Monday, March 28, 2011

Snip Program DBKL-SPCA

Sukacita dimaklumkan bahawa kami secara rasmi telahpun mempunyai satu program khas pemandulan kucing jalanan dengan kerjasama SPCA dan DBKL, iaitu SNIP PROGRAM.



Foto credit to Cik Tedi


Tarikh : Sabtu, 9am - 4pm (tarikh akan diberitahu dari masa ke semasa)
Lokasi : DBKL-SPCA Klinik Kembiri, Setapak
Pemandulan Jantan : RM25
Pemandulan Betina : RM35
(tidak on heat, tidak mengandung dsb)

Sekiranya berminat emelkan butiran berikut ke emel ktaj0311@gmail.com atau hantarkan personal message di Facebook Cik Nerq :

1) Nama pemilik, no i/c dan no telefon
2) Umur, jantina dan bilangan kucing yang hendak dimandulkan.

Anda perlu bersetuju agar sebelah telinga kucing di potong sedikit untuk menandakan kucing² tersebut adalah stray yang telah di mandulkan di Klinik Kembiri ini.


Peringatan!
  • Program dan yuran pemandulan murah ini hanya terbuka kepada yang mendaftar sahaja. 'Walk-in' pada hari pemandulan tidak akan dilayan.
  • Keutamaan tempat diberikan kepada yang mahu menghantar 5 ekor pada satu masa. Bagi yang menghantar 10 ekor ke atas, 1-2 ekor akan ditaja oleh Dana KTAJ.
  • Pastikan kucing yang hendak dimandulkan itu berumur lebih kurang 6 bulan ke atas dan berat badan melebihi 2kg, dan kurang dari 4.5kg.
  • Bayaran dibuat terus ke klinik yang memandulkan.
  • Semua kucing yang hendak dimandulkan perlu di puasakan selama 8-10 jam sebelum pembedahan untuk mengelakkan komplikasi ketika dan selepas pembedahan.
  • Semua kucing perlu dibawa pulang selepas pembedahan kerana tiada khidmat 'boarding' disediakan.

Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥




4 comments:

  1. Meow-meow, kami dah sampai... mama kami kirim salam n tahniah utk semua

    ReplyDelete
  2. Comelnyer..... Tapi sekarang dah tak boleh bela. Ada baby dan entah kenapa, dah alergik bau kucing nye poop.... Mesti sesak nafas ngan asma... Aishhh... Rindu nak kena gigit ngan meow2 cam masa bujang. Uuuuu.....

    ReplyDelete
  3. is this program still available?

    ReplyDelete