Konsep jangkitan cacing pada kucing adalah sama seperti manusia.
Jadi tolong ambil berat perkara ini kerana ianya ialah perkara asas dalam penjagaan haiwan peliharaan. Kerana anda berisiko menjangkiti cacing dari kucing anda sendiri!
Berikut ada jenis cacing yang biasa menjangkiti kucing (dan juga manusia!)
- hookworms / cacing kerawit
- roundworms / cacing gelang
- tapeworm / cacing pita. Hanya wujud sekor dalam badan individu/haiwan
*sila google untuk mendapatkan perincian rupabentuk cacing² di atas.
Seperti manusia, kucing juga perlu di nyahcacing. Nyahcacing kucing bermula pada usia seawal 2 minggu dan perlu diulangi pada selang masa tertentu.
Dos yang sepatutnya diterima oleh si comel anda :
► umur 2-12 minggu = setiap selang 12 minggu
► umur 12 minggu - 6 bulan = setiap selang 1 bulan
► umur 3-6 bulan = setiap selang 3 bulan
Tapi di Malaysia, adalah memadai sekiranya anda menyahcacing si comel anda setiap 3 bln sekali. Itupun ramai yg missed, ye tak? Silap², nyahcacing setahun sekali. Huhu..
Untuk anak² kucing, dos yang digunakan adalah dalam bentuk cecair, untuk yg dewasa ialah tablet di mana 1 tablet untuk 4kg kucing dewasa. Antara jenama ubat cacing yg biasa digunakan ialah Troy Allwormer dan Drontal.
Sila pastikan anda dapat ubat cacing anda melalui doktor haiwan bertauliah. Kerana sukatan ubat adalah ditentukan berdasarkan berat badan haiwan dan kondisi haiwan. Untuk kes kecacingan serius, pengambilan dos adalah berdasarkan jadual di atas.
Tanda² kecacingan adalah seperti berikut :
- kurang selera makan
- kurus
- perut buncit yg luar biasa dan terlampau
- muntah²
- ceri beri (diarrhea)
- bulu yang kusam dan tidak berseri
Dapatkan dos nyahcacing untuk kucing anda dan untuk anda sekali. Sebagai tuan kucing, anda juga perlu dinyahcacing dengan Zentel sekurang²nya setahun sekali.
Info ini dibawa khas oleh Guru Besar KTAJ. Sayangilah si comel anda ~ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
terima kasih Guru Besar :D
ReplyDeletetakot la nak nyahcacing untuk diri sndiri.. ahha
ReplyDelete:P
Bella, sama la! tapi berjaya jugak menyahcacing diri sendiri awal tahun lepas. Tapi perut masih buncit macam penternak cacing berjaya. How? Haha~
ReplyDeleteaaa....kalau xde tnda2 pon kna nyahcacing jugak???mmg fix stiap 3 buln kna nyahcacing??
ReplyDeletekalau bagi zentel kt anak kucing boleh x?
ReplyDelete