Sunday, January 29, 2012

RIP, Ah Wong....

Ah Wong telah di bawa pulang oleh Bin Chew pada 18 Jan 2012 untuk rawatan di rumah. Ketumbuhan di bahagian kepalanya semakin membesar dari hari ke hari. Malah, terdapat benjolan-benjolan baru mula terbentuk dibahagian telinga. Kemungkinan kanser.

Sebelum ini, terdapat 2 benjolan nanah (abscess) yang telah dibuang dan dikeringkan dalam 2 sesi rawatan berasingan. Pertama di bahagian belakang leher, dan kedua di bahagian dada. 2 minggu kemudian, benjolan-benjolan baru mula terbentuk dan ketumbuhan di kepala menjadi semakin besar. Ujian doktor mengesahkan Ah Wong FIV dan FeLV positif. Jadi kemungkinan besar, ketumbuhan di kepala Ah Wong adalah manifestasi penyakit FIV dan FeLV yang dihidapinya.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan di kepala Ah Wong adalah hampir MUSTAHIL memandangkan FIV dan FeLV berada pada tahap yang serius dan status kesihatannya yang merosot dan berada pada tahap membimbangkan. Vet ada menyarankan agar Ah Wong 'direhatkan'. Tapi Bin Chew masih mahu mencuba demi Ah Wong.

Keadaan Ah Wong nampak tenat. Tapi Ah Wong sentiasa bertindak balas bila namanya dipanggil dan menghabiskan makanan yang dihidangkan.

Bin Chew ada menghantar email kepada kami pada 18 Jan 2012 bersama gambar-gambar Ah Wong. Melihat keadaan seperti itu, masih adakah harapan untuk Ah Wong sembuh???


13 Jan 2012


14 Jan 2012


19 Jan 2012 - Ketumbuhan di kepala semakin membesar


Ketumbuhan di kepala Ah Wong


Benjolan-benjolan baru di belakang telinga


Luka pada kaki yang tak sembuh-sembuh


Kita hanya mampu simpati dan bersedih melihat gambar-gambar Ah Wong, tapi kesakitan yang di alaminya hanya dirinya dan Tuhan saja yang tahu......

Ah Wong telah pergi buat selamanya pada tengahari terakhir Tahun Arnab.

Tiada lagi kesakitan dan penderitaan untuk Ah Wong.

Mengenangkan Ah Wong, kami sentiasa berdoa agar tiada lagi pemilik kucing membuang kucing-kucing mereka di jalanan. Kucing-kucing ini terdedah kepada bahaya dan penyakit. Entah berapa banyak kucing-kucing di luar sana menerima nasib malang seperti Ah Wong. Kami merayu agar semua pemilik kucing memandulkan kucing mereka bagi mengelakkan pergaduhan semasa musim mengawan dan berebut kawasan. Dan kami merayu pemilik kucing mengvaksinkan kucing masing-masing supaya terhindar dari virus-virus dan penyakit yang biasa menyerang kucing yang dibiarkan merayau-rayau di luar sana.

Nasib Ah Wong bertuah. Sekurang-kurangnya Ah Wong sempat merasa kasih sayang dan perhatian manusia meskipun sekejap. Dan tak semua manusia yang berhati mulia seperti Bin Chew kerana sanggup bersusah payah demi Ah Wong. Kos rawatan Ah Wong yang berjumlah RM1 ribu lebih di biayai sendiri oleh Bin Chew menggunakan hasil jualan amal produk Silvervine. Dana yang kami peruntukkan untuk Ah Wong akan digunakan untuk membiayai bil perubatan dan pemandulan kucing-kucing jalanan di luar sana.

Berehatlah, Ah Wong....
Tiada lagi perjalanan yang meletihkan dan menyakitkan buatmu......




Beautiful tribute for Ah Wong..
Thanks, Bina for being a good feeder and rescuer....

Love, SCRATCH.

10 comments:

  1. Ah Wong..Berehatlah kamu di sana..Tarikh kematianmu tidak jauh dari tarikh kematian Sappy yang mempunyai penyakit FIP..bersemadilah kamu berdua di sana dengan aman dan tenteram..(╥_╥)

    ReplyDelete
  2. AH WONG telah melepaskan diri dari segala kesakitan....R.I.PS

    ReplyDelete
  3. RIP Ah wong.. Tiada lagi kesakitan for you...

    ReplyDelete
  4. mmg kesian bila kucing2 kene nasib mcm ni

    ReplyDelete
  5. Damailah disana di sisiNya Tuhan....RIP

    ReplyDelete
  6. Tiada lagi kesakitan, beraman dan berdamailah di sana di sisinya..........RIP Ah Wong

    ReplyDelete
  7. masa kucing tu comel... cantik.... kemain lagi dok peluk cium..... bila dah tua... dah tak comel.... langsung tak dihiraukan.....

    ntahlah... manusia nih nak yg cantik2 aje.....

    ReplyDelete
  8. I dreamed of Ah Wong a few days after he passed on, he was in his cage, no lumps, no bumps .. and looking very handsome.

    Maybe it is true that he is now in a better place...
    We can only wonder..

    Thank you SCRATCH for being there for Ah Wong.

    ReplyDelete
  9. RIP ah wong...

    sebak tgk.. x sangka ada penyakit camni kat kucing.. :(

    ReplyDelete