Saturday, July 7, 2012

ROMEO Anak Kucing Marble Cedera (Rieyah)

Anak kucing yang diberi mana ROMEO ini ditemui oleh saudari Rieyah pada 26 Jun yang lalu di sebuah perhentian bas. Melihat keadaannya seperti di langgar, Rieyah yang tidak mempunyai kenderaan telah membawa kucing ini ke doktor haiwan dengan menaiki teksi.




Menurut doktor yang merawat, darah telah memasuki peparu kucing ini. Doktor hanya memberikan beberapa suntikan dan memberitahun pembedahan tidak dapat dijalankan memandangkan keadaannya yang masih lemah.

Kos perubatan RM118 dibiayai sendiri oleh Rieyah.

Kucing ini dibawa pulang ke asrama untuk dijaga sementara mendapatkan tuan baru. Rieyah dan rakan-rakannya telah bergilir-gilir menjaga kucing ini di asrama.

Ini pula gambar yang diterima pada 6 Julai 2012.







Menurut Rieyah, darah pada hidungnya telah berhenti sejak beberapa hari lepas. Anak kucing ini sudah mula aktif bermain dan lincah. 

Rieyah ingin menjaga kucing ini sehingga seminggu lagi sebelum dilepaskan kepada pemilik baru. Sesiapa yang berminat untuk adopt kucing ini boleh menghubungi kami di ktaj0311@gmail.com dan perlu bersetuju memandulkannya.

Semoga di kecil ini sembuh sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi dan akan menemui pemilik baru yang menjaganya dengan penuh kasih sayang :)



5 comments: