Monday, June 6, 2011

CAT LITTER JENIS WOODY.

Apakah jenis pasir kucing yang sedang anda gunakan sekarang? Adakah ianya mesra alam atau mesra persekitaran? Tidak berbau? Menyenangkan?

Photobucket

Ini cat litter jenis woody yang baru saya cuba seminggu tapi sangat memuaskan hati. Tidak sepah, kurang bau dan sangat menyenangkan. Jika sebelum ini saya menggunakan cat litter jenis pasir atau bebola perbezaannya amat ketara. Maklumlah, budak-budak selalunya menjadikan litter box sebagai tempat bermain mereka.

Photobucket

Jika anda inginkan sedikit pembaharuan dan perubahan cubalah cat litter jenis woody yang seakan palet. Saya mendapatkannya melalui Petfinder dengan harga RM 60.00 untuk 15kg.
Bagi saya tidak rugi mencuba. Orang kata ' Tidak kenal maka tidak cinta!!'

Post by admin,
teDi
http://myqza.blogspot.com/










4 comments:

  1. kalo yang macam ni, macam mn nak pakai ek? sbb skang pakai yg gel bebola tu, yg boleh bsuh tu. save cket. tapi asyik bersepah jer..

    ReplyDelete
  2. Yang gel bebola tu kena basuh dengan bersih sehingga hilang bau dan pastikan di spray dengan clorox cair/dettol cair untuk nyah-kuman sebelum dijemur dan pastikan kering sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. Sy pun br gak mcuba cat litter ni sjk sebulan yg lepas. Masa tu p pet shop n tnampak bungkusan cat litter ni d rak display cat litter yg lain. so sy tnya dgn penjual tu adkah tu cat litter sbb rupanya yg lain dr yg biasa kita tgk iaitu yg bpasir..bl dia kata itu mmg cat litter, terdetik hati sy utk mcuba sbb tgk pd teksturnya mcm blh dpercayai (x bbau n kurang kotor). Jd sy pun mcubanya n mmg x mrugikan.. bau busuk xda sbb bau cat litter tu yg mcm bau kayu lbh kuat dr bau najis kucing.. sy sgt mgesyorkan pemilik kucing yg lain mcuba cat litter jenis ni

    ReplyDelete
  4. kepada sesiapa yang nak dapatkan khidmat Vet sila layari FB Jhan Pets. Pelbagai khidmat yang disediakan oleh Jhan Pets untuk kucing kesayangan anda. Fee yang dikenakan juga berbaloi dan affordable. Ubatan/Vitamin juga boleh didapati mengikut keperluan kucing anda. kucing saya sudah, kucing anda bila lagi?

    ReplyDelete