Friday, March 25, 2011
Si Comel Apple
Begini lah keadaan Apple masa admin kami di Penang menemuinya pada 16Feb lalu. Dua hari sebelum dia berkeadaan terbaring begini, dia dilihat berlari lari dan bermain di koridor apartment dengan beberapa org kanak² dan sekor lagi adik beradiknya. Sekor berwarna hitam dengan ada marking putih pada kaki dan belakang leher. Sekor lagi hitam legam berkilat.
Kanak².. apalah yg mereka tau selain dari pi kutip puppy dan kitten untuk di buat main, kemudian di tinggalkan di koridor. Jiran tetangga mulalah komplen dan buat repot pada apartment management.
Pagi esoknya, brader yg keje di opis management naik ke rumah mak budak² dan maki hamun dengan kata² kesat sbb biarkan anak²nya kutip puppy 2 ekor tu dari kampung sebelah masuk ke dalam kawasan apartment. Dia yg ketika tu datang dengan aci tukang sapu koridor mengugut nak campak puppy² tu dari tingkat 5 (rumah budak² tu). Mak budak² tu menjelaskan yg anaknya kesian melihat puppy² tu berdekatan dengan gate besar apartment. Risau puppy² tu dilanggar kereta, maka budak² tu pun letakkan puppy tu di koridor rumah mereka di tingkat 5 tu. Niat mereka cuma kasihankan puppy² sekecil itu dibiarkan bergelandangan.
Sudahnya, brader management tu angkut puppy 2 ekor tu dan campak ke sungai kecik bersebelahan dengan apartment tu. Mak budak² tu pulak perlu bergegas ke tempat keje pagi tu. Tak dapat lah dia nak tgk kat mana brader tu campakkan puppy² tu.. setakat mendengar cerita dari kanak² lain.
(gambar tempat puppy² ini dicampak dan dibuang will be uploaded soon)
Esoknya, puppy yg ada marking putih pada kaki dan belakang leher tu ditemui dalam keadaan terbaring di tepi kawasan parking apartment tersebut oleh Mr Am. Asalnya disangkakan kucing. Hanya terdengar suara nyaringnya menjerit². Bila didekati, puppy rupanya. Sangat kasihan. Punggungnya disumbatkan ke dalam botol air 1.5L yg dah dipotong di bahagian bontot botol tu. Kakinya terlipat. Camne la dia tak meraung. Camne la dia nak bergerak dalam keadaan macam tu. Nauzubillah. Maaflah kami takde foto Apple dalam keadaan camtu. Mr Am cepat² tarik si puppy keluar dari botol tu, balut dengan kain buruk dan terus fon admin kami di penang, Cik Nerq supaya datang bawak kotak untuk puppy tu.
Sedihnya hati tengok keadaan puppy ni. Badannya penuh keruping, kurap dan berpuluh² kutu berlari atas badannya. Bau toksah ceritalah. Kalo pegang tanpa sarung tangan, bau yg lekat pada kulit susah nak hilang walo di cuci dengan sabun 2-3kali. Di kaki kirinya ada kesan seperti dikelar-kelar. Oh kasihannya kamu :(
Terus bawak ke vet. Sampai di klinik, vet boleh cakap, "Erghh.. pegang also geli, how to treat her like that?" Hmm.. takpe lah doktor. Bg aje ubat untuk dibawa pulang :(
Pulang dari vet... mana nak letak si puppy ni? Cik Nerq tinggal di apartment. Dalam rumah pun dah ada 12 bunnies dan 3 kitties. Nak kuarantinkan di mana? Kebetulan apartment depan rumah Cik Nerq tu kosong. Panjat masuk ikut pantry untuk bukak pintu rumah tu. Rumah pun takde pintu balcony. Tingkap pun takde. Duduk tepi laut, bila malam atau masa berangin, memang sejuk sampai ke tulang. Kesian puppy terpaksa ditinggalkan di situ. Disuap makan 2-3 kali sehari. Bila malam, terpaksa nyalakan lilin sebatang supaya puppy tak bergelap. Tapi sbb takde tingkap, angin bertiup memadamkan api lilin. Dari dalam rumah, boleh dengar puppy tu meraung bila tengah malam. "Habis la kalo management tau! Kena buat sesuatu!"
Malam tu jugak publish kat wall mana² animal community page yg ditemui di FB termasuk SPCA dan Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB)
Dan malam tu jugak, MDDB hubungi semula dan mintak agar puppy tu dihantar kepada mereka di KL untuk rawatan di panel mereka dan akan ditempatkan di Adoption Drive bila sembuh nanti. Kebetulan lagi seminggu admin kami akan ke KL. Buat sementara waktu kena cari tempat yg selamat untuk puppy tu. Malam tu jugak dapat personal message dan sms dari Papa Meow lepas Papa nampak foto² si puppy, "Kalo takde yg sudi mengambilnya, anta kan saja puppy tu kat Papa," Terima kasih Papa.. Tapi Papa jugak dah banyak sangat si comel yg perlu dirawat.
Esoknya, call SPCA Sbrg Perai nak mintak tumpang seminggu di sana, "Sori kami takde kekosongan. Dalam perancangan mau beli sebidang tanah nak buat shelter. Nanti siap boleh letak 150 anjing dan kucing di sini. Kami takde staf to nurse sick animal. Kalopun kami ada kekosongan, i guarantee yg puppy tu takkan survive lama," What? Ok takpe...
Call SPCA Penang pulak.. "Anta jek puppy tu ke sini. Kami tau la apa nak buat," Oh ok.. camtu leh anta ke SPCA Penang petang nanti. Tapi dapat komen dari beberapa org di wall MDDB supaya jangan anta ke SPCA. Erkk!! Apa kes??! Nah baca sendiri. Klik je kat printscreen bawah ni.
Alamak.. nampaknya kena perjudikan nasib puppy tu dalam rumah kosong tu. Tetiba, ada message ni dari MDDB!
There's a hope! Terus call Mr Chuah.
Sembang punya sembang, Mr Chuah setuju tumpangkan puppy ni di cawangan kedai hardwarenya di Butterworth. Mula² tu ragu² jugak sbb tak kenal (maka tak cinta?). Tapi Mr Chuah dan pasangannya Fen Ying nampak bersungguh, menyatakan hasrat nak jaga puppy ni seumur hidup, bawak ke vet, mandikan dan namakan puppy ni sebagai Apple.
Sooooo kiut la your name, Apple!! :D
Nah, ni semua gambar² Apple sepanjang di dalam rawatan dan jagaan pasangan tersebut. Ini foto hari ke-2 (19 Feb) di dalam jagaan Mr Chuah & Fen Ying.
Foto hari ke-5 (22 Feb)
Foto hari ke-6 (23 Feb)
Foto hari ke-16 (5 Mac)
Foto hari ke-21 (10 Mac)
Foto hari ke-23 (12 Mac)
Miracle, bukan? Apple bertukar jadik puppy yg sangat comel hanya dalam 2-3 minggu. Kami sangat terharu! Dan ini adalah gambar yg paling terbaru. Terima kasih kepada Fen Ying sbb sudi tag kan gambar ini untuk tatapan semua... Apple tilo pun muka ala senyiummmm *slang apek².. hehe*
Wilebiu Apple! ♥ ♥ ♥ ♥
Labels:
Anjing Jalanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i baru tau yg apple was found with her legs in the bottle..
ReplyDeletesad! very sad.. :'(
what kind of human being can act so cruel like that..
thak God mr.am found him..
thank God Mr. Chuah let apple be part of his family..
:)
may all of the people who helped apple be blessed always
Yup Bella. Sangat kasihan. Punggung dan ekor disumbat ke dalam botol. Kaki belakang melunjur dibawah dada. Letak dalam kotak pun Apple takkan bergerak. Kalo perlu bergerak, dia mengesot dengan kaki depan. Kaki depan pulak injured, bengkak dan bernanah.
ReplyDeleteTak kira tak org dewasa atau kanak², sape yg buat camni memang bukan manusia :(
touched by the story....
ReplyDeletetruskan usaha korg~
murni gler...
Good to know there are still many good samaritans out there.
ReplyDeletemanusia sgt kejam...
ReplyDeleteapple adlah mangsanya....
tp ade juga manusia yng berhati perut...
tahu yg haiwan ini juga layak hidup kat dunia nie
kejam betul la sapa buat apple mcm tu....benci la bila baca kes2 mcm ni...
ReplyDeletealhamdulillah apple ditemukan dgn insan mulia...skrg dh sihat dan gemuk pun..
p/s: cuma deqdeq tertanya2 mana lg sekor puppy tu...kn mula2 ada 2 ekor
Deqdeq, maybe dah terkorban. Sbb time tu puppy 2 ekor ni kecik jek macam saiz anak kucing :(
ReplyDeleteya Allah sedihnya baca kisah Apple nih..
ReplyDeletesetiap buruk baik perbuatan tu ada balasannya dan Allah itu Maha Adil
smoga Apple sentiasa sihat dan gembira selalu :)
Alhamdulillah, Apple now with good people. God bless
ReplyDeleteterharunya dgn crita ni...manusia mmg tersgt kejam..patot bnuh ja semua manusia yg kejam ni...tak kira la bdk2 ke org dewasa.....
ReplyDeletewahh..tak sangka apple boleh jadi secute tu.. god bless you all..
ReplyDelete