Ini gambar pertama MAMA J ketika ditemui berhampiran premis Petknode pada malam mencari semula kucing-kucing yang terlepas dari Premis pada 5 September 2011. Ibu kucing ini dilabelkan sebagai kucing #J. Dari situ, ia dinamakan sebagai MAMA J. Dalam gambar ialah fosterer pertamanya, Taufiq.
Kami telah mengiklankan MAMA J agar ditemui oleh pemilik asal, namun tiada sesiapa yang datang menuntutnya.
Pada 13 September 2012, MAMA J selamat melahirkan 3 ekor anak.
Namun, kesihatan MAMA J merosot dan dimasukkan ke Gasing Hospital pada 18 September 2011.
MAMA J disyaki mengidap Jaundice. Menurut doktor yang merawat, blood cell count MAMA J rendah, kemungkinan kerana kutu dan jangkitan.
Dan kami mencarikan fosterer baru untuk anak²nya memandangkan Taufiq
tidak berpengalaman menjaga anak² kucing yang masih kecil dan tuntutan
masa bekerja yang membataskan beliau menjaga anak² kucing ini.
Di saat anak-anak tersebut semakin lemah dan ada doktor yang memberitahu "nothing we can do about the kittens", Wan Nurul Hidayah menawarkan diri untuk menjaga anak-anak kucing ini sementara ibunya dirawat di Gasing Hospital.
MAMA J dikeluarkan dari wad pada 23 September 2011.
MAMA J nampak makin sihat dalam gambar yang dikirimkan oleh Taufiq pada 25 September 2011
MAMA J seperti sudah tidak mengenali anak-anaknya semenjak di masukkan ke wad. Jadi anak-anaknya terus di jaga oleh Wan Nurul Hidayah dan dinamakan Geng Gebu.
Taufiq menghantar MAMA J mendapatkan vaksinasi dan menjalani pemandulan.
Tapi pada 26 Oktober, 2011, MAMA J sekali lagi di masukkan ke wad kerana selsema dan fever.
Kucing-kucing di rumah Taufiq turut dijangkiti flu dan menyebabkan kami terpaksa mencari fosterer lain untuk MAMA J.
Bil perubatan MAMA J mencecah RM2000 sepanjang tempoh fostering. Kesemua bil perubatan MAMA J dibiayai oleh Dana SCRATCH (pada masa itu dikenali sebagai Dana KTAJ) dan ada sebahagiannya dibiayai oleh Taufiq dan pasangannya Laila.
MAMA J kemudiannya di jaga oleh fosterer yang menjaga 3 ekor kucing yang kronik milik Petknode.
Kami ada cuba mencarikan tuan baru untuk MAMA J dalam Adoption Drive kami di SACC Mall. Tapi tak sampai 2 jam, MAMA J stress terpaksa dibawa pulang oleh fosterer. Dan sikap MAMA J yang menjadi lebih manja selepas pulang dari Adoption Drive (mungkin kerana dia tau fosterer cuba mencarikan tuan baru untuknya), menyebabkan fosterer mengambil keputusan untuk adopt MAMA J terus dan tinggal bersamanya.
Nampaknya MAMA J lebih serasi tinggal dengan fosterernya bersama beberapa ekor rescued cats lain yang senasib dengannya.
Pada 28 December 2011, MAMA J secara rasmi diserahkan dalam jagaan fosterer/adopternya, Maslinda Talib.
Anak-anak MAMA J terus membesar dalam jagaan Wan Nurul Hidayah.
Geng Gebu ini telah dewasa dan dimandulkan dalam
Snip Program 10 Mac yang lalu menggunakan Dana SCRATCH. Khabarnya ketiga-tiganya telah dihantar ke kampung ketika Wan Nur Hidayah menunggu masa untuk melahirkan anaknya.
Ini pula update terbaru MAMA J yang diterima pada 12 Julai 2012 yang lalu. Menurut Maslinda, MAMA J tiba-tiba tidak aktif dan hilang selera makan. Setelah diperiksa, MAMA J mempunyai bengkak (abscess) di bahagian leher.
MAMA J dibawa ke Healing Rooms di Subang untuk mengeluarkan nanah di lehernya. Nanah ini kemungkinan akibat dicakar kucing lain.
MAMA J telah selamat keluar dari wad dan harap MAMA J tak sakit-sakit lagi lepas ni ye. Semoga MAMA J lekas sembuh dan aktif seperti biasa.
Kami kekurangan dana untuk membiayai perubatan MAMA J dan kucing-kucing jalanan lain yang memohon bantuan subsidi perubatan dari kami.
Sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi Dana SCRATCH atau apa saja bantuan lain, hubungi kami di ktaj0311@gmail.com.