Saturday, March 26, 2011

Cats Speutering Day

Kami sedih kitties dan puppies terbiar bergelandangan. Ibu disimpan, anak² dibuang. Ada ibu yang dibuang bersama anak²nya yg baru lahir. Jadik mangsa anjing liar. Ada yang dilanggar dan dilenyek kereta. Ada yang dipukul dan dianiaya oleh makhluk yg bernama manusia. Ada yang mati kelaparan dan kesejukan. Isu ini takkan habis, takkan ada penyudahnya.

Tatau nak marahkan sape. Ibu haiwan yang melahirkan kah? Kereta yang melanggar kah? Orang yang menganiaya kah? Sapekah puncanya?

Kalo sayangkan haiwan peliharaan kamu, tolonglah bertanggung jawab. Tak sanggup dah kami tgk haiwan² di aniaya dan dibuang begitu sahaja. Cukup lah kes macam Apple tu. Cukup la anak² kucing dibiar bergelandangan. Cukup lah! Cukup lah!

Mungkin org yang membuang dan membiarkan kucing² mereka terbiar tu tatau betapa seriusnya akibat daripada perbuatan mereka tu. Tgk saja di page Kucing Jalanan dan Anjing Terbiar di FB. Semuanya haiwan terbiar yang dikutip dan dijaga oleh orang² yg masih kenal erti kasihan pada haiwan. Tengok saja di blog Cik Tedi berapa banyak anak² kucing yang ditemui berkeliaran. Tgk saya di blog Mama SS berapa banyak kucing yang tak berjaya di-rehome, anak² kucing yang masih belum bukak mata dibuang tak ber-ibu.

Itu baru kucing. Belum tgk anjing lagi... Tgk aje dalam page Malaysian Dogs Deserve Better. Betapa banyaknya kes dogs and puppies yang didera.

Kami dah tak sanggup tengok! Tengok tanpa berbuat apa²?!!

Tolong la mandulkan haiwan peliharaan kamu. Tolong la jangan menyumbang lagi populasi haiwan terbiar dan haiwan jalanan.

Kos pemandulan mahal? Kamu tak mampu? Kami sanggup bantu. Bantu yg bagaimana?

Nah. Program ni dipanggil Cats Speutering Day.




Jangan cari perkataan
'speutering' dalam kamus. Memang tak jumpa. Speutering adalah gabungan 'spay' + 'neuter'. Saja pilih perkataan tu supaya jadi trademark event ni :)

Cats Speutering Day Batch #1 dah selamat berlangsung pada 6 Mac lalu dengan kerjasama dari Dr Nurul dan Dr Joe dari Honey Vet Clinic. Sebanyak 9 ekor kucing jantan + 9 ekor kucing betina berjaya dimandulkan dalam batch ni. Walopun ada 2 kes pregnancy, 1 kes liver problem dan 1 kes ketumbuhan, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua dah pun pulih 100% skang ni :)




Cats Speutering Day Batch #2 pula akan berlangsung tak lama lagi. 24 ekor kucing telahpun mendaftar untuk event tersebut. Lokasinya di Honey Vet Clinic jugak. Kami suka Honey Vet Clinic. Kalo ada vet lain yang berminat untuk aktiviti sebegini, bagitau lah! Bole la kami anjurkans etiap bulan! Hehe.. sukeee.... :D




Sesiapa yang berminat nak join Cats Speutering Day Batch #3, InsyAllah sikit masa lagi kami akan usahakan. Skang ni pun dah ada lebih kurang 10 kucing dewasa yang booking tempat untuk Batch #3. Akan kami segerakan. Sebarang pertanyaan berkenaan Cats Speutering Day ni boleh tinggalkan dalam ruangan komen. Terima kasih :)

P/S : Kami tak amek apa² bayaran/keuntungan untuk program ni. Semua bayaran perlulah dibayar terus kepada vet/klinik tempat program ini dijalankan sejurus selepas selesai pembedahan.

Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥



5 comments:

  1. macam mane nak join cats speutering nie? honey vet clinic tu dekat mane?

    ReplyDelete
  2. Hi Josyu,

    Speutering Day ni hanya diadakan pada hari tertentu. Untuk menyertai program ni perlulah mendaftar bila kami buka untuk pendaftaran.

    Pendaftaran untuk Batch #2 dah tutup. So kena tunggu Batch #3, tapi batch #3 akan diadakan di klinik lain pula, bukan di Honey Vet Clinic. Kena selalu folo our FB page atau blog ni. Bila pendaftaran dibuka, kami akan war² kan dalam blog dan FB page ye.

    ReplyDelete
  3. Ada plan nak buat kat Penang tak? Hopefully very soon.
    Saya ada 1 mommy (Tomot), 2 betina & 1 jantan (4 bln, anak tomot) dan 1 jantan 10 bln, anak tomot jugak.
    lately Tomot marah anak2 datang dekat (nak menyusu). Saya takut Tomot buat hal lagi...

    ReplyDelete
  4. Yusoff,
    Di Penang boleh buat di Jabatan Veterinar di Bukit Minyak (dekat kilang Guppy). RM45 kucing jantan dan RM80 untuk kucing betina.

    ReplyDelete
  5. sy ada contact vet yg kat bukit minyak tuh~
    dah calling2 dia nk buat appointment utk my cats.

    ReplyDelete