Saturday, March 17, 2012

Anak² Kucing di Kedai Makan Jalan Gurney,KL (Kak Sharizah Wahida)

Kak Sharizah Wahida telah mengupload gambar anak kucing berhampiran kedai makan di kawasan kediaman beliau di page SCRATCH (fka KTAJ) di Facebook.





Kak Sharizah turut menghubungi kami melalui email untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk anak kucing ini. Menurut kak Sharizah, selain kucing ini, ada 2 ekor lagi anak kucing (mungkin adik beradik kepada anak kucing ini) yang memerlukan rawatan sama dan seekor lagi dengan mata yang tersembul keluar.

Ada individu yang memberitahu beliau ternampak anak kucing dalam gambar ini dilanggar kereta. Akibatnya, kaki belakang tidak berfungsi, tidak dapat mengawal pembuangan najis dan terpaksa di pakaikan 'lampin' sepanjang masa.



Team Coordinator kami akan menemui kak Sharizah besok untuk mendapatkan rawatan bagi anak kucing ini dan meninjau-ninjau di kawasan tersebut sekiranya boleh menemui anak-anak kucing lain supaya boleh di bawa sekali untuk rawatan.

Kak Sharizah sendiri akan membela anak-anak kucing ini setelah mendapat rawatan.

SCRATCH ketika ini kekurangan dana untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang memohon bantuan dari kami. Derma kilat akan dilakukan sekiranya kos rawatan melebihi dari dana yang kami ada.

Sekiranya anda ingin menderma untuk anak-anak kucing yang akan dipelihara oleh kak Sharizah setelah dirawat ini, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com. Lebihan wang rawatan akan digunakan untuk memandulkan anak-anak kucing ini apabila mencecah usia matang.

1 comment:

  1. mudah2an murah rezeki budak2 nie..bukan apa..utk tampung perubatan depa jugak..

    ReplyDelete