Wednesday, March 30, 2011

Oja

OJA - nama yang di pilih oleh kawan² di page Kucing Terbiar Anjing Jalanan sempena tempat dia ditemui, KOLEJ SEROJA UITM Shah Alam pada hari Ahda, 27 Mac lepas. Keadaan kucing ini menarik perhatian ARd KuYg dan seterusnya meng-upload gambar kucing ni di page KTAJ di FB.



Ada bonjolan lembut di bahagian kanan muka kucing ini. Abscess! ARd meminta bantuan pengangkutan kerana beliau seorang student dan takde pengangkutan untuk bawak kucing ni ke klinik haiwan.



Photo kredit to ARd KuYg


Photo kredit to ARd KuYg


Tak sampai beberapa jam lepas ARd upload gambar² kucing itu, tiba² benjolan tu pecah dan membuak-buak nanah bercampur darah keluar dari bahagian yang pecah tu. Panik hokay!!


Photo kredit to Cik Keen


Macam biasa, admin Supergirl KTAJ, Cik Keen terus memecut kereta ke UITM untuk bawak kucing tu ke klinik. Tapi sebab hari tu hari Ahad, kebanyakkannya tutup. Kalo ada yang bukak pada hari Ahad pun, kebanyakannya tutup awal. Berlegar² la Cik Keen kat kawasan Shah Alam dan kawasan² sekitarnya. Kesian Oja. Kesian Cik Keen juga..

Nasib tak menyebelahi Oja sbb tak jumpa satu klinik pun yang bukak ketika itu. So, Cik Keen bawak Oja pulang ke rumah dulu. Dapatlah Oja berkenalan dengan kucing² gangster di rumah Cik Keen. Ewah!!

Esoknya Cik Keen bawak Oja ke Subang Pets Paradise.. Vet bius, shave, korek dan letak ubat pada bahagian abscess yang dah pecah tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selain tu, Oja siap di grooming supaya cantik. Telinga dibersihkan dan kuku pun di trim. Sempat sesi pedi-medi ko ye Oja.



Photo kredit to Cik Keen


Menurut vet, ada 3 abscess akibat bergaduh. Wah, betina pun gangster ko ye Oja! Oja kena duduk dalam cage selama 10 hari di rumah Cik Keen untuk pantauan, makan ubat dan ubat sapu untuk luka tu. Kos rawatan Oja ialah RM150, menggunakan baki Medical Fund yg dikumpul untuk Maget sebelum ini.



Lepas 10 hari nanti Oja akan dibawa untuk follow-up treatment. Dia juga akan dimandulkan dan divaksinkan skali seperti kucing² yang KTAJ rescue sebelum ini. InsyAllah.

Terima kasih pada yang menderma untuk Flubby dan Maget sebelum ini. Baki Medical Fund untuk Flubby dan Maget la membantu merawat Oja.

Wilebiu! ♥ ♥ ♥ ♥



3 comments:

  1. yeayy untuk OJA!
    yeay jugak untuk cik keen & admin KTAJ yang lain!!
    :)

    ReplyDelete