Sunday, January 15, 2012

Kes Sporo #1 : FITRI (Myza Nordin)

FITRI merupakan kes pertama kami membiayai/subsidi kes yang berkaitan dengan SPORO (Sporotrichosis). Bukan Penyakit 'Spora' ye kawan-kawan. Kucing tak ada Penyakit Spora. Eja betul-betul..... S.P.O.R.O.

Ok, kami bergurau... ;) Mari berbalik kepada FITRI.

FITRI ditemui oleh Saudari Myza Nordin. Ketika ditemui, Fitri baru berusia lingkungan 8-10 minggu. Sebelum ini FITRI dirawat di Puchong. Pada asalnya FITRI disyaki mengalami luka-luka biasa. Tapi setelah rawatan tidak mendapatkan perubahan, ujian lanjutan dilakukan ke atas FITRI. Keputusan ujian menunjukkan FITRI menghidapi Sporo.






Sporo sangat mudah dikesan walaupun tanpa ujian pengesahan. Tanda-tanda yang nyata ialah :
- luka kemerahan pada hidung dan muka
- luka kemerahan yang sama pada kaki kucing yang mengidapi Sporo.





Perlu diingatkan Sporo boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan dan pernafasan. Fungus Sporo boleh memasuki dan menyerang sistem pernafasan dan otak. Penggunaan sarung tangan dan topeng muka adalah sangat penting ketika sedang mengendalikan haiwan-haiwan yang sakit dan cedera sebagai langkah berjaga-jaga.

Sporo menyerang sistem dalaman. Rawatan luar pada luka tidak memadai. Anti-fungal yang cukup kuat diperlukan untuk membunuh fungal Sporo yang telah memasuki ruang hidung dan sistem pernafasan haiwan yang telah dijangkiti.

Perbicangan mengenai Sporo di laman Facebook KTAJ/SCRATCH telah menemukan FITRI dengan Saudari Dawn Tan. Dawn menawarkan diri untuk menjaga (foster) Fitri dan mendapatkan rawatan Itraconazole di Klinik Wawasan Puchong.

Gambar-gambar di bawah telah dihantar oleh Dawn tak lama selepas FITRI mendapatkan rawatan di Klinik Wawasan di bawah pengawasan Dr Wong.

Luka pada hidung dah mula nampak mengering berbanding sebelumnya.





FITRI pun dan semakin membesar. Berat ketika di bawa ke Klinik Wawasan ialah 3.5kg. Sekarang beratnya semakin bertambah dan digelar sebagai 'Fat Cat' :)








InsyALLAH dalam sedikit masa nanti, FITRI akan sembuh sepenuhnya dari Sporo dan akan dibuka untuk 'adoption'. Sesiapa yang berminat untuk adopt 'kucing gemuk', silalah adopt FITRI :)

Ini pula gambar terbaru FITRI yang kami terima dari Myza pada 10 Jan 2012 yang lalu. Nampak perubahannya kan?





Kos rawatan FITRI di Klinik Wawasan ialah RM25 sehari.

Perubatan FITRI di biayai oleh 4 dana : KTAJ/SCRATCH, My Animal Care, Petfinder dan Malaysian Dogs Deserve Better.

SCRATCH memberikan bantuan subsidi 20% daripada kos rawatan bulanan Fitri setiap bulan sehingga tamat rawatan.

9 comments:

  1. kesiannya die .. hope FITRI cepat sihat n boleh main dengan kucing-2 lain :) GO FITRIII !

    ReplyDelete
  2. Kalau kita nak jaga sendiri kucing yang kena jangkitan ini macam mana? sebab kucing belaan kami menghidap penyakit yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainal, please contact us di ktaj0311@gmail.com.

      Delete
  3. Saya baru ambil kucing dari klinik setelah 3 hari wound treatment di klinik di Seremban. Masa di klinik tadi, doktor kata lukanya tak kering dan disyaki kena sporo. Doktor minta saya berhati-hati & buat home treatment selama 2 weeks. Kalau luka masih tak kering, boleh hantar ke klinik untuk dipantau.

    Apa perkembangan Fitri?

    ReplyDelete
  4. Kucing saya baru ke hptal semlm dan Dr kata kena sporo..Dr kata boleh rawat dgn ubat dgn mkn ubat utk 2/3 bln. Atau tidorkan selama lamanya...tp kucing sy tak seteruk Fitri. Hanya di kaki kanan hadapan...ingin mencuba dgn ubat dlm masa satu bln..

    ReplyDelete
  5. Salam.kucing sy sy kutip 2 tahun lalu pun br diagnose ad pyakit ni. cmana nak ubatinya. susah hati sy tgk dia. makan pun xbpa nak lalu :(

    ReplyDelete
  6. Kucing saya kena sporo arini dh mkn ubt tp tengk mkin teruk

    ReplyDelete
  7. Tq everyone for ur help. Allah bless u all.

    ReplyDelete
  8. kucing sy dijangkiti sporo....dua kali bw klinik kata luka biasa dan dah nak kering pun....tapi xlama lepas tu kucing makin teruk...baru2 ni bawa lg klinik lain kata sporo.... nak rawat sendiri xberani...sy suami isteri risau takut berjangkit.... kat mana ye sy boleh hantar kucing ni utk rawatan? area pd n seremban

    ReplyDelete