Monday, March 26, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS - 25 Mac 2012

13 ekor kucing telah menyertai Subsidi Pemandulan Kucing Jalanan oleh SCRATCH di Klinik Kembiri Setapak.

Salah seekor yang dimandulkan ialah si Ako, kucing jantan yang kerap skodeng dan tumpang makan di rumah salah seorang Scratcher.


Si Ako yang hensem


Antara feeder yang sering menyertai program ini ialah Cikgu Hanisah. Sudah tak terkira berapa ekor kucing yang telah beliau mandulkan di sini. Hampir kesemua kucing di kawasan kejiranan tempat kediaman beliau sudah dimandulkan. Setiap kali ada kucing yang baru di buang atau di temui oleh beliau di kawasan itu, beliau akan segera memandulkan bagi mengelakkan pertambahan populasi kucing jalanan yang kian meningkat di situ.



Selain Cikgu Hanisah, saudara Thalhah juga antara individu yang telah banyak membawa kucing-kucing jalanan serta kucing-kucing rakan-rakan beliau untuk dimandulkan di sini. Selain kucing, Thalhah dan rakan beliau pernah menggunakan perkhidmatan Klinik Kembiri Setapak untuk memandulkan anjing-anjing juga.



Saudari Deedee membawa seekor kucing yang sudah beberapa kali di tangkap oleh DBKL. Kucing ini akan dijaga oleh Deedee sementara pulih sepenuhnya dan akan diserahkan kepada tuan baru minggu hadapan.




Saudari Nadiah dari Pantai Dalam juga membawa kucing jalanan yang beliau iklankan dalam KTAJ Online Adoption House. Kucing comel ini dimandulkan sebelum diserahkan kepada tuan baru nanti.




Oleh sebab kucing ni kucing liar dan tak biasa terkurung dalam carrier, kucing ini cuba memboloskan diri dan akibatnya mencederakan hidung sendiri.




Ini pula 2 sahabat, saudari Lili dan Ace. Mereka merupakan feeder di kawasan Kota Damansara Section 11. Ini merupakan kali pertama mereka ke Klinik Kembiri Setapak. Mereka telah menolak bantuan subsidi dari kami dan membiayai sendiri yuran pemandulan 4 ekor kucing jalanan ini.




Sekiranya anda ingin menyertai program kami di KKS, dan ingin mendapatkan subsidi pemandulan untuk kucing jalanan yang anda bagi makan di sekitar kediaman anda, emailkan permohonan anda kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Subsidi Pemandulan ini adalah sumbangan dari orang ramai untuk Dana Scratch.

Bantu Sebarkan Poster Garfield


Sila bantu Nur Zulianas mengedarkan poster kucing yang di temuinya di kawasan padang depan sekolah agama Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Taman Alam Megah ini. Terima kasih.


Garfield Ditemui Cedera di Peha (Nur Zulianas)

Si comel yang memakai kolar berwarna biru cair ini ditemui pada pukul 8.30pagi, 24 Mac 2012 di kawasan padang depan sekolah agama Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Taman Alam Megah, Shah Alam.

Baka : DSH oren + putih
Jantina : Jantan (belum dimandulkan)
Umur : lebih dari 1 tahun
Pengenalan pada badan : kolar biru cair.









Rescuer, Nur Zulianas Shazyanty Bt Zulqurnanin telah membawa kucing yang diberi nama GARFIELD ini untuk mendapatkan rawatan di Shah Alam Veterinary Clinic.

Vet telah melakukan xray dan mengesahkan kucing ini patah kedua-dua belah kaki. Kaki kiri retak dari peha ke bawah, kaki kanan pula dari tulang betis ke bawah. Berita baiknya, Garfield boleh membuang najis dengan normal dan tiada kecederaan pada abdomen dan organ dalaman.







Anggaran kos yang diberitahu oleh vet yang merawat ialah RM1300-1500. Kos ini merangkumi pembedahan dan ubat-ubatan untuk Garfield.

Garfield dijadualkan menjalani pembedahan pada pukul 5.00 petang tadi. Berikut adalah gambar-gambar terbaru Garfield sebelum pembedahan.





Kami sedang menantikan update mengenai pembedahan Garfield. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Garfield akan segera pulih dan akan dipertemukan dengan tuannya yang asal.

Nur Zulianas telah memohon Bantuan Perubatan SCRATCH dengan Dana Bersama My Animal Care dan Petfinder. SCRATCH akan membiayai 20% atau RM500 maksimum daripada jumlah keseluruhan perubatan Garfield seperti yang dinyatakan di dalam polisi kami.


UPDATE: 
Jumlah keseluruhan bil Garfield ialah RM1400.00. 
SCRATCH, My Animal Care dan Petfinder membiayai 60% daripada keseluruhan perubatan Garfield. SCRATCH memberikan subsidi 20% , iaitu RM280.00 daripada dana kami.

Saturday, March 17, 2012

TOTO, Si Hitam Patah Ekor (Aishah Zamani)

Si TOTO ditemui oleh saudari Aishah ketika dalam perjalanan pulang melalui Highway Kajang Silk. Tidak diketahui bagaimana anak kucing ini boleh berada di atas highway.

Anak kucing ini didapati patah ekor dan di bawa ke Honey Vet Clinic untuk rawatan. 

Ekor Toto dipotong bagi mengelakkan komplikasi memandangkan bahagian ekor telahpun mati.
 



Ekor yang mati dan dah tak berfungsi.




 Walaupun selepas pembedahan, Toto aktif bermain.


Kos rawatan si Toto adalah RM280.00 dan dibiayai sendiri oleh Aishah tanpa meminta bantuan dari Dana SCRATCH. Kami berterima kasih kepada Aishah kerana telah sudi menulis email kepada kami untuk berkongsi cerita membantu anak kucing ini dan diharap lebih banyak individu di luar sana yang mencontohi rescuer seperti Aishah.

Anak² Kucing di Kedai Makan Jalan Gurney,KL (Kak Sharizah Wahida)

Kak Sharizah Wahida telah mengupload gambar anak kucing berhampiran kedai makan di kawasan kediaman beliau di page SCRATCH (fka KTAJ) di Facebook.





Kak Sharizah turut menghubungi kami melalui email untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk anak kucing ini. Menurut kak Sharizah, selain kucing ini, ada 2 ekor lagi anak kucing (mungkin adik beradik kepada anak kucing ini) yang memerlukan rawatan sama dan seekor lagi dengan mata yang tersembul keluar.

Ada individu yang memberitahu beliau ternampak anak kucing dalam gambar ini dilanggar kereta. Akibatnya, kaki belakang tidak berfungsi, tidak dapat mengawal pembuangan najis dan terpaksa di pakaikan 'lampin' sepanjang masa.



Team Coordinator kami akan menemui kak Sharizah besok untuk mendapatkan rawatan bagi anak kucing ini dan meninjau-ninjau di kawasan tersebut sekiranya boleh menemui anak-anak kucing lain supaya boleh di bawa sekali untuk rawatan.

Kak Sharizah sendiri akan membela anak-anak kucing ini setelah mendapat rawatan.

SCRATCH ketika ini kekurangan dana untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang memohon bantuan dari kami. Derma kilat akan dilakukan sekiranya kos rawatan melebihi dari dana yang kami ada.

Sekiranya anda ingin menderma untuk anak-anak kucing yang akan dipelihara oleh kak Sharizah setelah dirawat ini, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com. Lebihan wang rawatan akan digunakan untuk memandulkan anak-anak kucing ini apabila mencecah usia matang.

Friday, March 16, 2012

CARA MENGHILANGKAN KURAP HAIWAN PELIHARAAN

Petua ini sesuai dan selamat digunakan ke atas anjing, kucing dan arnab peliharaan. Keberkesanan ke atas lembu, kobau, ayam dan itik ternakan tak dapat dipastikan. Hehe.

Bahan-bahan yang diperlukan:



Kunyit hidup atau serbuk kunyit



Minyak ikan (fish oil) atau minyak masak biasa.


Petua dari orang² tua kita:
- Goreng kunyit yang telah ditumbuk lumat, sapu minyaknya yang telah sejuk tu pada bahagian kurap.
- Guna minyak lebihan goreng ikan yang telah sejuk, sapu pada kurap.

Petua dari website mat saleh :
- Campurkan plain fish oil yang dibeli dari farmasi dengan serbuk kunyit, sapu pada kurap.
- Campurkan minyak masak dengan serbuk kunyit, sapu pada kurap.


Minyak berfungsi untuk lembutkan kerak kurap dan melemaskan hama (mites) yang menyebabkan kurap tersebut. Sementara kunyit berfungsi sebagai anti-inflamasi (anti-inflamation) dan melegakan rengsangan pada kulit akibat alergi, gigitan serangga dan jangkitan kulit lain. Serbuk kunyit tak disarankan sebab ada campuran pewarna.

Pemberian Fish oil yang kaya dengan Omega 3 & 6 sebagai supplement sekali-sekala dalam makanan haiwan anda juga dapat menghalang jangkitan kulit dan mencantikkan bulu. Pastikan anda membeli Fish Oil (Salmon Fish Oil dsb), bukan Cod Liver Oil ye.

Cod Liver Oil rendah kandungan Omega-3 (ALA, EPA, and DHA). Fish oil lebih kaya dengan khasiat Omega 3 yang berfungsi mengurangkan toksik dan lemak-lemak merbahaya dari badan.

Secara am, Cod Liver Oil dan fish oil adalah sama, tetapi Cod Liver Oil mengandungi Vitamin A and D yang tinggi dan tak diperlukan oleh haiwan. Kandungan vitamin yang tak diperlukan dalam badan boleh terkumpul dan menyebabkan toksik serta membebankan fungsi hati. Pemberian berlebihan boleh mengancam kesihatan haiwan peliharaan anda. Penggunaan plain Fish Oil
dengan Omega 3 & 6 tanpa tambahan vitamin lain adalah lebih sesuai untuk haiwan peliharaan. Harga plain Fish Oil lebih mahal berbanding Cod Liver Oil. Pemberian fish oil yang terbaik ialah dari ikan salmon.

Jika tidak berkesan, kemungkinan haiwan peliharaan anda ada masalah lain selain kurap biasa. Sila dapatkan rawatan doktor haiwan dengan segera untuk mengenalpasti masalah sebenar.

Pada mereka yang pernah mencuba petua di atas, kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen. Terima kasih! :D

*Gambar hiasan sumber dari internet.

Tuesday, March 13, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS - 10 Mac 2012

Pada Sabtu, 10 Mac 2012 lepas, 8 ekor kucing telah selamat dimandulkan di Klinik Kembiri DBKL-SPCA di Setapak menggunakan Subsidi Pemandulan SCRATCH.

SCRATCH memberikan subsidi kepada 10-30 ekor kucing jalanan (stray cats) dan kucing rumah (homepets) untuk dimandulkan setiap bulan. RM250 - RM1500 daripada hasil derma orang ramai dan hasil jualan barangan SCRATCH dikeluarkan setiap bulan untuk tujuan ini.

Keutamaan untuk mendapatkan subsidi ini diberikan kepada pelajar, surirumah, warga emas, warga OKU dan individu berpendapatan rendah yang selalu memberi makan kepada kucing-kucing jalanan di kediaman dan kejiranan mereka.

"Kucing sendiri pun susah nak dimandulkan, ada ke yang mandulkan kucing jalanan yang mereka bagi makan lorong-lorong gelap belakang kedai dan rumah mereka?"

Kenapa tidak?

Contohnya Cikgu Hanisah, seorang guru tadika yang telahpun menghantar berpuluh-puluh ekor kucing jalanan di sekitar tadika tempat beliau mengajar untuk dimandulkan. Sedikit sebanyak, subsidi yang kami sediakan, mampu meringankan sedikit perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Cikgu Hanisah untuk kucing-kucing yang beliau beri makan di belakang tadika tempat beliau mengajar.

Dan pada 10 Mac ini, 3 ekor kucing jantan ini telah di bawa oleh Cikgu Hanisah ke Klinik Kembiri Setapak untuk dimandulkan dan 100% yuran pemandulan dibiayai oleh Subsidi Pemandulan SCRATCH.





Gambar kredit kepada cikgu Hanisah


Selain Cikgu Hanisah, SCRATCH turut membiayai 100% Subsidi Pemandulan 3 ekor kucing yang lahir setelah ibunya (Mama J) diselamatkan dari Petknode Fiasco pada hari raya tahun lepas. 3 ekor kucing ini telah dipelihara oleh Nurul Hidayah sejak seminggu pertama kelahiran memandangkan Mama J kerap sakit dan keluar masuk Hospital Gasing untuk rawatan akibat stress dan demam kuning (jaundice).

SCRATCH turut memberikan 50% Subsidi Pemandulan untuk 2 ekor kucing lain yang di adopt oleh Nurul Hidayah pada hari tersebut.





Gambar kredit kepada Nurul Hidayah

Monday, March 12, 2012

Charlee Kucing Kurap LRT (Patrick & Nina)

Dengan RM800, sesiapa saja boleh membeli kucing kacukan yang cantik dari kedai haiwan peliharaan (petshop) atau pembiak kucing tidak bertauliah (backyard breeder). Dengan jumlah yang sama, berapa ramai antara kita yang sanggup keluarkan untuk kucing sendiri, apa lagi untuk menyelamatkan atau mendapatkan rawatan untuk kucing jalanan?

Ramai pemilik haiwan mampu membeli haiwan yang berharga ratusan dan ribuan ringgit dari kedai haiwan. Tapi yang menyedihkan, tak semua pemilik haiwan ini 'mampu' menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab. Ada pemilik kucing parsi yang hanya menyediakan nasi dan ikan rebus, atau 'makanan komersial' untuk si comel mereka. Malah, ada pemilik kucing parsi yang tak pernah mendengar apa itu nyahcacing dan vaksinasi.

Sesiapa saja boleh melabelkan diri mereka sebagai pencinta haiwan sejati dan penyelamat haiwan jalanan. Tapi pencinta haiwan dan penyelamat haiwan sejati bagi kami ialah mereka yang tidak berkira dan sanggup melakukan apa saja meskipun untuk haiwan jalanan.

Gambar-gambar di bawah ialah gambar seekor kucing jalanan di LRT stesen Bukit Jalil. Hampir seluruh badannya berkurap. Keadaannya menyebabkan kucing ini kelihatan sukar bergerak/berjalan.








Meskipun keadaan kucing ini begini, masih ada insan yang prihatin dan simpati dengan keadaan kucing ini.

Kucing ini telah di bawa ke Honey Vet Clinic oleh Patrick Lee dan Nina Yusof.

Pemeriksaan yang dijalankan pada 24 Nov 2011 mendapati :

1) Kurapnya kelihatan seperti dalam proses pemulihan. Kebarangkalian ada individu lain yang cuba merawat kucing ini sebelum di bawa ke HVC. Walau bagaimanapun, kucing ini tetap diberikan suntikan anti-parasit untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya dari kurap dan parasit lain.

2) Matanya bengkak

3) Suhu badan setinggi 40 darjah, demam dan selsema.

4) Doktor menjalankan beberapa ujian darah termasuk FeLV dan FIV test memastikan ia bebas dari sebarang penyakit.

5) Dikuarantinkan dan diwadkan selama 2 minggu untuk memastikan ia tidak membawa penyakit lain dan untuk membantu proses penyembuhannya.

6) Doktor turut memberikan vitamin dan supplement tambahan untuk mempercepatkan proses penyembuhan kurap dan selsema.

7) Divaksinkan dan dibenarkan pulang ke rumah setelah sihat bagi memastikan ia bebas dari tekanan (stress-free)

Kos rawatan dan pemandulan kucing ini ialah sebanyak RM810. RM460 dibiayai oleh Dana Perubatan SCRATCH dan RM350 di biayai sendiri oleh Patrick dan Nina.

Dan untuk tatapan semua, Patrick ada menghantarkan gambar terbaru kucing yang diberi nama CHARLEE ini.






Setelah 4 bulan diselamatkan, siapa sangka kucing yang disangka bernasib malang menjadi haiwan jalanan, kini menjadi salah seekor haiwan kesayangan di rumah penyelamatnya :)


Wednesday, March 7, 2012

SPEUTERING DAY 2012 : Ulu Tiram, Johor.



PROGRAM PEMANDULAN KUCING DI JOHOR!

PROGRAM SEHARI ini dibuka untuk memandulkan haiwan peliharaan anda pada kos murah.

Matlamat kami ialah mengurangkan populasi haiwan jalanan tidak bertuan dengan menyediakan program pemandulan murah kepada pemilik-pemilik haiwan. Ini bertujuan mengelakkan haiwan peliharaan daripada membiak tanpa kawalan dan menjadi mangsa dibuang oleh pemilik-pemilik asal.

Tarikh : Sabtu, 17 Mac 2012
Lokasi : Klinik Haiwan Tiram
Jantan : RM50
Betina : RM70

PROMOSI LAIN:
A) Vaksinasi dan nyahcacing = RM30
B) Nyahkutu spot on = RM25
c) Pemeriksaan kesihatan dan consultation = RM20

D) Diskaun sehingga 15% untuk barangan yang dibeli di klinik ini.


Untuk mendaftar, emailkan ke ktaj0311@gmail.com [Subjek : SD 2012 Johor] bersama butiran lengkap di bawah :

1) Nama pemilik, no KP dan no telefon bimbit.
2) Gambar kucing yang ingin dimandulkan, nama, umur, jantina dan baka. Sila beritahu kami sekiranya kucing ini belum pernah di vaksin.

Sila sebarkan program ini kepada rakan-rakan pemilik haiwan yang lain.



*Terma dan Syarat :

1. Pastikan anda mendaftar untuk menyertai program ini. Ini memudahkan kami mengenal pasti bilangan haiwan yang akan dimandulkan pada hari tersebut.

2. TERHAD KEPADA BAKA DOMESTIK : Kucing kampung bulu pendek (DLH), kacukan bulu panjang (DLH) atau kacukan siam saja yang dibenarkan.

Kucing baka exotic dan baka asli seperti Bengal, Persian dan Flat Face akan dicaj pada kadar biasa : RM80 untuk jantan & RM140 untuk betina.

3. YURAN PENDAHULUAN RM30 DIKENAKAN : untuk mengelakkan pemilik dari gagal menghadirkan diri setelah mendaftar.

4. Pastikan umur kucing anda tidak kurang dari 5 bulan dan berat tidak kurang dari 2kg.

5. Baki yuran pemandulan perlu dijelaskan kepada doktor/klinik terlibat pada hari berkenaan.

6. Semua kucing perlu dipuasakan bermula jam 8 malam on 16 Mac 2012 untuk mengelakkan komplikasi semasa dan selepas pembedahan. Dan pastikan setiap kucing di bawa dalam carrier/sangkar kecil bagi setiap ekor.


7. Semua kucing perlu dibawa pulang ke rumah selepas pemandulan. Caj di atas tidak termasuk kos boarding.

Bagi setiap kucing yang dimandulkan dalam program ini, RM5 akan disalurkan ke Dana SCRATCH.

HENTIKAN PEMBUANGAN HAIWAN YANG TIDAK BERDOSA.
MANDULKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA HARI INI!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


CATS SPEUTERING (Spay+Neuter) DAY in JOHOR!


This is a ONE DAY EVENT to spay and neuter your pets at a low fee.

Our target is to reduce the strays population by providing small fee for owners who want to castrate their pets/stray cats around their neighborhood.

Date : Saturday, 17 March 2012
Venue : Klinik Haiwan Tiram
Male : RM50
Female : RM70

To register, please email to ktaj0311@gmail.com [Subject : SD 2012 Johor] with these details :

1) Owner's name, IC and hp number
2) Cat's photo, name, age, sex and breed. Please inform us if the cat is not vaccinated.

Kindly invite more friends to join this program and please help us by spreading the words on your page about this program.


*Terms & Conditions :

1. Please register to confirm your participation. We need to identify how many male+female cats to be castrated on the day.

2. STRICTLY DOMESTIC CATS : Only domestic shorthair, domestic semi-long hair, domestic long hair, Siamese mixed are accepted to get the low fee benefit.

EXOTIC SHORT HAIR AND OTHER PURE BREEDS WILL BE CHARGE AT NORMAL FEE : RM80 for male & RM140 for female.

3. DEPOSIT RM30 APPLIED : non-refundable, to prevent owners from cancel their registration at the last minute.

4. Make sure the cat is around 5months old and above and the weight is more than 2kg.

5. Balance of the total payment will be made to the clinic/vet during the event

6. All cats have to be fast (dipuasakan) starts 8pm on 16 March 2012 to prevent complication during and after surgery

7. All cats will be taken home after the surgery. Boarding fee is not included.

Every cat neutered in this event, RM5 will goes to SCRATCH Fund.

STOP THROWING AWAY INNOCENT LIVES.
SPAY NEUTER YOUR PETS TODAY!

Update on Tompok (Wazura & Mazlita)

Ingat lagi pada si TOMPOK?

Ini update yang kami terima dari Wazura pada 2 Mac 2012 :

Hi Dr. Chan (My Animal Care) & KTAJ Admins,

Just want to update on Tompok condition.

Went to St. Angel's last night, planning to bring Tompok back.

Unfortunately, after consultation with the doctor, we decided not to bring her back yet. She still unable to urinate on her own. If we bring her back last night, nobody will take care of her today because need to press her bladder more than 2 times during the day.

We plan to get her out tomorrow so within 2 days (Saturday & Sunday), we are able to adjust our schedule for her.

Today, doctor will try to use tablet for her medication which will lower the cost a bit since Tompok is able to open her mouth but still need extra precaution.

Tomorrow after work, will go to St. Angel's again to check on her condition. Definitely will keep you updated.
Regards,
Wazura

Dan ini update terbaru yang kami terima pada 5 Mac 2012 :

Hi Dr. Chan & KTAJ Admins,

Hope everyone is doing great.

Latest update for Tompok. We took her back on Saturday evening. Doctor taught us on how to take care of Tompok and provided some medication, one of it is the nerve supplement. She need to continue the nerve supplement for a long term basis. The cost is RM1 per pill and she need to take twice a day.

She's quite ok even looked a bit stress. She tried to walk when we reached home but only right leg able to move. To avoid more injuries, we put her in a cage.

Good things happen, she now can eat, drink and urinate on her own. But since we took her back, she haven't defecate yet. Try to press her bladder but nothing come out. Probably need some time because she haven't eat that much.

We use a big syringe to feed the medicine. Not sure the tools name but it worked :)

Attached is the total bill for Tompok and the payment we provided.

I will send the application form and original bill to you by this week.

Any inquiry, please do not hesitate to contact me.

Thanks for all your kindness.

Regards,
Wazura.

Dan ini pula gambar terbaru si Tompok :





Tompok telah dibawa pulang oleh Wazura untuk dijaga dirumah. Berita baiknya, Tompok dah mula makan, minum dan membuang air kencing dengan sendiri. Cuma masih belum membuang. Mungkin sebab si Tompok kurang makan sepanjang berada dalam rawatan. Harap sedikit masa, semua akan berjalan dengan baik bagi Si Tompok.

Yuran perubatan si Tompok akan dibiayai 30% oleh SCRATCH, 30% oleh My Animal Care dan selebihnya dibiayai oleh Wazura dan Mazlita sendiri.

Kami sangat terharu dengan usaha rescuer seperti Wazura dan Mazlita dan lain-lain yang pernah kami kongsikan di blog ini dalam menyelamatkan haiwan jalanan.



Oren (Nurul Hayani)

Berikut adalah email yang diterima pada Nurul Hayani pada 2 Mac 2012 :

Salam Sejahtera.

Kepada Admin KTAJ,

Saya ingin meminta pendapat serta pertolongan dari Kelab ini dari segi bantuan kewangan untuk membiayai kos perubatan.
Saya telah menemui seekor kucing di pembahagi jalan highway Cheras - Kajang pada 29 Feb 2012 pukul 8.15 pagi semasa hendak pergi berkerja.
Saya dapati dia baru di langgar dan masih bernyawa. Lantas saya ambil dan bawa ke klinik veterinar UPM Serdang untuk rawatan segera.
Melihat dari segi fizikal kucing ini ia sememang kotor dan bukan kucing peliharaan seseorang.

Sebelum rawatan lanjut, doktor mendapati terdapat kecederaan dalaman kerana darah keluar dari mulut, keadaan mulut yg senget, hanya mampu berjalan dalam keadaan senget sebelah dan terdapat bengkak di bahagian badan kanan kucing itu.Juga terdapat luka-luka kecil saja dari luar.

Doktor beri saya 2 pilihan, kerana dia bukan kucing saya, doktor akan memberi suntikan utk mematikannya atau buat rawatan, kos di tanggung oleh saya.
Saya tidak mahu dia mati, jadi saya setuju utk buat rawatan.
Anggaran kos seperti X-Ray, suntikan, ujian darah, ubatan serta wad adalah lebih kurang RM430-RM500. Deposit RM100 telah saya dahulukan.

Update dari doktor :
29 Feb 2012, pagi - Sedikit Xray di lakukan, doktor dapati terdapat gegaran otak, kecederaan paru-paru dan ianya di hidrated.
1 Feb 2012- doktor akan buat ujian darah, kucing dlm keadaan stabil sedikit.
2 Feb 2012- belum ada update.

Jadi, saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan kos bantuan? atau pun terdapat saluran lain untuk saya hubungi?
Saya tidak mengharapkan full amount, mana yang termampu oleh Kelab, saya AMAT hargai.
Sekiranya memerlukan maklumat kucing, seperti gambar serta dokumen dari klinik ada pada saya sebagai rujukan sementara.
Saya berikan nama OREN, jantan.
OREN ID di klinik veterinar - 044586
Doktor Nor yang kendalikan OREN

Di harap saya mendapat respond dari Kelab ini.
Boleh hubungi saya 012-6700xxx atau melalui e-mail :)

Terima kasih,
Nurul Hayani Hamidi

Bersama dengan email ini, Hayani menghantar gambar Oren yang dimaksudkan :






Dan update terbaru mengenai Oren yang kami terima dari Hayani semalam (6 Mac 2012) :

Hi,

Update OREN dari doktor 6 mac 2012:

- Ujian darah sudah di ambil, OREN ada blood infections ( ada kuman )
- Ada kecederaan pada liver OREN, bacaan 415 ( rendah sedikit )
- tiada patah tulang
- keadaan otak mula stabil
- sudah mula makan dan bergerak/berjalan sedikit.

So far doktor membuat normal medical treatment/ mgmt seperti injections and vitamin.
Tiada operation di jalankan.
Kemungkinan Oren dapat di keluarkan dalam masa terdekat.

Anggaran kos perubatan Oren ialah RM640.

Memandangkan Dana Perubatan kami agak menyusut, bantuan yang kami dapat janjikan untuk Oren ialah 50% daripada yuran perubatan keseluruhan. Dan kami menawarkan untuk membiayai yuran pemandulan bila Oren sembuh kelak.

Semoga Oren cepat sembuh tanpa sebarang komplikasi.

Nurul Hayani akan menjaga Oren sehingga sembuh. Sekiranya anda berminat untuk adopt Oren, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com.