Thursday, March 1, 2012

Tompok, Kucing Mangsa Langgar (Wazura & Mazlita)

TOMPOK adalah salah seekor kucing yang diberi makan oleh Wazura dan Mazlita di kawasan apartment di Puchong Kinrara.








Pada 24 Feb 2012 lepas, Tompok ditemui dalam keadaan mulut berdarah, tidak dapat berjalan dan tidak dapat menggerakkan kaki belakang. Berdasarkan xray, Dr St Angel di Puchong mengesahkan Tompok mengalami head trauma yang menyebabkan mata besar sebelah, rahang patah, retak pada peha dan pendarahan dalaman kerana pernafasan Tompok sampai ke bahagian abdomen.

Rawatan yang diberikan kepada Tompok ialah fluid therapy, ujian darah, ubat untuk menstabilkan keadaan Tompok dan pembedahan untuk membetulkan rahang dan rawatan kepada anggota lain.






Gambar-gambar sebelum pembedahan


Rahang Tompok berjaya di bedah pada 28 Feb 2012. Kerana kecederaan dalaman yang dialaminya, Tompok masih belum dapat membuang air dengan sendiri dan gagal mengawal pembuangan air kencing. Makanan terpaksa diberikan menggunakan syringe kerana rahang Tompok masih belum boleh mengunyah makanan seperti biasa.


Gambar selepas pembedahan


Tompok di tahan di wad sementara waktu bagi memantau keadaannya yang memerlukan perhatian khusus.

Wazura dan Mazlita telah memohon bantuan Dana Rawatan Perubatan untuk membantu Tompok. Oleh kerana anggaran kos perubatan untuk Tompok buat masa ini antara RM750-RM1500, Wazura dan Mazlita telah memohon Dana Bersama SCRATCH dan MyAnimalCare. Bantuan sebanyak 60% kos rawatan akan diberikan untuk Tompok.

Semoga Tompok segera kembali sihat seperti sediakala dan dapat bermain semula.

Sekiranya ada yang sudi adopt si Tompok supaya ia tak kembali semula ke jalanan, hubungi kami dengan segera.

10 comments:

  1. Ya allah..hope hope tompok will sehat sedia kala nya amin...

    ReplyDelete
  2. seksanye awak kan...semoga awk cepat sembuh tompok...

    ReplyDelete
  3. kalau rasa dh bekerja, rasa cm nak derma je skit kt Wazura dn Mazlita. tp student lagi. just leh doa supaya Tompok cepat ok

    ReplyDelete
  4. Tompok get well soon... Semoga Wazura,Mazlita & KTAJ sentiasa panjang umur dan murah rezeki menolong kucing kucing yg terbiar nih...Keep up the good work guys!I support u guys 100%!

    ReplyDelete
  5. sama kes kucing saya Pico..langgar kereta dimlm bulan puasa ..rahang retak..mata trsembul..kepala penyek sebelah..2 mlm kat Klinik Vet..akhirnya trpaksa redha..pergi buat selama2nya..paling sedih ..anknya Nico prlu menyusu brumur 1 bulan..sy brusaha susukn dgn botol bg menyelamatkn anknya..kini Nico sngat sihat..wajahnya..jalannya..bulunya..perangainya..manjanya spt ibunya..trubat rindu pd PICO baru yg ujud semula..

    ReplyDelete
  6. Semoga KTAJ, Wazura & Mazlita dimurahkan rezeki. amin ;)

    ReplyDelete
  7. mcm mane saya boleh tolong kalau2 ada yg memerlukan bantuan kewangan..?????

    ReplyDelete