnab.. dorg pnye cage dekat2 la jgk.. nasib jpe link ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allo , Nak tanya ni, kalau street cat nk kena kearantin jugak ke walaupun seekor?

      Delete
  5. Salam, nk tanye la.. Dua bulan lepas, housemate ade bwk blik 2 ekor ank kucing jalanan.. Dah spray ubat kutu kat kucing, mslhnye skang, kutu dah membiak plak dlm rumah.. Habis bdn kamu kena kokak.. Klu ade petua atau ubat, mohon share ye.. Tq

    ReplyDelete
  6. Salam, nk tanye la.. Dua bulan lepas, housemate ade bwk blik 2 ekor ank kucing jalanan.. Dah spray ubat kutu kat kucing, mslhnye skang, kutu dah membiak plak dlm rumah.. Habis bdn kamu kena kokak.. Klu ade petua atau ubat, mohon share ye.. Tq

    ReplyDelete
  7. Penah gak rumah kne serangan kutu. Puncanya ada kucing beranak atas siling umah. Stress btul dah guna macam2 cara. Last2 masa cuti raya seminggu lebih tinggalkan rumah, bru kutu2 mati sebab xde sumber darah kot.hehe..

    ReplyDelete
  8. Boleh guna atas anjing? Anjing saya kena kutu kuching.

    ReplyDelete