Wednesday, May 4, 2011

Anak Kucing Dengan Ratusan Ulat!

4 ekor kittens malang ditemui dalam keadaan penuh dengan maggots pada badan, muka dan anus mereka pada 28 April 2011 lepas. Boleh tengok video dari FB Zeezam ni. Jangan tgk kalo tak sanggup.

Daripada video tu, korang sendiri boleh tengok, 2 daripadanya dah mati dalam kotak. 2 lagi masih hidup ketika ditemui. Rescuer mereka, Zeezam, menamakan mereka sebagai SKIN & EYE. Kedua-duanya dihantar ke vet berdekatan, iaitu Wangsa Melawati Vet Clinic dengan bantuan volunteer dari Port Klang yang sudi datang ke Setapak utk membantu Zeezam yg tidak berkenderaan. Teriam kasih Kak June Isa!


Photo credit to Zeezam


SKIN ialah nama yg diberikan untuk anak kucing yg tersiat kulit hampir suku daripada saiz badannya. Aktif boleh tahan. EYE pula nama yg diberikan untuk anak kucing yg buta matanya. Lepas pulang dari vet pun, maggots masih tak berhenti keluar dari mata dan anusnya.. kesiannya...

Entah sudah berapa hari mereka dibuang dalam kotak yg ditinggalkan atas rumput tepi jalan tu. Entah di mana la ibu mereka.. Nasib baik Zeezam dengar tangisan si kecil berdua ni ketika melalui jalan tersebut.

Update terbaru pada 1 May 2011, our little EYE tak dapat bertahan. Si kecil ni mati ketika Zeezam mau menyusukannya :(. Harap SKIN akan terus hidup dan akan menemui tuan baru tak lama lagi. Buat sementara, Zeezam akan foster si SKIN sehingga dia sembuh dan ready untuk ke rumah baru.

Terima kasih kepada Zeezam untuk bantuan yg diberikan pada anak2 kucing malang tersebut. Abang rock yg berjiwa penyayang terhadap haiwan! Kudos to Zeezam. Harap lebih ramai yang mencontohi beliau.



Ini bil si kecil berdua tu, RM95. Atas budi bicara KTAJ dengan fosterer, KTAJ menanggung semua bil untuk SKIN dan EYE.

SKIN, membesarlah dengan sihat, kuat dan hensem macam abang Jebat Cullen dan debab gemok macam Mama Flubby!

Update : SKIN mengikuti jejak saudaranya EYE pada 5 May 2011 :( RIP kitties

8 comments:

  1. moga SKIN membesar dgn sihat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kpd Zeezam dan tahniah utk KTAJ

    sedih baca kisah si kecil nih, smoga Skin dapat membesar sihat dan sempurna amin..

    ReplyDelete
  3. salam..if perlukan transpor dont hesitate to call me..0176818980..area bt caves, setapak dan kawasan sewaktu dgnnya..tq

    ReplyDelete
  4. Thanks Darxx! InsyaAllah jika ada kes berdekatan area tu, kami boleh roger Darxx :)

    ReplyDelete