Tuesday, March 29, 2011

Oh Luna! :(

Ketika jengah² page SPCA dan NGO lain di Facebook, terjumpa gambar ini di page ni :


Gambar dari Facebook


Oh kenapa? Oh kenapa dengan anjing itu? Sakit kah? Injured kah?

Bukan. Anjing jalanan ini di-'raped'

KTAJ, apa itu 'raped'?

Tak sanggup nak jawab. Mari bukak kamus. Cari perkataan 'raped'. Layakkan perkataan itu digunakan ke atas haiwan? :(



Gambar dari Facebook


Ini Luna. Dia di-'raped'. Tulang-temulang badannya patah dikerjakan syaitan durjana itu.

Cukup ini saja yang mampu kami tulis di sini. Tak sanggup teruskan. Sila baca sendiri kisah Luna di sini.

Luna bukan anjing jalanan di Malaysia. Tapi kisah anjing jalanan seperti Luna bukan sesuai sesuatu yang luar biasa kerana kes seperti ini juga pernah berlaku di Malaysia. Cuma tak dapat liputan media. Haiwan² di Malaysia baik jalanan atau bertuan, sama saja. Jika dianiaya tak dapat pembelaan. Tak percaya? Singgah blog Malaysian Dogs Deserve Better. Lihat sendiri berapa banyak kes penganiayaan terhadap makhluk yang bergelar 'man's bestfriend' ini.

Terbela kah?


Tolong la hentikan semua ini. Kami dah tak sanggup melihat wajah² haiwan yang teraniaya tanpa belaan.


MANDULKAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA.

HENTIKAN POPULASI HAIWAN TERBIAR DI JALANAN

SAYANGILAH HAIWAN. HAIWAN JUGAK MAKHLUK TUHAN SEPERTI KITA.

LAPORKAN PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN KEPADA PIHAK BERWAJIB. HADAPKAN SI PELAKU KE MUKA PENGADILAN.





3 comments:

  1. Rasa nak muntah, rasa nak..ee tak tahu nak cakap apa.. rendahnya mertabat manusia..

    ReplyDelete
  2. siannya Luna.. :'(
    manusia ke, setan yg buat ni. hurmm..

    ReplyDelete
  3. kurng didikn agma..or mngkin xda ddikn agma lngsung..mak dia buang masa kecik sbb ank hrm + terencat....patot mati awl2 mnusia cam ni....

    ReplyDelete