Sunday, March 27, 2011

KTAJ Food Fund - Untuk FFF

Yup! Bulan ni kami sedang melancarkan derma (banyak betol derma yg ko mintak ye KTAJ) untuk membeli makanan dan didermakan (perkataan derma lagi. Bape banyak derma daaa..) kepada Furry Friends Farm atau di kenali sebagai FFF. Kepada sesiapa yg tidak kenal apa itu, atau siapa itu FFF, sila klik pada gambar di bawah ini untuk ke website mereka.



Sehingga hari ni, Sabrina Yeap pengasas FFF telah menerima sebanyak 200+ anjing dan sejumlah kucing di FFF. Sesiapa yang berminat untuk membantu Sabrina Yeap dalam bentuk sukarela membersihkan kawasan FFF, membiayai perubatan atau makanan haiwan² di FFF, boleh la menghubungi beliau di alamat yang tertera di website tu, atau boleh shout out di Furry Friends Farm via Facebook.

Baru² ni jugak wakil FFF meminta sumbangan dalam bentuk makanan. Bayanglah 200 ekor anjing dan tak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar kucing² memenuhi kat farm tu. Entah berapa banyak peruntukan yg diperlukan untuk makanan mereka dalam sebulan. Kasihan.. :(

Dengan kerjasama geng² Animals Lover And Adventures Team (ALAT) beberapa org wakil akan ke sana pada 10 April 2011 ni untuk menghantar sumbangan. Tapi sumbangan yang kami terima buat masa ni masih sangat tidak menggalakkan. Sesiapa yg ingin menderma, boleh lah menderma dalam bentuk beras hancur, telur dan kibbles. Kibbles murah yang dah nak sampai tempoh expired pun diterima. Sumbangan berbentuk wang untuk kongsi beli beras hancur dan telur pun sangat digalakkan sbb kami dah survey tempat nak dapatkan supplies murah.

Harga paling murah yang kami berjaya dapatkan :
  • Beras hancur 50kg seguni - RM 75
  • Telur (retak sikit tapi masih elok), saiz standard - RM0.18 sebiji
  • Dog kibbles murah cap ayam 20 kilo seguni RM90.
  • Cat kibbles murah cap ayam jugak 22 kilo RM 90.
Kalo korang derma sorang RM1 = 600g beras / 200g kibbles / 5 biji telur. Banyak gak tu!

Untuk salurkan derma korang kepada KTAJ FOOD FUND, boleh hubungi admin kami Mama SS dan Cik Tedi di Facebook, atau boleh emelkan ke nicoty_yne [at] yahoo [dot] com untuk sebarang pertanyaan.

FFF sendiri ada menyediakan Sponsorship Program RM1 sehari. Sesiapa yg berminat, boleh la menghubungi mereka untuk membantu mana² yg termampu. Takde paksaan.





Sekali lagi ditegaskan di sini TAKDE PAKSAAN untuk menderma dan bersedekah.

"Dah tau tak mampu, apsal dia kutip banyak²? Lepas tu mintak belas ikhsan dan sedekah dari orang ramai?" Ehhhh... macam biasa nampak komen² tak matang begini. Engkau tanak tolong, engkau duduk sana diam². Ramai lagi yang mau membantu dan bersedekah. InsyAllah...

Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥

7 comments:

  1. kagum dgn org macam Sabrina...teringin nak buat mcm dia tp tak mampu, dpt membantu tak banyak sikit pon jadilah kan :)

    ReplyDelete
  2. Yup yup.. Kalo kita teringin nak bukak shelter, sebelum bukak tu, kita rasa dulu duduk dalam farm Sabrina selama seminggu. Kami tak rasa kami mampu. (T__T)

    ReplyDelete
  3. hahaha sape yg sengal komen cam org terencat akal tu? hahaha ari2 makan lipas goreng ke ape? hahaha hmm.. insyaAllah.. ada rezeki lebih sy cuba bantu.. huhu insyaAllah.. misti ada rezeki tuk makhluk Allah yg ni kan.. tapi tabik spring la kat dia ni.. leh jg sampai byk tu.. sy yang bela kucen dekat 30 eko ni pun, adoi.. cam semput.. tapi tu la.. Allah tak penah putuskan rezeki tuk meraka

    ReplyDelete
  4. Kak, kalau nak derma tu kena dalam bentuk makanan saje ke? Or derma dari segi duit pun diterima? Saya bukanlah kaya sangat dapat derma beribu - ribu memandangkan saya pun pelajar dan memerlukan duit juga, tapi saya teringin nak derma setakat yang termampu :)

    ReplyDelete
  5. @Hasfarina : wah 30 ekor! Wajib join Speutering Day kami!

    @Arumidasukiermaalyssa (bape punya panjang la nick kamu?) : mari mari derma..! Jangan beban².. derma RM1 pun kami terima dengan rasa gembira sbb dapat membantu lebih banyak haiwan terbiar. Untuk pertanyaan no akaun, boleh emelkan pada kami atau shout saje kat wall kami di FB :D

    ReplyDelete
  6. Sy nak tanya sesuatu, leh ke?

    Actually mcm ni, sy dok kuarters kerajaan. Sy ada beli sekor kucing yg kene dera ngan pet shop dulu. Sy pelihara sampai ada anak 4 ekor, sy kacukkan dengan kucing parsi sy (tapi tak jadi parsi, bulu mcm domestic saja). Lepas 2tahun, ada jiran baru pindah kuarters sebelah. Dia ni benci kucing. Dia pon report sy ke admin block. Dia cakap kucing sy berak merata2 sampai ke rumah dia. Padahal kucing sy dok dalam sangkar, dan toilet trained, dlm pasir kucing. Sampai hati dia buat cerita jahat mcm tu.

    Hari ni sy dapat warning letter. Mereka suruh sy buang kucing2 sy. Sy sangat2 sedih. Sy tak tau nak bagi sapa. Sy tak sanggup nak buang. Boleh ke sy tempatkan di tempat ni? Pls reply urgently sbb sy hanya ad masa sampai hujung bulan ni saja. Sedih amat2.

    Ni email sy - wannurafifa@yahoo.com atau cari sy di FB --> http://facebook.com/anneailing

    Sy nak join program RM1 per day tu. :)

    ReplyDelete
  7. Hi ANWC. Untuk menempatkan kucing anda di FFF ada beberapa syarat yg perlu dipatuhi. Salah satunya ialah memastikan kucing² tu di nyahcacing, di vaksin dan dimandulkan sebelum di hantar ke sana.

    Tapi FYI, kat sana cuma ada sorang yang menjaga 200 ekor anjing + 100 ekor kucing. Sedangkan kita sendiri tak mampu menjaga kucing2 kita, sanggup ke kita nak anta ke sana n biar org tu jaga sorang²? :)

    ReplyDelete