Pada 21 November 2012 yang lalu, Elaine telah menghubungi SCRATCH dan My Animal Care bagi mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan perubatan kucing yang diberi nama SILVER ini.
SILVER ditemui berhampiran CIMB SS15, Subang Jaya dengan luka-luka yang menunjukkan kehadiran Sporo pada kucing ini. Setelah di bawa ke Klinik Wawasan, Puchong, doktor mengesahkan SILVER menghidapi Sporo dan positif FIV.
Seperti FITRI, SILVER mendapat rawatan yang sama untuk merawat Sporo dan mungkin dalam masa yang sama, rawatan menggunakan RetroMAD1 akan dijalankan untuk merawat FIV yang dihidapinya.
Gambar-gambar di bawah ialah gambar SILVER setelah mula menerima Itraconazole di Klinik Wawasan.
Dan seperti Fitri juga, kos rawatan SILVER ialah RM25 sehari.
Kos rawatan SILVER disubsidi oleh dana SCRATCH dan My Animal Care. SCRATCH membiayai 35% daripada kos rawatan bulanan SILVER sehingga tamat rawatan.
camner progress Silver ni ye..any update
ReplyDelete