Wednesday, June 8, 2011

Agnes - Kes Buasir/Rectal Prolapse Case

Rectal Prolapse atau BUASIR ialah perkara yg sangat jarang berlaku kepada haiwan, namun ia bukanlah sesuatu mustahil. Ia kebiasaannya terjadi kepada puppy atau kitten yang berumur kurang dari 6 bulan.

Ada beberapa faktor penyebab rectal prolapse. Antaranya ialah jangkitan parasit pada usus, cirit birit kronik dan sebagainya.

Secara fizikal, tisu dubur kelihatan terjulus keluar dari lubang anus.

Sekiranya kucing korang ada masalah sebegini, apa yang patut dilakukan?
1) Pastikan tisu/daging yang terkeluar itu sentiasa basah dengan melembabkan bahagian tersebut dengan kain lembab.
2) Jangan biarkan haiwan tersebut menjilat bahagian tu
3) SEGERA BERGEGAS KE DOKTOR HAIWAN!


Ini AGNES, anak kucing jantan yang ditemui bergelandangan di pasar awam Bayan Baru, Penang oleh seorang rescuer, Miss Joey. Gambar² yg disiarkan di sini adalah sumber dari Joey.




Perhatikan betul².. Agnes mengalami kecederaan di mata.



Joey juga telah memaparkan gambar Agnes di wall KTAJ dan di wall MDDB (Northern) di Facebook.



Sangat ngeri! Kesiannya kamu, Agnes :(

Beliau seterusnya mendapatkan rawatan untuk Agnes di klinik haiwan Dr Shobna & Dr Pava di Jalan Utara Bukit Gelugor, Penang.

Menurut doktor yang merawat Agnes, kecederaan di matanya adalah akibat dicucuk objek tajam dan bucu kelopak matanya terkoyak. Mata yg cedera itu tidak dapat diselamatkan dan terpaksa di buang.



Dubur yang terkeluar itu jugak dipercayai akibat daripada tekanan kuat (hard press) pada bahagian perut. Kena pijak???? Harapnya tidak! :(




Bahagian tisu dubur yg terkeluar juga telah berjaya dimasukkan semula. Namun keadaan Agnes terpaksa di pantau selama beberapa hari. Agnes masih belum dapat poopoo dengan sendiri. Sekiranya keadan ini berterusan selama beberapa hari, kami takde pilihan lain melainkan.... put him down to sleep...*touchwood*. Kami tak nak ini berlaku. Tanak sama sekali! Jadi tolonglah bersama-sama kami mendoakan si kecil ini agar cepat sembuh... Amin~




Kos rawatan Agnes ialah RM400. KTAJ membantu sebanyak RM300 menggunakan dana yang kami ada. Bil selebihnya dan bil rawatan susulan akan di tanggung oleh Joey.



Sementara waktu, Agnes di pelihara oleh seorang aunty. Harap lepas dia sembuh sepenuhnya, kami dapat carikan tuan baru untuk si malang ini...

Get well soon and have a speen recovery, Agnes! ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

UPDATE :
3.11pm - Agnes dan berjaya mem'buang' tanpa tisu dubur terkeluar kembali. Alhamdulillah :D
Terima kasih di atas doa anda semua ~

7 comments:

  1. ya Allah kesiannya Agnes..didoakan smoga Anges dapat sembuh dan pulih seperti biasa, amin..

    ReplyDelete
  2. Menitik air mata menahan sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh Agnes... Semoga dia akan sembuh...

    ReplyDelete
  3. akak tk sanggupppp..huuuuwaaaaaaa..
    Ya Allah...kita luka sikit pun dh mengadoi...inikan dia...Ya Allah.....ampunkanlah dosa2 kami ya Allah....lindungilah makhlok2 mu yg tidak berdaya ini

    ReplyDelete
  4. sedihnya.... selamat la ada anda2 yang prihatin ni.. Tuhan membalas segala perbuatan baik anda~

    ReplyDelete