Monday, March 26, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS - 25 Mac 2012

13 ekor kucing telah menyertai Subsidi Pemandulan Kucing Jalanan oleh SCRATCH di Klinik Kembiri Setapak.

Salah seekor yang dimandulkan ialah si Ako, kucing jantan yang kerap skodeng dan tumpang makan di rumah salah seorang Scratcher.


Si Ako yang hensem


Antara feeder yang sering menyertai program ini ialah Cikgu Hanisah. Sudah tak terkira berapa ekor kucing yang telah beliau mandulkan di sini. Hampir kesemua kucing di kawasan kejiranan tempat kediaman beliau sudah dimandulkan. Setiap kali ada kucing yang baru di buang atau di temui oleh beliau di kawasan itu, beliau akan segera memandulkan bagi mengelakkan pertambahan populasi kucing jalanan yang kian meningkat di situ.



Selain Cikgu Hanisah, saudara Thalhah juga antara individu yang telah banyak membawa kucing-kucing jalanan serta kucing-kucing rakan-rakan beliau untuk dimandulkan di sini. Selain kucing, Thalhah dan rakan beliau pernah menggunakan perkhidmatan Klinik Kembiri Setapak untuk memandulkan anjing-anjing juga.



Saudari Deedee membawa seekor kucing yang sudah beberapa kali di tangkap oleh DBKL. Kucing ini akan dijaga oleh Deedee sementara pulih sepenuhnya dan akan diserahkan kepada tuan baru minggu hadapan.




Saudari Nadiah dari Pantai Dalam juga membawa kucing jalanan yang beliau iklankan dalam KTAJ Online Adoption House. Kucing comel ini dimandulkan sebelum diserahkan kepada tuan baru nanti.




Oleh sebab kucing ni kucing liar dan tak biasa terkurung dalam carrier, kucing ini cuba memboloskan diri dan akibatnya mencederakan hidung sendiri.




Ini pula 2 sahabat, saudari Lili dan Ace. Mereka merupakan feeder di kawasan Kota Damansara Section 11. Ini merupakan kali pertama mereka ke Klinik Kembiri Setapak. Mereka telah menolak bantuan subsidi dari kami dan membiayai sendiri yuran pemandulan 4 ekor kucing jalanan ini.




Sekiranya anda ingin menyertai program kami di KKS, dan ingin mendapatkan subsidi pemandulan untuk kucing jalanan yang anda bagi makan di sekitar kediaman anda, emailkan permohonan anda kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Subsidi Pemandulan ini adalah sumbangan dari orang ramai untuk Dana Scratch.

No comments:

Post a Comment