"Cik Wonderpet, ada kucing jalanan di temui di kawasan sekian sekian sekian.. Sekian terima kasih, "
Erkkks!
Mentang² la musim hujan. Kami turut dihujani dengan sms/call/personal message yang meminta akan kami terbang ke tempat yg dimaksudkan untuk misi menyelamat. Perlu DITEGASKAN bahawa kami bukan badan NGO tidak rasmi. Kami takde shelter home. Kami takde sponsorship. Kami cuma sekumpulan rakan² animal lover yang cuba membantu rakan² animal lover yg lain dalam bentuk bantuan yg kami mampu. Jangan la expect kami boleh ke sana-sini sesuka hati. Jadual kami juga terbatas dengan tanggungjawab dan rutin harian kami.
Jika korang berniat untuk membantu mana² haiwan jalanan yg korang jumpa, tolong la BE RESPONSIBLE terhadap haiwan tersebut. Jangan la setakat kutip mana² haiwan jalanan, then LEPAS TANGAN pada KTAJ. Boleh mati terduduk kami di buatnya. Fahamilah keadaan kami ye kawan².
Setelah berbincang sesama admin, KTAJ kini terpaksa meletakkan beberapa syarat dan peraturan agar semua animal lovers lebih responsible :
1) Kamu rescue, kami bantu apa yg mampu.
Jika perlukan transportation untuk ke vet, kami akan shout di wall KTAJ di Facebook jika ada volunteer yang sudi membantu.
2) Mulai 1 April 2011, kami hanya akan buat derma kilat bg kes² kecederaan/kemalangan/penyakit yang bil perubatannya melebihi RM200. Rawatan tersebut hendaklah di buat di klinik² kerajaan atau beberapa klinik swasta yang kami pilih.
Owner/rescuer perlu membayar sejumlah deposit seperti yg dipersetujui/dinyatakan oleh panel vet kami. Bil yang selebihnya akan diserahkan kepada KTAJ. Deposit adalah WAJIB! COMPULSORY! A MUST!
Bil yang kurang dari RM200, perlu ditanggung sendiri oleh individu tersebut. Dalam kes² tertentu, KTAJ akan mengeluarkan Medical Fund (lebihan daripada derma untuk kes² sebelumnya) untuk membayar separuh daripada kes yang kos rawatannya tak mencecah RM200.
Our fund is running low. Kami takleh selalu meminta-minta derma. Takkan la sikit² kami nak mintak derma. Nanti apa orang kata, kan?
3) Jika mau letak adoption, pastikan kucing dalam keadaan sihat kecuali sudah dipersetujui oleh adopter. Emailkan gambar dan sedikit butiran berkenaan kucing tersebut. Kami akan cuba spread the words di sana sini (di blog² dan page komuniti haiwan yg lain).
Bersikap adil la dengan adopter. Sebelum bg org for adoption, pastikan haiwan di -deworm, de-fleas, sudah di vaksin. Jika kucing dewasa, pastikan sudah dimandulkan sebelum put for adoption.
Kami tanak terima rungutan dari adopter yang terpaksa keluar bil perubatan yang tinggi bila kucing yang mereka adopt tu ada masalah kesihatan dan sebagainya.
Jangan lupa mandulkan kucing dewasa korang. Jangan dah terberanak berlambak tak terjaga, baru cari kami untuk adoption. Awal² sudah kami pesan - MANDULKAN HAIWAN PELIHARAAN KORANG.
Maaflah kerana kami terpaksa menulis begini. Bukan niat nak menyinggung sape². Tapi kami tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Jadi kami harap agar semua dapat sama² bekerjasama.
Apa yang penting? K E R J A S A M A!
Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥
Saya sokonG!
ReplyDeletekami wonderpets yang meseekinnn!
setuju sgt dgn syarat2 tu..
ReplyDeletewalau camana pon tahniah dan syabas kepada pihak KTAJ di atas usaha utk membantu kucing dan anjing terbiar selama ini :)
saya setuju dan sokong sepenuhnya. tahniah atas segala usaha yang telah dilakukan. semoga semakin terjaga kucing2 terbiar dijalanan..
ReplyDeletesalam if saya nak derma...apa no akaun dier yer....walaupun x bawa haiwan tersebut..just nak amil sedikit berkat dari usaha2..bantu makhluk tuhan nie
ReplyDeleteHelo Wan, no akaun tak dapat disebarkan secara public. Sekiranya ingin menderma, boleh menghubungi mana² admin kami, atau emelkan ke nicoty_yne at yahoo dot com :) Thanks!
ReplyDelete