Monday, March 26, 2012

Garfield Ditemui Cedera di Peha (Nur Zulianas)

Si comel yang memakai kolar berwarna biru cair ini ditemui pada pukul 8.30pagi, 24 Mac 2012 di kawasan padang depan sekolah agama Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Taman Alam Megah, Shah Alam.

Baka : DSH oren + putih
Jantina : Jantan (belum dimandulkan)
Umur : lebih dari 1 tahun
Pengenalan pada badan : kolar biru cair.









Rescuer, Nur Zulianas Shazyanty Bt Zulqurnanin telah membawa kucing yang diberi nama GARFIELD ini untuk mendapatkan rawatan di Shah Alam Veterinary Clinic.

Vet telah melakukan xray dan mengesahkan kucing ini patah kedua-dua belah kaki. Kaki kiri retak dari peha ke bawah, kaki kanan pula dari tulang betis ke bawah. Berita baiknya, Garfield boleh membuang najis dengan normal dan tiada kecederaan pada abdomen dan organ dalaman.







Anggaran kos yang diberitahu oleh vet yang merawat ialah RM1300-1500. Kos ini merangkumi pembedahan dan ubat-ubatan untuk Garfield.

Garfield dijadualkan menjalani pembedahan pada pukul 5.00 petang tadi. Berikut adalah gambar-gambar terbaru Garfield sebelum pembedahan.





Kami sedang menantikan update mengenai pembedahan Garfield. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Garfield akan segera pulih dan akan dipertemukan dengan tuannya yang asal.

Nur Zulianas telah memohon Bantuan Perubatan SCRATCH dengan Dana Bersama My Animal Care dan Petfinder. SCRATCH akan membiayai 20% atau RM500 maksimum daripada jumlah keseluruhan perubatan Garfield seperti yang dinyatakan di dalam polisi kami.


UPDATE: 
Jumlah keseluruhan bil Garfield ialah RM1400.00. 
SCRATCH, My Animal Care dan Petfinder membiayai 60% daripada keseluruhan perubatan Garfield. SCRATCH memberikan subsidi 20% , iaitu RM280.00 daripada dana kami.

1 comment: