Pada 19 Mac lalu, 10 hari selepas kami rescue Flubby tetiba kami dikejutkan dengan gambar ini dari seorang teman. OUCHH!!!!!
Ibu kucing ini adalah kucing milik jiran teman kami, iaitu Cikgu F. Setiap kali pulang dari mana², Cikgu F akan amek kibbles dan bagi makan pada ibu kucing malang ini dengan anak²nya yang 3 ekor.
Ini bukan kucing terbiar. Ibu kucing yang diberi nama MAGET oleh tuannya ini adalah kucing milik jiran Cikgu F. Tapi tgk aje la badannya yang kurus, bulunya yang comot dan tak terurus. Nampak seperti takde bezanya Maget dengan kucing² terbiar yg lain. Nasib baik la ada jiran yang baik hati dan sayangkan haiwan seperti Cikgu F. Takde la Maget dan anak²nya berlapar.
Actually, beberapa hari sebelum Cikgu F temui Maget dalam keadaan begini, Cikgu F ada tanya pendapat admin KTAJ, Cik Keen sama ada patut tak dia cat-nap aje Maget dan anak²nya ni untuk di-rehome. Tuan asal Maget tak pernah pedulikan tentang Maget dan anak²nya. Bila dah jadi macam ni, maka bersebablah kami cat-nap Maget dengan anak² sekali.
Alaaa.. tuan Maget bukannya kesah. Tak macam kita yang berminggu-minggu meraung tadah air mata bila kehilangan si comel kita.
Kebetulan pulak Cikgu F baru jek pulang dari vet merawat kucing milik keluarganya yg sakit. Jadi sementara tunggu KTAJ launch derma kilat untuk Maget, kami dahulukan kos rawatan Maget menggunakan dana perubatan Flubby yang kami simpan hasil derma kawan² di KTAJ.
Flubby masih di Honey Vet Clinic dalam jagaan Dr Nurul. Kos rawatan Flubby masih belum diketahui buat masa ni. Jadi kami gunakan sebahagian kecil dana perubatan Flubby untuk merawat Maget. Alhamdulillah.
Pagi esoknya bergegaslah Cikgu F bawak Maget ke Klinik Haiwan PD.
Menurut Vet, melihat kepada luka di belakang Maget. Kemungkinan besar Maget di gigit anjing liar. Kasihannya kamu...
Setelah luka belakang badan Maget dibersihkan dan cantum, Maget turun dimandulkan. Vet yang baik hati ini juga telah me-nyahcacing dan me-nyahkutu si Maget ni sekali. Terbaik ah!
Ini lah luka pada belakang Maget selepas pembedahan. Gambar di bawah pula ialah bukti Maget telah pun di kasikan. Hehe :D
Cuba teka berapa kos rawatan untuk Maget? Vet baik hati yg suka membantu haiwan terbiar dan jalanan ini melakukan kesemua pembedahan tersebut pada harga RM140 sahaja! Thank u doc!!! Muahsss! ♥
Nanti Cikgu F akan bawa Maget ke klinik itu semula untuk di vaksin. Thanks Cikgu F yang baik hati! ♥
Anak² Maget yang 3 ekor tu telah berjaya di cat-nap oleh Cikgu F berbantukan admin kami *tooooott*. SUka menkidnap ko ye. Dengan bantuan wonderpet kami Cik Tedi juga, ketiga-tiganya telah pun mendapat keluarga baru. Alhamdulillah...
Ini gambar terbaru Maget bersama Teteh, kucing keluarga Cikgu F. Sweet ah!
Terima kasih kepada semua yang menderma untuk Maget. Jumlah dana perubatan untuk Maget ialah RM349. Baki dana perubatan Maget selepas di vaksin nanti akan digunakan untuk membantu kucing terbiar yang lain. Alhamdulillah...
Terima kasih semua. Terima kasih...
Welebiu guys! ♥ ♥ ♥ ♥
Help me.. 😔
ReplyDelete