Wednesday, January 4, 2012

Cici (Huda Ismail)

Si kucing jalanan yang sedang sarat mengandung telah ditemui oleh saudari Huda Ismail dalam keadaan mulut berbuih dipercayai diracun dan keadaannya yang teruk seperti dalam kesakitan. Huda telah membawanya ke St Angel Animal Medical Centre untuk rawatan.






Ibu kucing ini juga selamat melahirkan 4 anak kucing di klinik tempat ia dirawat, malangnya hanya 2 ekor saja yang didapati hidup akibat kesan keracunan tersebut.







Kos rawatannya ibu kucing ini ialah RM306.50.




Huda telah meminta bantuan subsidi dari dana SCRATCH. 50% dari kos rawatan tak termasuk boarding adalah menggunakan dana SCRATCH. Ibu kucing ini akan dimandulkan dan kos pemandulan akan dibiayai sepenuhnya oleh SCRATCH setelah anak-anak kucing tersebut cerai susu.

Sekiranya ada pihak yang sudi adopt ketiga-tiga kucing ini atau anak-anak kucing ini saja selepas cerai susu, sila hubungi Huda (nurhudaism@gmail.com).

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan kepada dana SCRATCH bagi membantu pensubsidian rawatan kucing-kucing jalanan yang lain, sila emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com. Segala bentuk bantuan amat kami hargai.

* Update dari Huda pada 5.06pm, 4 Jan 2011 :
Huda ingin menanggung kesemua kos perubatan Cici. SCRATCH hanya akan membiayai kos pemandulan Cici pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian :)


4 comments:

  1. KTAJ, saya minta maaf byk2, saya salah bagi info mula2, anak kucing ni memang 2 ekor je, mula2 vet suspect ada lagi at least lg 2 ekor (maybe mati dlm perot) sebab perot dia still buncit lagi, tapi tunggu another day, memang dia tak beranak dah. last skali vet check mmg perut dia kosong dah x ada anak. punca perot dia masih buncit tak dpt dikenalpasti.

    ReplyDelete
  2. Hi Huda, sila double check dengan vet. harap bukan hernia atau ketumbuhan dalam perut.

    ReplyDelete
  3. siapalah org yg tak berhati perut sanggup buat kucing macam ini. geram betul saya baca mengenai nasib malang kucing ini. setakat hari ini ada tak org adopt ibu dan anak kucing ini? kalau tiada, saya sudi menawarkan diri. saya telah byk menyelamatkan kucing2 malang, merawat dan menjaga mereka hingga sembuh dan kemudian berikan kpd kawan2 yg minat kucing. sila hubungi saya di shirasan@gmail.com

    ReplyDelete
  4. glad i jumpa blog ni since kat ofc now fb and other sosial media dah di block. hows cici now? she got nice thick fur like my katy purry. +ve vibes to her. -DD

    ReplyDelete