Ini Flubby.
Gambar ibu kucing dengan perut memboyot cecah ke jalanraya dan senget ke sebelah dari blog Jiha di Facebook pada 9 Mac 2011 ni betol² menarik perhatian admin KTAJ. Jiha suspek ibu kucing tu mengandung dan anak²nya mati dalam kandungan sbb besar lain macam dan macam dah lama sangat dia bawak perutnya tu. Jiha nak sangat tolong ibu kucing tu. Tapi dengan kereta kena curi dan cuma bergerak dengan motorsikal bersama suami, agak sukar untuk Jiha hantar kucing ni ke vet berdekatan. Nak bawak balik ke rumah, kucing² dirumah pun dah terlalu banyak untuk dijaga. Itu tak campur dengan kos rawatan untuk merawat si ibu kucing. Jiha buntu. Terus salah seorang admin KTAJ publish di page KTAJ agar ada yang dapat membantu apa yg patut.
Kami publish pasal ibu kucing ni di hampir semua page komuniti pencinta haiwan Malaysia yg kami jumpa di FB.
Hasilnya, ia menemukan kami dengan 2 cik adik manis yang sudi membantu untuk antakan ibu kucing ni ke vet, Cik Lola dan Mawar.
Esoknya 10 Mac 2011, Bergegas la Cik Lola pecut ke Pandan Indah untuk menemui Jiha dan mengambil ibu kucing tu untuk di bawa kepada Dr Nurul dari Honey Vet Clinic di Seksyen 3, Bangi. Sebelum itu, kami sudahpun memaklumkan tentang ibu kucing ni pada Dr Nurul dan beliau sudi menerima kes ibu kucing ni untuk dirawat.
Thanks Doc!
Terima kasih Cik Lola kerana sudi offer utk anta ibu kucing ni.
Terima kasih Mawar kerana sudi membantu Cik Lola.
Serentak itu, kami turun mengadakan derma kilat untuk ibu kucing ni di page kami.
Alhamdulillah bantuan untuk ibu kucing ni datang mencurah-curah. Jumlah kutipan untuk Flubby pada hari itu sahaja ialah RM590. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki kalian agar kalian dapat terus membantu insan/mahkluk lain yg memerlukan. Amin...
Sampai di Honey Vet Clinic, Dr Nurul buat pemeriksaan fizikal. Ibu kucing yg baik ni sangat memberikan kerjasama. Maybe sbb dia pun tahu kami cuma mahu membantu, bukan mau mengapa-apakan kamu. Gambar² ketika physical check up di Honey Vet Clinic ada dalam blog Mawar ni. Thanks for the great photos, Mawar.
Nampak tak perutnya yang boyot, besar dan londeh tu? Nampak tak? Dari physical examination, Dr Nurul suspek ibu kucing ni pregnant. Tapi hanya dapat disahkan lepas Xray.
Lepas di Xray pada 13 Mac, memang sahlah ibu kucing tu pregnant. Tapi ada satu lagi masalah.. Ibu kucing tu sebenarnya ada hernia. 2 daripada kittens yg dikandungnya duduk luar dari posisi sepatutnya. Sebab tu la perutnya besar lain macam dan melendut. Anak2nya jugak tak aktif seperti kandungan normal. Pembedahan perlu di jalankan untuk memperbaiki hernianya. Tapi pembedahan tak leh dijalankan awal. Bimbang akan dijangkiti apa² virus. Jadi kena tunggu sampai ibu kucing ni dekat² tempoh nak beranak sbb ibu kucing ni tak boleh deliver secara normal.
Oh ya, setelah di timbang-tara, kami sepakat nak menamakan ibu kucing tu sebagai FLUBBY (fat+chubby). Lepas admitted nanti, kami mau kamu sihat, fat and chubby, ya Flubby?
Kami sangat gembira bila Dr Nurul bgtau yang kami cuma perlu menanggung kos pembedahan dan rawatan sahaja. Kos boarding dan makan minum Flubby sepanjang di Honey Vet Clinic adalah PERCUMA. Alhamdulillah! Terima kasih Dr Nurul dan Dr Joe!!
Gambar Xray ni diambil oleh Kak Mira Ahmad ketika kak Mira ke Honey Vet Clinic untuk membuka jahitan si comelnya yg di mandulkan pada Speutering Day Batch#1 lepas. Thanks kak Mira!
Ini pulak gambar yg di ambil oleh Mawar ketika datang ke Honey Vet Clinic pada 16 Mac 2011 juga untuk buka jahitan kucingnya yg dimandulkan. Kebetulan Dr Joe, suami Dr Nurul sedang menjalankan pembedahan ke atas Flubby. Meskipun hernia Flubby agak teruk, tapi pembedahan untuk membetulkan hernia dan memandulkannya yg memakan masa selama 3 jam tu akhirnya berjaya diselesaikan. Tapi malangnya, 3 baby kitties dalam kandungan Flubby tak dapat diselamatkan :(
Takpelah Flubby asalkan kamu selamat dan sihat. Kalo tak sihat, macam mana kamu mau menjaga anak² kamu jika mereka survived?
Skang ni Flubby masih dalam pantauan dan semakin sihat. Sikit hari lagi dah boleh diambil dan dijaga oleh papa/mama barunya :) *Sukeeeeee* (^____^)
Sangat gembira dapat membantu menyelamatkan Flubby yg dulunya kucing terbiar yg meminta belas ikhsan org di medan selera di Pandan Indah.
Sangat gembira bila animal lovers saling membantu satu sama lain. Terasa begitu terharu! Terima kasih sahabat²!
Welebiu!! ♥ ♥ ♥ ♥
terharu membacanya...alhamdulillah ada yg prihatin..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Flubby selamat... semoga
ReplyDeletecepat sembuh... We all love you, Flubby...
Alhamdulillah... Sgt terharu dengan usaha semua korang.
ReplyDeleteAda sorang nice lady stepped into honey vet n derma RM185 untuk Flubby di klinik. Tapi beliau minta identitinya dirahsiakan. Siapa pun beliau, kami mengucapkan terima kasih yg tak terhingga untuk beliau. Semoga Allah murahkan rezeki beliau untuk terus membantu haiwan jalanan.
ReplyDelete