Saturday, July 7, 2012

SNOW Si Kucing Separa Lumpuh (Hidayah/Hayati)

Ingat lagi tak kepada kucing yang lumpuh separa badan yang diselamatkan oleh saudari Hidayah di Batu Pahat? Kisah kucing ini kami siarkan di SINI.

Kami terpanggil untuk bertanya khabar kucing yang diselamatkan ini. Menurut Hidayah, kucing ini telah diserahkan kepada Saudari Hayati. Setelah mendapatkan alamat email Hayati, kami cuba menghubunginya. Ini balasan email yang kami terima dari Hayati beserta gambar terbaru kucing yang diberi nama SNOW ini. 

Hi KTAJ,

Terima kasih kerana sudi bertanya kabar tentang kucing tersebut. Untuk makluman setelah snow diserahkan kepada saya oleh cik Hidayah, saya menjaganya setakat yang termampu. Saya terpaksa mengurung snow didalam cage kerana keadaan kaki belakangnya yang lumpuh dan tidak berupaya menahan pembuangan najis/kencing. Tetapi setiap hari, saya pastikan melepaskan snow bebas di halaman rumah saya (nasib baik saya tinggal dikediaman teres) dan biarkan dia bebas sekurangnya 2 jam sebelum dibawa masuk untuk dimandikan/dicuci.

Terus terang buat masa sekarang saya masih belum mampu untuk membawa snow ke fisio haiwan yang tentunya mahal rawatannya. Yang saya lakukan hanyalah mengurut-urut kaki belakangnya. Kaki belakangnya masih boleh bergerak, cuma dia menggunakan kaki hadapan untuk membawa badannya. Setakat ini snow boleh makan/minum/membuang najis/kencing dengan baik.

Menjaga kucing lumpuh juga sebenarnya memerlukan kesabaran. Saya faham kenapa Hidayah tak mampu untuk menjaga snow dan terpaksa melepaskan kepada sesiapa yg sudi. Saya tergerak hati untuk menjaga snow kerana saya sangat kesian dan faham keadaannya yang mungkin terpaksa mengurung snow didalam cage. Yang saya lakukan sekarang adalah saya letakkan snow didalam cage yang saya alaskan paper, bila2 masa dia poo n pee, saya cepat2 akan tukarkan alas yang baru kerana saya tak sanggup biarkan snow diselubungi najis atau kencing. Cuma kalau saya pergi kerja, terpaksa la snow tahan sabar hingga saya balik untuk menukar alas paper. (Kdg2 bila balik kerja, snow dalam keadaan bersih tapi kadang2 klu makan banyak, maka banyak la beraknya)

Untuk pengetahuan KTAJ juga, saya selalu membaca blog anda. Teruskan usaha KTAJ dalam menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar ini. Saya juga ada membela kucing2 malang yg dikutip ditepi2 jalan dan restoran. (walaupun jumlahnya tidak byk tetapi saya puas dalam menolong haiwan2 comel ini)

Di sini saya sertakan gambar terkini snow. (Anda boleh lihat keadaan kakinya digambar kedua).

Regards, 
Hayati Ghazali.




Daripada gambar yang Hayati sertakan, SNOW nampak bersih dan sihat. 

Dari asalnya ditemui di Batu Pahat, SNOW kini menetap di Kepong bersama Hayati. 

Menurut doktor yang mula-mula merawat SNOW, kucing ini tidak ada tulang yang patah. Di harap dengan kasih sayang, belaian dan perhatian yang diberikan oleh Hayati, SNOW akan kembali berjalan sedikit hari lagi. Sama-sama kita berdoa untuk SNOW. 

Terima kasih kepada Hayati kerana sudi membantu kucing ini.

20 comments:

  1. To Hayati saya kagum dgn awak! Semoga Allah murahkan rezeki semua pencinta haiwan... Semoga Snow boleh berjalan satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. Boleh jugak try kasik minum jeli gamat. Saya beli brand healin; zaniton. Kasik kucing makan sebab kaki belakang dia lumpuh tiba2. Vet cakap cannot be saved.
    Lepas jumpa satu forum nie, try bagi makan jeli gamat dekat kucing saya, alhamdullilah, dia boleh gerak kaki belakang dia dan boleh jln sikit2.

    ReplyDelete
  3. Hi. Baru terjumpa blog ni kerana mencari cara rawatan kucing yg lumpuh.

    Malam td a stray cat yang selalu datang rumah raya dilanggar kereta. Pukul 9am nanti nak bawa ke vet. Dari perhatian saya ada masalah pada badan dia sbb dia tak boleh bergerak dan badannya macam keras je. Tak nampak luka atau darah selain dari sedikit keluar dari mulut dan luka sedikit di kepala.

    Kucing tak boleh nak berdiri langsung malah nak bergerak pun tak boleh. Ada sesiapa pernah hadapi yang boleh kongsi sedikit pengalaman? Terutama cara nak mejaga dan memberi makan minum.

    ReplyDelete
  4. bagaimana pula anak kucing yg x mampu buang najis nya.. ada tak cara untuk menbantu anak kucing ni..

    ReplyDelete
  5. As salam warga pencinta kucing..sya baru aje terjumpa anak kucing yg lumpuh d mcm ada penyakit sawan....lps bwa blik td petang.sya segera beri mkn guna picagari...pd mula nyer agak sukar....tp sya try suap guna sudu kecil..mcm nyer lgi selesa.sya bersyukur kerna kucing tu mampu mkn d sya beri vitaman d glukosa.

    ReplyDelete
  6. Kucing sy lumpuh sepenuh nya...kaki tangan...sy tak tau mcm mana nak buat...keadaan dia semakin lemah...sy risau...dia xlalu makan...minum pun xnak...mcm mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba bg gamat healin ZANITON (botol biru) sbb kucing sy pernah kena langgar & lumpuh kaki. Npk sgt masa tuh chances utk dia hidup dlm 80% je. Sy ikhtiar bg gamat zaniton nie 3x sehari (perut kosong) selama sebulan. Alhamdulillah pada minggu ketiga tuh dah npk perubahan yg mana dia dah mampu utk gerakkan kaki

      Delete
    2. Hi Nadia,
      Kucing saya lumpuh separuh badan. doc kata sbb tulang belakang dia patah dan tk boleh sembuh.

      Kucing Nadia sekarang dah boleh berjalan semula?

      Delete
    3. Alhamdulillahhh dah sembuh siap boleh berlari2 lg. Skrng nie dah 3 kali beranak sbb igtkan lepas accident tuh dia dah x dpt beranak lg sbb isi perut mcm dah xde, kempis je. Syukur sgt dia dah sihat skrng cz doktor pon pernah ckp sblm nie yg chances utk kucing sy hidup tuh tipis sbb teruk sgt kene langgar. Cuba je laa dlu yg gamat healin ZANITON (botol biru) sbb yg biru nie asli xde perisa so utk haiwan better bg yg nie laa. Nie ape yg promoter tuh suggest kt sy. Sy cuba & tawakal je byk2 mase tuh. Alhamdulillahhh skrng dia dah sembuh & sy pon happy sgt tgk dia dah bley jln mcm sblm nie :)

      Delete
  7. Kucing sy lumpuh sepenuh nya...kaki tangan...sy tak tau mcm mana nak buat...keadaan dia semakin lemah...sy risau...dia xlalu makan...minum pun xnak...mcm mana ya

    ReplyDelete
  8. Hi nadia,
    Kucing saya pon lumpuh selepas dilanggar .saya nak try zaniton tapi kat kdai dah takde stok.dorang suggest kan zaniplus,bole try juga ke bagi kat kucing saya?

    ReplyDelete
  9. Salam kak.. Anak kucing saya baru setahun lebih.. Waktu saya tggalkan dy and adk beradik dy( sbb kena p umah abang untuk beberapa hari) keadaan dy still elok.. But semalam bla sampai rumah.. Saya trkejut tgk dy lembik sgt.. Then tadi bawak p veterinar. Dy kata tulang belakang patah and trtekan muscle dy so dy jd lumpuh.. Dy mnum pon kerap.. Dgn x nak makan..ubat pon kena paksa makan.tgn dy blh gerak .just kaki ja x blh. So mcm mna la nak tlg dy?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...saya baru belajar menjaga anak kucing yang cacat kaki belakang namanya Oyen. Alhamdulillah dia sangat sihat. Cumanya dia ada masalah tidak boleh membuang najis seperti dia tidak boleh meneran. Saya sangat kesian pada dia bahagian belakang sentiasa ada najis sebab diseret-seret kerana najis tidak boleh keluar. Baru-baru ni ditambah ade luka dan kurap pada sebelah bibir dia. Nak bawa ke klinik haiwan masih tak mampu. Dia sangat kuat makan dan boleh bermain dengan baik. Harap ada nasihat yang boleh membantu untuk saya membesarkan Oyen dengan baik. Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaiukum...
    Kucing saya baru je kena lumpuh separuh badan tapi kedua2 kaki bole d gerakkan. Bila saya patahkn/bengkokkn ekornya d bahagian hujung...nmpk cm xd tindak balas. Dh bwk g jumpa vet..dan mngesahkn xd patah pada tulang belakngnya. Cuma pada mula2 yg saya perasan..dia xnk d pegang bila kita nk mnyentuhnya. Seolah2 spt d pukul d bhgian blknlang. Wallahualam...xd bukti nk wat kesimpulan. Cuma mintak pandangan shbt2...apa yg harus saya buat

    ReplyDelete
  12. Hello anak kucing saya lumpuh,mata x boleh tutup,asyik bermeow2 hanya kaki dan tangan boleh bergerk sya risau🙀🙀,boleh bagi petua??

    ReplyDelete
  13. Hello pecinta kucing , saya nak tumpang tanya tau tak macam mana nak buat kalau kucing kaki lumpuh? Sampai takley nak jalan hem kalau jalan pin guna kaki depan jaa , please kalau ada sapa² bole bantu , nak hantar vet pon x mampu sbb kos rawatan agak mahal , saya kesian kat dia hem

    ReplyDelete
  14. sy ada kucing yang baru lahir 2 hari tetapi kaki belakang nya lumpuh, ada cara tak untuk sy merawatnya? @pn mgkn dpt pulihkn kaki nya

    ReplyDelete
  15. Saya nak tanya,kucing saya demam stroke haba,saya bawak pergi vet kena suntikkan 2 jarum..sampai dirumah terus jadi lumpuh tak boleh bangun,makan minum kena suapkan,sy bgtahu Doktor Vet yg suntik tu,Dr sueuh saya bwk kucing tu jumpa beliau semula..perlu ke..nak buat mcm mna kucing lumpuh ni supaya sihat boleh mkn minum sendiri pun takpe dah..

    ReplyDelete