Friday, February 10, 2012

Anak-anak Kucing Menyusu Pada Ibu Yang Dah Mati



Sekali pandang, nampak si ibu seperti sedang tidur dengan tenang, sementara menunggu anak-anak yang masih kecil menyusu sehingga kenyang.

Hakikatnya, anak-anak yang masih belum membuka mata ini menyusu pada jasad ibu yang sudah terkujung kaku.

Si ibu dilanggar ketika cuba memindahkan anak-anaknya ke sebuah restoran Jepun berhampiran. Kemungkinan dilanggar ketika memindahkan anak yang terakhir. Anak kecil itu mengalami sedikit kecederaan dan akan dibawa oleh rescuer ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.

Terima kasih kepada Leonard Pang dan Jennifer Leong kerana menyebarkan gambar ini.

Terima kasih kepada rescuer, Hanie Razaif, yang ketika itu berada di kawasan berhampiran terus bergegas mendapatkan anak-anak kucing tersebut. Ketika rescuer tiba, jasad si ibu telah di buang ke tong sampah besar berhampiran, tetapi Hanie telah meminta agar jasadnya dikeluarkan dari tong sampah tersebut untuk ditanam.




Terima kasih kepada Marina yang sudi membawa pulang jasad si ibu kucing untuk ditanam dengan sempurna.

Terima kasih kepada Fariza Mustafa kerana menumpangkan ibu susu untuk 2 ekor daripada 4 ekor anak kucing ini.

Terima kasih semua.

Doakan semoga anak-anak kucing ini survive. Mereka akan di tempatkan for adoption bila cerai susu nanti.

27 comments:

  1. saya meleley air mata ketika baca artikel ni :'(

    ReplyDelete
  2. wish this 4 baby .. selamat :(
    sedih bout this story .. huhu ~
    tuhan lebih syg deaaa ....

    ReplyDelete
  3. Besarnya pengorbanan .. Sedih saya membacanya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih buat mereka yang telah menolong menyelamatkan dan menjaga anak2 kucing ini. May God bless all of you always. Amin...

    ReplyDelete
  5. Demi Allah... tersangat sedihhh!!! haish!

    ReplyDelete
  6. Ya Allah,kesiannya..semoga roh si ibu tenang di sana.kesian kittens tu. tahniah pada rescuer ya

    ReplyDelete
  7. moga anak kucing dpt membesar dgn tabah..

    ReplyDelete
  8. semoga anak2 kucing ni dpt membesar dgn sihat..sedihnyaa menangis sy baca artikel nii

    ReplyDelete
  9. please be strong ya lil kitties...harap2 kamu membesar bagai juara..

    ReplyDelete
  10. moga mereka mendapat ibu tumpang..
    kesiannya..
    kecik lagi tu.
    ):

    ReplyDelete
  11. sedey nyer.... kecik2 dah hilang mak...huhuuh

    ReplyDelete
  12. kesiannya kat anak kucing tu.

    kucing saya bunting & dh sampai masa utk beranak tp akhirnya anaknya mati dlm perut. dia beranak kat umah & ada 6 ekor semuanya. saya terpaksa hantar ke klinik & pihak klinik terpaksa membuang peranakannya sbb dh berbau & bernanah.

    ReplyDelete
  13. Lagi dua ada ibu tumpang tak???

    ReplyDelete
  14. tak leh tahan air mata dari terus mengalir. sedihnya...

    ReplyDelete
  15. huhu..keciannn..berlinang air mata.. :(

    ReplyDelete
  16. berderai air mata baca..pilunya..

    ReplyDelete
  17. Allah lebih menyayangi ibu kucing tu....insya Allah ada sejuta rahmat n utuk pedoman semua....kisah yg amat memilukan...sama2 kte doakn semoga ibu kucing bahagia di syurga....

    ReplyDelete
  18. doakan agar tiada lagi peristiwa begini..

    ReplyDelete