Thursday, January 12, 2012

Ah Wong (Bin Chew)

Bagi yang telah lama mengikuti perkembangan KTAJ/SCRATCH sejak awal penubuhan kami, tentu telah mengetahui kisah Owen.

Terbaru, kami dihubungi oleh seorang 'feeder' kucing, Saudari Bin Chew, apabila salah seekor kucing yang diberi makan oleh beliau ditemui dengan kesan luka yang besar di kepala dan kerap keluar masuk klinik haiwan kerana status kesihatan yang tidak menentu dan kos rawatannya yang semakin meningkat.




Keadaan AH WONG saling tak tumpah macam Owen. AH WONG kini dirawat di klinik haiwan dan lebih mengejutkan kami, seperti Owen, AH WONG juga positif FIV + FeLV.

Kami menyarankan agar AH WONG di bawa ke Klinik Wawasan untuk pemantauan dan rawatan RetroMAD1.

Sebahagian bil perubatan AH WONG akan di biayai menggunakan subsidi batuan rawatan perubatan yang kami sediakan untuk haiwan jalanan.

Sekiranya anda ingin membantu, emelkan bantuan anda kepada kami [subjek : Ah Wong] di ktaj0311@yahoo.com atau anda boleh membeli 'Silvervine' dalam Online Charity Sales kami di mana wang hasil jualan produk Silvervine ini akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai perubatan Ah Wong.


1 comment:

  1. Saya pon tengah sengkek sekarang ni...Almaklum la dah hjung2 sem..Cuma, saya doakan Ah Wong cepat sembuh n sihat selalu..I love u <3

    ReplyDelete