Sunday, June 26, 2011

Shiro Si Kucing Putih Yang Di Buang Manusia Berhati Hitam!

rIni Shiro, ditemui oleh Cik Shah, rescuer KTAJ pada 1 Jun 2011 yang lalu.


Hari pertama di bawa pulang oleh Cik Shah

Foto oleh cik Shah


Di usia muda dan berkurap seluruh badan, Shiro di sahkan menghidap eczema. Meskipun masalah kurapnya berjaya di rawat, namun masalah eczema Shiro asyik berulang.


10 Jun 2011 : Hari ke-10 di rawat oleh Honey Pet Shoppe

Nampak jauh lebih bersih berbanding sebelum dirawat di sini.

Foto oleh cik Shah


Dan walaupun diberikan vitamin dan supplement harian, beratnya tidak bertambah. Sebaliknya semakin kurus dari hari demi hari. Masalah selsemanya jugak on-off. Dan satu yang merisaukan ialah najisnya yang banyak dan hanyir. Shiro kemungkinan besar dijangkiti FIP.


15 Jun 2011 : Hari ke-15 di HVC


Kalau kamu sembuh, pasti kamu sangat cantik!


Masalah eczema yang susah nak sembuh!


24 Jun 2011. Dr Nurul dari HVC meminta agar Shiro di bawa pulang kerana dikhuatiri menjangkiti kucing² sihat yang ditempatkan di situ. Ada sesetengah kucing yang mula menunjukkan simptom selsema setelah sehari di masukkan ke sana.

Dalam proses perbincangan antara Shah, admin² dan HVC, kami dikejutkan berita Shiro semakin tenat.

Shiro telah pergi meninggalkan kami pada tengahari 25 Jun 2011. Setelah 25 hari vet cuba menyelamatkan Shiro, kami pasrah dengan pemergiannya. Tamat sudah penderitaan haiwan kecil yg lemah ini.

Pemergiannya di tangisi, namun kami tak akan patah semangat untuk membantu lebih banyak haiwan jalanan di luar sana :(

We love u, Shiro ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

8 comments:

  1. sedeynyer...kesian shiro..mgkin adalah lebih baik dia pergi drp terus tersiksa

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. if i have the power, i'll make sure all the pets especially cats, will have good life until the death.. cedey sgt2 biler tgk kucing2 di dera or mati d tengah jalan

    ReplyDelete
  4. rest in peace little Shiro...at least now there's no more pain.. :) and Shiro passed on in the good loving hands of its rescuers

    ReplyDelete