Proses penyembuhan Owen TERSANGAT lah perlahan.Salah satu sebab kenapa Owen sukar dirawat ialah sifatnya yang sangat garang, terutama kepada lelaki. Mungkin akibat daripada trauma yang pernah dilalui sebelum ini.Ini antara gambar pertama Owen hampir setahun yang lalu.
Ini gambar setelah di rawat sendiri di rumah oleh Papa Meow
Ini gambar ketika rescuer (cik Shah) membawa Owen ke HVC pada 6 Oct lepas.
Owen yang dipengsankan. Kalo tak, alamat kena cakarlah sampai lumat!

Vet memulakan proses mencuci luka

Besar kan luka Owen?

Setelah dibersihkan dan disapu ubat

Ujian FIV + FeLV Owen.
Kami pun tak berapa fasih membaca tester kit ni. Tapi menurut panel vet kami :
" Pls compare to the 1 on the left. So, we can see 3 dots, upper, left n right kan? Upper tu juz positif ctrl. Yg left dot means positive for FIV/ Feline AIDS. Yg left dot means positive for FeLV/ Feline Leukemia. If the bottom dot apperas, means the cat positive for feline heartworm, which Owen's case is negative (Alhamdulillah).."
Dan ini pula ujian darah Owen yang di ambil beberapa minggu yg lalu :

Dr Joe dari Honey Vet Clinic ada explain serba sikit pasal ujian darah Owen. Nampak tak perkataan 'Mircofilaria' kat bawah tu? Cuba korang google.
Dalam darah Owen mengandungi larva atau telur heartworm!
Heartworm biasanya menjangkiti anjing melalui gigitan nyamuk. Tapi ujian darah ini membuktikan yang heartworm jugak bole menjangkiti kucing yang anda biarkan merayau-rayau di luar sana dengan hanya satu gigitan nyamuk!!
Rawatan suntikan anti-parasit (ivermectin) di berikan kepada Owen untuk membunuh telur² cacing ini. Nasib baik baru telur. Kalau cacing dewasa???
Berikut adalah rajah kitaran hidup heartworm :

Heartworm yang menghuni jantung haiwan:


Ngeri bukan? Pastikan anda menjaga kebersihan dan kesihatan kucing/anjing kesayangan anda bermula hari ini!
Ini pula gambar terbaru yang kami terima setelah beberapa minggu Owen dirawat di HVC dan diberi makan ikan haruan rebus bg mempercepatkan pengeringan luka. Nampak mengecik, kan?

Rawatan Owen akan diteruskan sehingga lukanya benar² sembuh. Kami ingin mencari seorang adopter yang serius untuk menjaga Owen dan menanam kepercayaan Owen terhadap manusia. Sekiranya anda berminat, sila emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com.
Ciri² adopter yang kami cari :
- wanita
- penyabar
- tidak ada membela kucing lain, tapi berpengalaman membela kucing sebelum ini.
Sekiranya anda individu yang kami cari, sila hubungi kami.