Murah kan? Untuk tidak dilabelkan sebagai merosakkan bisnes orang, kami letakkan status berunsur 'friendly reminder' untuk semua followers KTAJ di page Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan sebelum Hari Raya.
Tetapi kerisauan kami menjadi kenyataan bila kucing² yang dihantar pulang dalam keadaan sangat tak memuaskan dan ramai yang melaporkan kucing mereka masih tidak dihantar pulang selepas Hari Raya seperti yang telah dijanjikan oleh Boarding Center berkenaan.
Lebih menggemparkan bila Ahad, 4 Sept 2011 seawal 9 pagi, kami menerima panggilan dan message dari member KTAJ, Shah Dolores yang berbunyi, "beb, benda yang kita semua takut tu macam dah jadi kenyataan lah!"
Maka bermulalah sesi meng-update wallpost di facebook KTAJ tanpa henti!
Selebihnya, korang pun dah tahu. Tak perlulah kami repost balik semua printscreen wallpost kami pada hari kejadian. Bagi sesiapa yang tertinggal keretapi mengenai cerita tersebut, boleh jengah Cruelty at Pet Boarding Service in Damansara Damai di blog MyAnimalCare.org untuk mengetahui serba sedikit tentang kes tersebut. Terima kasih kepada Dr Chan kerana sudi mendahulukan dana MyAnimalCare untuk membiayai deposit kucing² yang di masukkan ke Gasing Vet Hospital dan Healing Rooms sementara menunggu kutipan derma kilat masuk ke KTAJ.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Berpuluh ekor kucing masih tidak dituntut dan owner² kucing serta animal lovers lain berkumpul di premis berkenaan dan di balai polis bagi mengetahui status terkini kes tersebut. Kami tak banyak pilihan melainkan shout out di page KTAJ untuk dapatkan lebih ramai rescuers dan fosterers untuk kucing² yang tidak dituntut.
Pihak media turut menghubungi admins dan rescuers untuk mengetahui berita terkini dan oleh sbb tak menang tangan menjawab panggilan, sms, dan email, maka dengan kerjasama dari pihak Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), kami telah mengadakan Press Conference pada Isnin, 5 Sept 2011 dengan menjemput semua pihak media dan animal activists lain agar bergabung untuk mendapatkan keadilan bagi kes ini. Kos untuk mengadakan press conference ini telah dibiayai separuh oleh MDDB. Malah, mereka la 'advisors' dan banyak bantu kami berurusan dengan pihak² berwajib yang terlibat. Thanks, guys!
Beratus-ratus animal lovers 'turun padang' untuk menunjukkan tanda protes agak pihak berwajib buka mata dengan kes seperti ini.
Yang ditengah dan manis berbaju kurung kuning tu Cik Bella, yang merupakan rescuer dan juga core-member KTAJ sejak awal penubuhan.
Dewan yang di sewa menggunakan sedikit dana sedia ada dalam KTAJ Fund
Tapi ada juga pihak lain yang menangguk di air keruh. Mana kamu di saat rescuers kami terpakai-kapai mencari bantuan dan nasihat? Mana kamu di saat kami terpinga-pinga tak tau mana arah yang patut kami tuju? Tau² je datang tunjuk hero seolah² itu semua usaha mereka. Yang paling menyampah bila ada politicians yang gunakan kes ni untuk agenda politik mereka. Setuju dengan quote dari MDDB. Dewan yang di sewa menggunakan sedikit dana sedia ada dalam KTAJ Fund
Kami ada mendapatkan khidmat guaman dari rakan² yang kami rasakan seperjuangan dengan kami tanpa terlibat dengan agenda politik. Tapi, majoriti rescuers dan owners dah ambil keputusan untuk memilih haluan sendiri, memilih peguam sendiri dan berjuang dengan cara sendiri. Jadi kami hormati keputusan mereka.
".. if you are opposition its difficult for you to get anywhere when dealing with the authorities. And at this juncture we must ask ourselves if we want to be guided by our political preference or the need to seek justice for the voiceless. As a matured animal rescue group - we certainly choose the latter."
KTAJ tidak berlepas tangan. Kami cuba untuk keep in touch dengan rescuers bukan KTAJ yang mengetuai pemilik² kucing yang terlibat, tapi malangnya takde update. Apa nak dikata?
Dan ada jugak mangkuk hayun yang wujud dalam kekalutan kami. Konon² animal lovers jugak, tapi mengeji dan merendah-rendahkan kami.
Malah, dengan tak malunya mewujudkan Facebook KTAJ palsu! Saat ini kita sepatutnya bersatu. Bukan saling menjatuhkan dan kutuk mengutuk! Tak paham betol la mentality manusia sebegini.
Haiiiihhhh~
Terima kasih di atas sumbangan org ramai untuk pembiayaan bil perubatan kucing² yang di bawah jagaan KTAJ Fostering.
Yang kelakarnya, ada jugak yang mengambil kesempatan menjalankan kutipan derma menggunakan nama KTAJ? Oh Tuhan.. apa jenis manusia la mereka ni?
Seperti yang semua sedia maklum, Boarding Center tersebut ada publish senarai haiwan² milik mereka. 26 kucing + 1 anjing. Jadi, tak kisahla sama ada kucing² dalam jagaan fosterer kami kucing milik Petknode ke, kucing jalanan yang pandai² di sauk oleh rescuers ke, matlamat kami sekarang hanya untuk mendapatkan tuan baru bagi kucing² yang tidak dituntut. Agar nasib mereka terbela.
Semua kucing ni akan dimandulkan di Klinik Kembiri Setapak bawah tajaan SPCA. Semua perbelanjaan perubatan kucing² ini di vet terpilih adalah menggunakan wang sumbangan orang ramai. Terima kasih.
jgn lupa g ambik whiskers free hujung minggu ni dekat tesco n gaint shah alam!!!
ReplyDeletesmga kes mcm nie tak kn brulang lagi.. :(
ReplyDeletehttp://mianimalsstory.blogspot.com/
urgent~
ReplyDeletesaya ade kucing baru kematian ibu.. tlong la tengok2 kan :
http://mr-inspirant.blogspot.com/2011/09/kitten-for-adoption.html
Ni semua buat kita tabah dan belajar perkara baru. Dan kepada yang "jenis manusia" yang menangguk di air keruh, dia tak jumpa buku dengan ruas lagi. Mungkin dalam sedikit masa? keep up the good work and persevere.
ReplyDelete